Font size
WorksheetsT3B6
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
Perkembangan kegiatan perlombongan dan penanaman berbentuk ladang.
Apakah ciri ekonomi moden yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
Tanah
Modal yang besar
Pengeluaran dalam skala besar
Penggunaan teknologi moden
Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu?
Menggalakkan pelaburan
Mementingkan keuntungan
Memajukan pengangkutan
Memperbanyakkan pekerjaan
Mengapakah sektor perlombongan dan perladangan memerlukan modal yang besar?
Mengimport barangan luar
Menguasai harga pasaran
Melindungi pasaran tempatan
Meningkatkan proses pengeluaran
Gambar berikut menunjukkan perlombongan petroleum di Sarawak. Di manakah pusat perlombongan petroleum pertama di Sarawak?
Miri
Bau
Sadong
Kuching
British telah membuka lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia pada tahun 1888.
Di manakah lokasi lombong bijih timah tersebut?
Sungai Lembing, Pahang
Lukut, Negeri Sembilan
Lembah Kinta, Perak
Ampang, Kuala Lumpur
Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada pokok rumbia yang terdapat di Sarawak?
Bijirin
Sagu
Santan
Gula kabung
Pilih DUA faktor yang mendorong perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.
Kejatuhan harga kopi di pasaran
Pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil
Penggunaan teknik pengeluaran moden
Kesungguhan British mengadakan kempen
Gambar berikut ialah kapal korek untuk mengusahakan perlombongan bijih timah. Di manakah lokasi pertama kali kapal korek digunakan?
Batu Gajah, Perak
Teluk Marudu, Sabah
Sungai Igan, Sarawak
Sungai Lembing, Pahang
H.N. Ridley telah memperkenalkan teknik membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembap. Apakah kepentingan teknik tersebut?
Kualiti susu getah lebih tahan lama
Kos pengeluaran getah lebih rendah
Mudah diangkut ke tempat yang jauh
Mampu memanjangkan hayat pokok getah
Apakah matlamat British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu?
Mendapatkan hak terhadap tanah masyarakat tempatan
Melindungi kepentingan ekonomi British
Melindungi kepentingan orang Melayu
Memajukan kawasan tanah yang kurang subur
Apakah undang-undang tanah yang digubal pada tahun 1889 di Sabah?
Land Order
Land Settlement Order
Akta Tanah Simpanan Melayu
Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi
Apakah persamaan undang-undang tanah berikut yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
# Land Order
# Land Settlement Order
# Akta Tanah Simpanan Melayu
Mengelakkan penjualan tanah milik peribumi
Menggalakkan pembukaan tanah pertanian
Melindungi kepentingan ekonomi British
Menjaga tanah hak milik peribumi
Mengapakah Sistem Kontrak dan Sistem Kangani dipilih oleh buruh dari luar untuk masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-19?
Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa
Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan
Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik
Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan
Mengapakah British membina jalan raya di Tanah Melayu?
Menghubungkan kawasan pendalaman
Tujuan ketenteraan
Menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan kawasan pertanian
Memberi keselesaan kepada penduduk tempatan
Apakah yang menghalang pembinaan jalan raya di Sarawak?
Binatang Liar
Masalah kekurangan tenaga buruh
Masalah bentuk muka bumi
Bantahan penduduk setempat
Syarikat manakah yang memperkenalkan perkhidmatan penerbangan awam di tanah melayu pada tahun 1937?
Syarikat Wearne Air Sevice
Air Asia
Malindo
Syarikat British Air
Senarai berikut menunjukan sekolah vernakular.
*Sekolah Melayu
*Sekolah Cina
*Sekolah Tamil
Apakah kesan daripada perkembangan sekolah vernakular tersebut terhadap Tanah Melayu?
Berlaku rusuhan kaum
Perpaduan sukar dicapai
Kemajuan tidak seimbang
Bilangan buruh meningkat
