wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL PERNIAGAAN N9 2019

Total questions: 40

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

1.Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan keuntungan kepada sebuah perniagaan?

I Menjual pelbagai jenis produk dan keluaran kepada pengguna

II Menambah bilangan pekerja dalam saiz perniagaan yang sama

III Menarik organisasi tertentu untuk membuat pelaburan bersama

IV Menjalankan tanggungjawab sosial korporat di kawasan setempat

a)

A) I dan II

b)

B) I dan IV

c)

C) II dan III

d)

D) III dan IV

2.

2.Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?

a)

A) Mudah ditubuhkan

b)

B) Bergabung kepakaran

c)

C) Menanggung liabiliti terhad

d)

D) Bebas mengurus perniagaan

3.

3.Situasi berikut berkaitan dengan bentuk perniagaan lain.

Apakah kelebihan perniagaan tersebut kepada Encik Nelson?

a)

A) Menikmati ekonomi bidangan

b)

B) Mengembangkan perniagaan secara global

c)

C) Mekanisme untuk menembusi pasaran baharu

d)

D) Menggunakan jenama yang telah dikenali ramai

4.

4.Situasi yang manakah menunjukkan cabaran perniagaan bersaiz sederhana?

a)

A) Persaingan mendapatkan tenaga kerja

b)

B) Pematuhan undang-undang fleksibel

c)

C) Peningkatan dalam kos pengeluaran

d)

D) Pengkhususan kerja yang terhad

5.

5.Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.

Klasifikasi perniagaan manakah yang tepat bagi perniagaan X dan Y?

a)

A) PERNIAGAAN X , saiz-Sederhana , sektor-Pembuatan

PERNIAGAAN Y , saiz-Sederhana , sektor-Pertanian

b)

B) PERNIAGAAN X , saiz-Sederhana , sektor-Pembuatan

PERNIAGAAN Y , saiz-Besar , sektor-Pertanian

c)

C) PERNIAGAAN X , saiz-Besar , sektor-Perkhidmatan

PERNIAGAAN Y , saiz-Sederhana , sektor-pembuatan

d)

D) PERNIAGAAN X , saiz-Besar , sektor-Perkhidmatan

PERNIAGAAN Y , saiz-Besar, sektor-pembuatan

6.

6. Gambar menunjukkan produk eksport yang mendapat pelepasan cukai kerajaan.


Apakah jenis pelepasan cukai tersebut?

a)

A) Potongan cukai

b)

B) Pengecualian cukai

c)

C) Elaun cukai pelaburan

d)

D) Elaun pelaburan semula

7.

7.Apakah faktor luaran yang mempengaruhi trend meningkat bagi sesebuah perniagaan?

a)

A) Menawarkan produktiviti yang lebih baik

b)

B) Mempunyai pengurusan yang sistematik

c)

C) Mendapatkan keyakinan pelabur asing

d)

D) Memiliki pekerja yang bermotivasi

8.

8. Maklumat berikut berkaitan dengan analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan.

Apakah kaedah SWOT yang digunakan oleh beliau?

a)

A) Kelemahan – Peluang (WO)

b)

B) Kekuatan – Peluang (SO)

c)

C) Kekuatan – Ancaman (ST)

d)

D) Kelemahan – Ancaman (WT)

9.

9.Maklumat berikut merupakan kesan penubuhan persekitaran organisasi perniagaan.


Apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi situasi tersebut?

a)

A) Melindungi peniaga daripada ditipu

b)

B) Mewujudkan perniagaan secara adil

c)

C) Memastikan peniaga tiada persaingan

d)

D) Melindungi hak semua pihak

10.

10. Apakah yang dimaksudkan dengan misi?

a)

A) Pernyataan berkaitan hala tuju perniagaan

b)

B) Pernyataan berkaitan wawasan perniagaan

c)

C) Pernyataan berkaitan tujuan utama perniagaan

d)

D) Pernyataan berkaitan maklumat khusus perniagaan

11.

11.Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.

Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.

Apakah ciri objektif yang terlibat?

a)

A) Spesifik

b)

B) Munasabah

c)

C) Jangka masa

d)

D) Boleh diukur

12.

12.Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?

I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat

II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik

III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak atasan

IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja melalui pengurus

a)

A) I dan II

b)

B) I dan IV

c)

C) II dan III

d)

D) III dan IV

13.

13.Carta menunjukkan syer pasaran berkaitan dengan produk kesihatan.


Pernyataan manakah yang tepat menerangkan rajah tersebut?

I Promosi D’Herba lebih berkesan berbanding dari Ku Suci

II Aktiviti pemasaran Aura Pearl dipengaruhi oleh D’Herba

III Keuntungan yang diperolehi D’Herba adalah 50%

IV Aura Pearl berpotensi memperolehi keuntungan tinggi dalam pasaran

a)

A) I dan II

b)

B) I dan III

c)

C) II dan IV

d)

D) III dan IV

14.

14.Apakah aspek yang ditunjukkan dalam carta organisasi sebuah syarikat?

a)

A) Deskripsi tugas

b)

B) Pembahagian kerja

c)

C) Matlamat setiap jabatan

d)

D) Standard prosedur operasi

15.

15.Rajah berkaitan dengan saluran agihan dalam bahagian fungsian pengagihan.

Produk manakah yang sesuai menggunakan saluran agihan tersebut?

a)

A) Telefon bimbit

b)

B) Pakaian berjenama

c)

C) Majalah ilmiah

d)

D) Ikan segar

16.

16.Pernyataan berikut berkaitan strategi pembangunan pasaran baharu.

Mengapakah aktiviti tersebut dilaksanakan?

a)

A) Untuk meneroka pasaran domestik

b)

B) Untuk menembusi pasaran antarabangsa

c)

C) Untuk membangunkan strategi pemasaran setempat

d)

D) Untuk menguji konsep baharu produk dengan pengguna

17.

17.Rajah berkaitan dengan hubungan dan interaksi antara bahagian fungsian.


Pernyataan manakah yang menggambarkan situasi tersebut?

a)

A) Perniagaan kecil membayar hutang kepada perniagaan besar mengikut tahap keuntungan

b)

B) Perniagaan besar memastikan setiap bayaran dibuat kepada perniagaan kecil mengikut perjanjian

c)

C) Perniagaan kecil menyediakan sumber kewangan mencukupi sebelum mendapatkan bekalan

d)

D) Perniagaan besar menuntut pembayaran secara tunai daripada perniagaan kecil

18.

18.Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kepentingan pengurusan sumber manusia?

a)

A) Membentuk persekitaran kerja positif

b)

B) Pemantapan budaya kerja professional

c)

C) Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

D) Pengagihan pekerja secara berkesan

19.

19.Gambar menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia dalam sebuah perniagaan

Apakah kesan yang berlaku sekiranya amalan ini tidak diamalkan oleh pekerja dalam perniagaan tersebut?

a)

A) Mewujudkan budaya yang tidak beretika

b)

B) Perniagaan gagal mencapai sasaran

c)

C) Mengurangkan kreativiti pekerja

d)

D) Peningkatan kepada pemberhentian pekerja

20.

20.Gambar merupakan hubungkait antara kemahiran kebolehkerjaan dengan kejayaan sebuah perniagaan.


Apakah jenis kebolehkerjaan yang diperlukan oleh pekerja?

a)

A) Mewujudkan budaya yang tidak beretika

b)

B) Berpengalaman dalam industri

c)

C) Keberkesanan mencapai sasaran

d)

D) Berpengetahuan tentang perkhidmatan

21.

21.Pernyataan berikut merupakan faktor penentuan sistem penggajian.

Encik Rusman merupakan seorang penyelia kilang SM Maju Sdn. Bhd. yang bertugas di cawangan Rembau. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Operasi kilang bagi cawangan Seremban dengan kenaikan gaji daripada RM2 700 kepada RM3 000.

Apakah faktor yang telah menyebabkan perubahan gaji tersebut?

I Peraturan kerajaan

II Permintaan buruh

III Lokasi pekerjaan

IV Jenis tugas

a)

A) I dan II

b)

B) I dan IV

c)

C) II dan III

d)

D) III dan IV

22.

22.Manakah antara berikut merupakan sumber fizikal?

a)

A) Harta intelek

b)

B) Lesen perisian

c)

C) Peralatan teknologi

d)

D) Kemahiran buruh

23.

23.Maklumat berikut berkaitan dengan prosedur mengurus sumber teknologi.

Kamal merupakan pengeluar kenderaan berkeperluan khas untuk kegunaan Orang Kelainan Upaya (OKU). Bagi menjamin kenderaan keluarannya tidak ditiru, beliau telah mendaftar di MyIPO.

Apakah prosedur tersebut?

a)

A) Pengurusan Paten

b)

B) Pengurusan Hak Cipta

c)

C) Pengurusan Penyelenggaraan

d)

D) Pengurusan Insurans

24.

24.Rajah berkaitan aplikasi pengurusan sumber fizikal di sebuah kilang.


Antara yang berikut, yang manakah kesan terhadap pengurusan sumber fizikal dalam rajah tersebut?

I Meningkatkan kecekapan pengurusan

II Meningkatkan penawaran pekerjaan

III Meningkatkan permintaan pelanggan

IV Meningkatkan produktiviti barang

a)

A) I dan II

b)

B) I dan IV

c)

C) II dan III

d)

D) III dan IV

25.

25.Maklumat berikut berkaitan dengan butiran kewangan Puan Ayu untuk memulakan perniagaan pengeluaran daging burger.

• Papan tanda bernilai RM500

• Mesin pengisar bernilai RM3 000

• Bahan mentah bernilai RM2 000

• Sumbangan peribadi bernilai RM1 500

• Permit pekerja asing sebanyak RM1 500

Hitung jumlah modal yang terlibat untuk memulakan perniagaan tersebut.

a)

A) RM3 500

b)

B) RM4 500

c)

C) RM5 500

d)

D) RM6 500

26.

26.Syarikat Pembersihan Sinar Suria ingin menggunakan lima jentera pemotong rumput dalam tempoh setahun tetapi tidak mahu menanggung kos penyelenggaraan mesin tersebut.

Apakah sumber pembiayaan yang sesuai?

a)

A) Pajakan

b)

B) Ar-Rahnu

c)

C) Pemfaktoran

d)

D) Pinjaman bank

27.

27.Maklumat berikut berkenaan dengan keperluan pembiayaan sebuah perniagaan.

Encik Subramaniam adalah seorang pengusaha restoran yang berjaya di Melaka dan bercadang untuk membuka cawangan baharunya di Negeri Sembilan. Beliau gagal untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM350 000 bagi tujuan tersebut daripada institusi kewangan kerana tiada cagaran. Namun, apabila dibantu oleh agensi kerajaan, beliau telah berjaya mendapatkan pinjaman tersebut.

Agensi kerajaan manakah yang membantu Encik Subramaniam?

a)

A) Agro Bank

b)

B) Majlis Amanah Rakyat

c)

C) Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga

d)

D) Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

28.

28. Apakah kelebihan sumber pembiayaan secara sewa beli kepada pembeli?

a)

A) Tempoh bayaran balik yang panjang

b)

B) Jumlah bayaran keseluruhan yang lebih rendah

c)

C) Kos penyelenggaraan ditanggung oleh pembiaya

d)

D) Harta menjadi hak milik selepas pendahuluan dibayar

29.

29.Pihak manakah yang menggunakan penyata kewangan bagi mengetahui kemampuan peniaga menyelesaikan tuntutan kredit?

I Pemilik

II Pembiaya

III Pembekal

IV Pelabur

a)

A) I dan II

b)

B) I dan IV

c)

C) II dan III

d)

D) III dan IV

30.

30.Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran produk P yang dikeluarkan oleh Mimi Enterprise.

Berapakah kos berubah seunit bagi produk P?

a)

A) RM5

b)

B) RM20

c)

C) RM60

d)

D) RM70

31.

31.Maklumat berikut adalah nisbah semasa bagi sebuah perniagaan.

Nisbah semasa = 14:1

Apakah maksud bagi nisbah tersebut?

a)

A) Perniagaan menjana keuntungan RM14 atas setiap RM1 aset semasa

b)

B) Perniagaan menggunakan RM14 bagi mengurangkan RM1 liabiliti semasa

c)

C) Perniagaan memperolehi RM1 atas setiap RM14 modal yang dilaburkan

d)

D) Perniagaan menggunakan RM1 bagi mendapatkan RM14 aset semasa

32.

32.Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan diri usahawan.

Apakah yang mewakili X?

a)

A) Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

b)

B) Kemahiran pembangunan karakter diri

c)

C) Keupayaan membina jenama

d)

D) Fokus tenaga dan tumpuan

33.

33.Antara faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan ialah

a)

A) pemasaran

b)

B) pengalaman

c)

C) persaingan

d)

D) pentadbiran

34.

34.Antara yang berikut, yang manakah faedah perniagaan kepada matlamat peribadi seorang usahawan?

I Merekrut tenaga kerja yang berpengalaman

II Membentuk personaliti keusahawan yang unggul

III Mendapat kebebasan mengurus kehidupan seharian

IV Memenuhi keperluan pengguna dengan produk berkualiti

a)

A) I dan II

b)

B) I dan IV

c)

C) II dan III

d)

D) III dan IV

35.

35.Gambar berkaitan penubuhan sebuah entiti perniagaan melalui satu akta di Malaysia.


Apakah peraturan yang perlu dipatuhi oleh perniagaan tersebut?

I Tiada had maksimum bagi anggota perniagaan

II Ahli perlu menanggung liabiliti tidak terhad

III Perlu berkongsi keuntungan mengikut perjanjian

IV Boleh menawarkan saham di Bursa Malaysia

a)

A) I dan II

b)

B) I dan III

c)

C) II dan IV

d)

D) III dan IV

36.

36.Gambar menunjukkan tanggungjawab yang telah dipatuhi oleh usahawan setelah mendaftarkan perniagaan.

Apakah tanggungjawab tersebut?

a)

A) Mempamerkan lesen perniagaan

b)

B) Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran

c)

C) Mempamerkan papan tanda perniagaan

d)

D) Mempamerkan nombor pendaftaran perniagaan

37.

37.Mengapakah lebihan terjadi dalam penyata aliran tunai?

a)

A) Lebihan belian daripada penerimaan

b)

B) Lebihan perbelanjaan daripada jualan

c)

C) Lebihan pembayaran daripada penerimaan

d)

D) Lebihan penerimaan daripada pembayaran

38.

38.Gambar berkaitan dengan persediaan aktiviti pemasaran dan jualan.


Apakah aktiviti yang berkaitan dengan rajah tersebut?

a)

A) Penawaran barang

b)

B) Pengenalan barang

c)

C) Penempatan barang

d)

D) Penetapan nilai barang

39.

39.

I Rancangan perniagaan juga dikenali sebagai pelan induk perniagaan.

II Ringkasan eksekutif terletak di bahagian akhir dalam susun atur format rancangan perniagaan.

a)

A) PENYATAAN I- BETUL, PENYATAAN II- SALAH

b)

B) PENYATAAN I- SALAH, PENYATAAN II- BETUL

c)

C) PENYATAAN I- BETUL, PENYATAAN II- BETUL

d)

D) PENYATAAN I- SALAH, PENYATAAN II- SALAH

40.

40.

I Pengangguran struktur menyebabkan pekerja sedia ada kehilangan pekerjaan dan tiada pengambilan pekerja baharu.

II Kerajaan membuat perancangan mengikut trend perubahan ekonomi bagi mengatasi pengangguran struktur.

a)

A) PENYATAAN I- BETUL, PENYATAAN II- SALAH

b)

B) PENYATAAN I- SALAH, PENYATAAN II- BETUL

c)

C) PENYATAAN I- BETUL, PENYATAAN II- BETUL

d)

D) PENYATAAN I- SALAH, PENYATAAN II- SALAH