WorksheetsTatabahasa UPSR 2019
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Ayah berusaha untuk __________ bakat adik dalam bidang lukisan dengan menghantarnya bertanding.
menerap
mengelap
menggilap
mengasuh
"Pertandingan lukisan itu akan dimulakan pada __________ masa sahaja,"kata kakak kepada ibu.
bila-bila
siapa-siapa
mana-mana
wak-waktu
Sepanjang perjalanan pulang ke tanah air, Sarimah tidak dapat _________ mata kerana tidak sabar berjumpa keluarganya.
melelapkan
merehatkan
menutupkan
mengkerdipkan
Adzeem berjanji akan belajar bersungguh-sungguh _________ berjaya dalam peperiksaan UPSR.
agar
untuk
kerana
manakala
Kami mengambil keputusan untuk mengambil jalan _________ menuju ke kampung.
jauh
cepat
pintas
singkat
Datuk dan nenek berasa gembira apabila melihat __________ anak dan cucunya semasa mereka pulang ke kampung.
suka duka
pahit manis
gurau senda
tepuk tampar
Kami sedang berbincang _________ rancangan berkelah pada minggu hadapan.
akan
dalam
tentang
terhadap
Cikgu Rosli memberi taklimat tentang _________ bermain alat muzik.
tatacara
tataetika
tatatertib
tatarias
Nasi lemak yang dimasak oleh kakak agak _________ sedikit kerana terlebih air.
lembut
keras
cair
lembik
Kami sekeluarga terpesona melihat gerak tari _________ yang dipersembahkan oleh penari tradisional itu.
liang liuk
lemah longlai
lemah gemalai
gilang gemilang
Nenek sedang __________ padi untuk membuang hampas-hampas padi yang terdapat di dalamnya.
menampi
menepuk
mengetuk
mengangin
"Semua menteri diminta segera untuk _________ baginda sultan," kata Bendahara Tun Perak.
menghadap
bertitah
berangkat
beradu
Azman mengorek lubang di belakang rumahnyanya.
Pilih kata sinonim untuk mengorek
mengumpil
mencungkil
menggali
menebuk
Kami berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan kalian.
Pilih perkataan antonim bagi terkilan
gembira
duka
marah
kesat
Buah ciku yang masih muda tidak boleh dimakan kerana rasanya __________ .
kelat
payau
pahit
masam
Perahu itu _________ dipukul ombak menyebabkan abang menjadi pening dan mual.
lalu-lalang
olang-aling
simpang-siur
tunggang-langgang
Hati Zaki __________ apabila melihat rumah lama ayahnya yang terbiar itu.
tercuit
terusik
tergoda
tersentuh
Ayah menggunakan sebatang galah untuk __________ buah rambutan di atas pokok.
mengait
menjolok
menunjal
memetik
__________ masyarakat orang asli kini telah mengalami kemajuan dalam bidang pelajaran.
Setiap
Tiap-tiap
Pelbagai
Sesetengah
Kemunculan Cikgu Ariffin di dalam Buletin Utama telah menjadi perbualan dalam kalangan murid di sekolahnya.
buah hati
buah tangan
buah mulut
buku lima
Api pelita yang dipasangnya _________ apabila ditiup angin.
liang-liuk
bolak-balik
kacau-bilau
ulang alik
Mat menggunakan sebilah kapak untuk _________ tulang lembu itu,
menetak
mengerat
membelah
memotong
Tangan palsu itu adalah yang __________ baha ciptaan saintis itu.
sungguh
paling
sangat
amat
Pemain kompang itu _________ kompang dengan peuh semangat bagi menyambut ketibaan orang kenamaan itu.
memukul
mengetuk
menampar
memalu
Man __________sabut buah kelapa menggunakan sebatang kayu yang ditajamkan hujungnya.
mencarik
mengupas
menanggal
mencungkil
" ___________ diminta mengisi borang ini dengan lengkap sebelum menghantarnya kepada saya," kata setiausaha pejabat itu kepada Najwa.
Awak
Kalian
Saudara
Saudari
Jari-jemari penari itu __________ semasa menaraikan tarian inang.
lentur
lentik
lentok
lembik
"Barang-barang yang _________ minta itu telah pun __________ di pekarangan istana," kata Laksamana Tuah kepada Sultan Mansur.
baginda ... hamba
baginda ... patik
tuanku ... hamba
tuanku ... patik
Encik Amirul memasang __________ pada tingkap rumah banglonya untuk menjamin keselamatannya.
jejari
sesiku
kekisi
tetulang
Bangunan yang unik itu dibina oleh pekerja-pekerja mahir di bawah pengawasan __________ tempatan yang bertauliah.
jurutera
juruselam
juruhebah
jurugegas
Pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong bagi _________ taman herba yang telah lama terbiar itu.
perindah
perindahkan
memperindah
memperindahkan
Sikap Maisarah yang __________ itu menyebabkan dia disenangi oleh kawan-kawannya.
alim-alim kucing
mulut murai
ringan tulang
pilih kasih
Puan Hazikah menghidangkan beberapa __________ cempedak goreng yang masih panas kepada tetamunya.
biji
ulas
ketul
pangsa
Adib sedang __________ maklumat daripada internet untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Nong.
mereka cipta
memuat turun
mengatur cara
mengemas kini
Nik Nurhafiza dan rakan-rakananya akan ________ lawatan ke Terengganu.
mengikuti
mengetuai
menjalani
melakukan
Hakimi merajuk apabila mendapati _________ daripada nasi goreng ayamnya telah dimakan oleh abangnya.
sesetengah
sekalian
setengah
segelintir
tali ampaian itu menjadi _________ apabila Iqbal menyidai beberapa helai seluar jean.
labuh
lendut
luntur
tegang
"jangan biasakan bercakap perkara yang _________ . Perbuatan itu biadap dan tidak sopan," nasihat nenek kepada Ammar.
kelam-kabut
kucar-kacir
riuh-rendah
carut-marut
Adam __________ apabila tidak dipedulikan oleh kawan-kawannya.
jauh hati
murah hati
iri hati
rendah hati
Sebaik sahaja tiba di istana, raja yang kepenatan terus menuju ke kamar baginda.
Apakah yang akan dilakukan oleh raja selepas itu
bertutah
bersantap
beristirahat
bersemayam
Cikgu Roslina dan Cikgu Rosmawati bertindak sebagai Pengerusi Majlis sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Haduah sekolah saya.
Pilih perkataan sinonim bagi Pengerusi Majlis
Penyeri Majlis
Penaung Majlis
Penganjur Majlis
Pengacara Majlis
___________ bunga api yang mewarnai ruang udara memeriahkan majlis pembukaan Sukan Malaysia.
LImpahan
Semburan
Dentuman
Percikan
__________ itu sedang menemu bual pegawai polis tentang rompakan kedai emas semalam.
Budayawan
Wartawan
Negarawan
Hartawan
Semua dokumen di pejabat sekolah sedang ___________ oleh Cik Hidayah agar urusan pentadbiran berjalan lancar
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
dibaik pulih
Dalam ucapannya, guru besar ________ agar murid-murid tahun enam sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
mengajak
mendesak
mengajarkan
menyarankan
Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
riuh-rendah
simpang-siur
kelam-kabut
bengkang-bengkok
Penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan "Dapur KIta" menyaksikan tukang masak menyediakan sajian pengantin mengikut _________ yang betul.
tatatertib
tatacara
tatakerja
tatasusila
Fadiyah __________ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.
kebuntuan
keberatan
kepekaan
kekeliruan
Menteri Besar mengiringi __________ Sultan Pahang ke majlis perasmian Masjid Rompin.
keputeraan
pemasyuharan
keberangkatan
persemayaman
Kasihan Nazatul.Semalam belas alat tulisnya hilang.Hari ini duitnya pula yang hilang.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
sudah jatuh ditimpa tangga
hilang di mata di hati jangan
sudah terhantuk baru tengadah
harapkan pagar, pagar makan padi
