wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata kerja UPSR

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mak Kiah sedang _____ bakul yang ditempah oleh para pelanggannya.

a)

menebar

b)

menganyam

c)

menyulam

d)

menyembat

2.

Encik Samad _____ roti canai sebelum membentukkannya di atas permukaan yang telah digris.

a)

menguli

b)

menebar

c)

mengecap

d)

membakar

3.

Kak Hana _____ songket menggunakan beberapa lembar benang emas.

a)

menjahit

b)

menyembat

c)

menenun

d)

melembar

4.

Tukang kebun itu ______ ranting pokok yang tumbuh merimbun.

a)

menghiris

b)

mencanting

c)

memangkas

d)

menebang

5.

Pak Lang ______ sotong bersama rakan-rakannya di tengah laut pada waktu malam.

a)

menjala

b)

memancing

c)

mancandat

d)

mengail

6.

Ibu ____ daging yang baru dibelinya sehingga lumat untuk dibuat bergedil.

a)

mencencang

b)

memotong

c)

menghiris

d)

mendadu

7.

Saya hanya ___ perut dengan memakan sekeping roti.

a)

mengalas

b)

mengisi

c)

memenuhi

d)

memakan

8.

Puan Siti ____ baju anaknya yang telah koyak di ruang tamu.

a)

menyembat

b)

memotong

c)

mencanting

d)

mengukir

9.

Cik Farah ____ batik menggunakan lilin yang telah dicairkan.

a)

melukis

b)

mencanting

c)

melakar

d)

mewarna

10.

Pak Abu sedang ____ jala kerana tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh.

a)

men

b)

menyirat

c)

merawan

d)

membetulkan

11.

Ibu ____ nasi sebaik sahaja tiba di rumah.

a)

menjerang

b)

menggoreng

c)

merebus

d)

menanak

12.

Pak Dollah terpaksa ______ pokok kelapa itu untuk mengambil buah kelapa muda.

a)

menebang

b)

mengait

c)

memotong

d)

menakik

13.

Diana ____ kuih pau untuk tetamu yang datang ke rumahnya.

a)

membakar

b)

merebus

c)

mereneh

d)

mengukus

14.

Ular itu _____ seekor anak kambing perlahan-lahan.

a)

melilit

b)

melulur

c)

mengejar

d)

mematuk

15.

Tikus itu baru sahaja _____ bekas makanan yang dibeli oleh ibu.

a)

menggigit

b)

mencubit

c)

mengerit

d)

menyirat

16.

Nek Timah ____ daun pisang untuk dijadikan pembungkus kuih koci.

a)

merebus

b)

membakar

c)

mereneh

d)

melayur

17.

Angsa peliharaan datuk sedang ___ makanan di dalam parit.

a)

menyudu

b)

mematuk

c)

meragut

d)

menggigit

18.

Nani ____ sup daging untuk kakaknya yang sedang demam.

a)

menanak

b)

mengukus

c)

mereneh

d)

membakar

19.

Mak Mah ____ padi ketika keadaan berangin di luar rumah.

a)

menyejukkan

b)

menampi

c)

membanting

d)

menuai

20.

Datuk ____ buluh untuk dijadikan wau yang menarik bentuknya.

a)

memotong

b)

mencantas

c)

meraut

d)

menakik