NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu SPM K2
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Rumusan mempunyai berapa perenggan?
4
3
2
1
Pilih ayat yang betul.
A. Semua calon-calon dibenarkan masuk ke dalam dewan sekarang.
B. Kakak memasukkan sebuku garam ke dalam masakannya.
C. Kapal dagang itu belayar di tengah lautan.
D. Majlis Anugerah Bintang Popular itu akan berlangsung daripada pukul 8. 30 hingga 11.00 malam.
Pilih ayat yang betul.
A. Murid-murid bukan digalakkan membawa telofon bimbit ke sekolah.
B. Derma yang dihulurkan tidaak untuk menunjuk-nunjuk.
C. Rahmat tidak hendak ke Pulau Pinang tetapi ke Pulau Sipadan.
D. Pembaca berita di televisyen itu bukan anaknya.
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Arahan: Pilih ejaan perkataan yang betul:
ambil alih
ambil-alih
Arahan: Pilih ejaan perkataan yang betul:
Aidilfitri
Aidil fitri
Arahan: Pilih ejaan perkataan yang betul:
Arkitek
Akitek
Arahan: Pilih ejaan perkataan yang betul:
bumiputra
bumiputera
Arahan: Pilih ejaan perkataan yang betul:
bandaraya
bandar raya
Pilih pendahuluan yang betul.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memperkasakan belia sebagai pewaris negara dan halangan-halangan terhadap belia sebagai pewaris negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Petikan membincangkan usaha-usaha memperkasakan belia sebagai pewaris negara.
Rumusan membincangkan punca-punca memperkasakan belia sebagai pewaris negara dan halangan-halangan terhadap belia sebagai pewaris negara.
Rumusan membincangkan cara-cara memperkasakan belia sebagai pewaris negara dan halangan-halangan terhadap belia sebagai pewaris negara.
Petikan membincangkan usaha-usaha memperkasakan belia sebagai pewaris negara di Malaysia.
Pilih pendahuluan yang betul.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak-impak tekanan terhadap individu dan langkah-langkah menangani tekanan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rumusan membincangkan sebab-sebab tekanan terhadap individu dan langkah-langkah menangani tekanan.
Petikan membincangkan kesan-kesan tekanan terhadap individu dan langkah-langkah menangani tekanan.
Petikan membincangkan impak-impak tekanan terhadap individu.
Petikan membincangkan akibat-akibat tekanan terhadap individu dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini.
Abang Kamarul jurugambar sambilan di syarikat periklanan itu.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), ,
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini.
Motosikal baharu itu untuk anak sulungnya yang akan melanjutkan pelajaran ke kolej.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.
“Jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah,” kata Mak Cik Senah kepada anak perempuannya.
Mak Cik Senah berpesan kepada anak perempuannya jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah.
Mak Cik Senah berpesan kepada anak perempuannya agar tidak lupa mengangkat kain dan menutup pintu rumah apabila hendak keluar rumah.
Pesan Mak Cik Senah kepada anak perempuannya jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah.
Mak Cik Senah berkata kepada anak perempuannya jangan lupa angkat kain dan tutup pintu apabila hendak keluar rumah.
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian lengkapkan ayat tersebut dengan peribahasa yang sesuai.
Puan Rosmary umpama………………………………………..apabila menyedari akan kesilapannya mempercayai kata-kata manis wanita yang berjanji untuk menggandakan wang yang dilaburkan dalam skim amanah.
Bagai kaca terhempas ke batu
makan hati berulam jantung
berputih mata
sudah terhantuk baru tengadah
