wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah KSSM - siri 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Apakah fungsi Juri?

a)

Pemutus kepada sesuatu kes

b)

Menjadi ketua hakim

c)

Membicarakan pesalah

d)

Kuasa mengampun kesalahan

2.

Dalam Tamadun China teknologi pembuatan kertas telah diperkenalkan oleh...

a)

Gaozu

b)

Cai Lun

c)

Lai Meng

d)

Lao Tze

3.

Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva. Raja Srivijaya digelar sebagai...

a)

Raja di Gunung dan Tuhan di Bumi

b)

Tuhan di Bumi dan Maharaja di Pulau

c)

Raja di Gunung dan Bayangan Tuhan

d)

Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau

4.

Masyarakat dalam kerajaan Majapahit menggunakan tulisan...

a)

Jawa Kuno

b)

Palava

c)

Kawi

d)

Khmer

5.

Undang-undang Laut Melaka ditulis bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Undang-undang ini ditulis pada zaman...

a)

Sultan Mahmud Shah

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Muzaffar Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah

6.

Akibat serangan Portugis ke atas Pekan Tua pada tahun 1535, Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di...

a)

Kota Kara

b)

Kota Batu

c)

Kota Sayong

d)

Kota Lama

7.

Pada zaman baginda, banyak jalan raya dan landasan kereta api telah dibina. Sultan Selangor yang masyhur tersebut ialah...

a)

Sultan Abdul Samad

b)

Sultan Sallehuddin Shah

c)

Sultan Muhammad Shah

d)

Sultan Ala'iddin Suleiman Shah

8.

Puteri Kelantan yang dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka ialah...

a)

Che Ku Wan

b)

Onang Kening

c)

Tengku Nor Asiah

d)

Puteri Chandra Kirana

9.

Tarian Magunatip ditarikan menggunakan dua batang buluh semasa majlis keramaian. Tarian ini ditarikan oleh...

a)

Orang Murut

b)

Orang Kadazan

c)

Orang Bajau

d)

Orang Bisaya

10.

Apakah tujuan campur tangan British di Negeri-negeri Melayu?

a)

Mengatasi kekurangan tenaga buruh

b)

Mendapatkan bahan mentah utk kilang mereka

c)

Membantu pemodal menambahkn pelaburan

d)

Menyekat perkembangan pengaruh asing

11.

Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan sehingga Johor mengalami zaman pemodenan pada zaman baginda. Tokoh yang dimaksudkan ialah...

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Maharaja Abu Bakar

d)

Temenggung Daeng Ibrahim

12.

Siapakah tokoh yang menyewa Sabah daripada Sultan Brunei pd tahun 1865 selama 10 tahun?

a)

W. H. Treacher

b)

T. B. Harris

c)

J. W. Torrey

d)

Charles Lee Moses

13.

Pemerintahan British telah memperkenalkan sistem ekonomi moden di negara kita. Apakah ciri-ciri ekonomi moden?

a)

Keuntungan dan teknologi moden

b)

Modal yang besar dan teknologi moden

c)

Pengumpulan harta dan keuntungan

d)

Modal yg besar dan pengumpulan harta

14.

Apakah bukti yang menunjukkan Dato' Siamang Gagap berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan maruah bangsa?

a)

Menyokong Yamtuan Antah

b)

Tegas dlm membuat keputusan

c)

Menentang askar British di Bukit Putus

d)

Bersetuju Yamtuan Antah berdamai dgn British

15.

Mengapakah siri perjuangan Mat Salleh menentang SBUB di Sabah berakhir di Tambunan?

a)

Perjanjian perdamaian SBUB dengan Mat Salleh

b)

Ditawarkan jawatan Ketua Anak Negeri

c)

Mat Salleh terkorban dalam pertempuran

d)

Mat Salleh dijatuhi hukuman buang negeri

16.

Masyarakat Sabah mengamalkan sistem kesukuan. Apakah yang menjadi asas kawalan sosiopolitik yang berkesan?

a)

Pemimpin

b)

Kepercayaan

c)

Kebudayaan

d)

Pegangan adat

17.

Apakah faktor yang menyebabkan Sabah menjadi tarikan pemodal Eropah?

a)

Kestabilan politik dan kekayaan ekonomi

b)

Kekayaan ekonomi dan kedudukan strategik

c)

Kedudukan strategik dan kepadatan penduduk

d)

Kestabilan politik dan kedudukan strategik

18.

Kerajaan British menganugerahkan Piagam Diraja kepada SBUB. Mengapakah penganugerahan tersebut penting kepada SBUB?

a)

Memonopoli ekonomi

b)

Meluaskan pengaruhnya

c)

Mendapat modal untuk berniaga

d)

Mempunyai kuasa untuk mentadbir

19.

Apakah strategi yang digunakan oleh British untuk menguasai Singapura?

a)

Pajakan

b)

Pakatan

c)

Manipulasi

d)

Serangan fizikal

20.

Abad ke-16 merupakan zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol menjelajah ke Timur. Apakah matlamat mereka ke Timur?

a)

Mendapatkan bekalan buruh

b)

Mendapatkan barangan mewah

c)

Memajukan penduduk peribumi

d)

Memasarkan barangan keluaran kilang