wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM

Total questions: 41

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Rasulullah (s.a.w.) merupakan salah seorang yang berketurunan dari bani..........

a)

Bani Hisyam

b)

Bani Hasyim

c)

Bani Hasan

d)

Bani Husain

2.

Pada tahun bilakah Rasulullah (s.a.w.) dilahirkan?

a)

10 Rabiul Awal Tahun Gajah

b)

12 Rabiul Awal Tahun Gajah

c)

10 Zulhijjah Tahun Hijrah

d)

27 Rejab Tahun Hijrah

3.

Ibu Rasulullah (s.a.w.) telah meninggal dunia pada ketika Rasulullah (s.a.w.) berusia berapa tahun?

a)

12 Tahun

b)

9 Tahun

c)

2 Bulan

d)

6 Tahun

4.

Siapakah nama datuk Nabi Muhammad (s.a.w.) yang memeliharanya setelah kematian ibunya?

a)

Abdul Muthalib

b)

Abu Lahab

c)

Abdullah

d)

Abu Thalib

5.

Nabi Muhammad (s.a.w) pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?

a)

Halimatul Saadiah

b)

Siti Sarah

c)

Maisarah

d)

Suwaibah

6.

"Islam melarang seseorang meratapi kematian".

Maksud meratapi dalam pernyataan tersebut ialah

a)

tidak reda dengan takdir Allah SWT

b)

kecewa dan sedih ke atas kematian orang lain

c)

menganggap diri penyebab kepada kematian tersebut

d)

meraung-raung dan mencederakan diri sendiri

7.

Berapa lamakah tempoh yang dibenarkan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga si mati?

a)

40 hari

b)

3 hari

c)

7 hari

d)

1 hari

8.

Berikut yang manakah amalan yang patut dilakukan ketika menziarahi jenazah?

a)

menanyakan kepada waris adakah si mati mempunyai hutang

b)

menceritakan tentang kebaikan jenazah

c)

berdoa supaya jenazah mendapat keampunan

d)

mengambil pemberian dari keluarga waris selepas solat jenazah

9.

Apakah perkara yang sunat dilakukan semasa berada di rumah si mati?

a)

membaca ayat-ayat al-Quran

b)

membantu ahli keluarga dari segi kewangan

c)

menenangkan perasaan sedih keluarga si mati

d)

mengingatkan waris si mati tentang hutang jika ada

10.

Setelah mendengar khabar berita tentang adanya kematian di tempat tinggal kita, apakah hukum untuk menziarahi jenazah tersebut?

a)

menjadi sunat ab'ad ke atas kita

b)

menjadi sunat hai-at ke atas kita

c)

menjadi fardu ain ke atas kita

d)

menjadi fardu kifayah ke atas kita

11.

Mencukur atau mencabut bulu kening adalah diharamkan kerana

a)

mendatangkan kemudaratan kepada wajah

b)

menyerupai perbuatan orang bukan Islam

c)

wajah akan kelihatan tidak menarik

d)

mengubah ciptaan Allah SWT

12.

Hukum memakai susuk untuk kecantikan diri ialah

a)

makhruh

b)

haram

c)

harus

d)

tiada paksaan

13.

Salah satu amalan berhias diri ialah

a)

memakai wangian untuk perempuan

b)

memotong kuku

c)

memakai rambut palsu

d)

mandi bunga

14.

Islam menyukai sesuatu yang bersih dan cantik kerana

a)

menjaga maruah diri dan agama

b)

menunjukkan kebesaran Allah

c)

menarik pandangan orang ramai

d)

kecantikan anugerah Allah

15.

Hikmah Islam melarang lelaki memakai emas dan sutera ialah kerana

a)

membezakan pakaian lelaki dan perempuan

b)

emas dan sutera adalah pakaian mewah

c)

melambangkan pakaian upacara agama lain

d)

tidak sesuai untuk kulit lelaki

16.

Memperolehi keredaan Allah ketika berekreasi dengan cara

a)

menjalinkan hubungan silaturahim dengan semua pengunjung

b)

mengingatkan diri supaya mengingati Allah

c)

memelihara adab-adab yang ditetapkan oleh syariat

d)

melakukan banyak solat sunat

17.

Rekreasi adalah kegiatan yang menyeronokkan. Apakah adab yang perlu semasa berekreasi?

a)

mendengar musik yang kuat semasa berjoging

b)

mengalihkan bangku pada kedudukan asal

c)

menghormati pengunjung lain

d)

berjalan dalam keadaan berkumpulan

18.

Ciri-ciri pembinaan tempat rekreasi dari segi kemudahan fizikal adalah

a)

surau

b)

pagar

c)

bangku

d)

kawasan khas untuk wanita

19.

Berikut adalah hikmah mengamalkan adab di tempat rekreasi kecuali

a)

melahirkan masyarakat cinta alam sekitar

b)

menjalinkan hubungan percintaan

c)

mendapat kecintaan dari Allah

d)

membenci perkara mungkar

20.

Apakah strategi pengawalan kerosakan tempat rekreasi


i -memberi kesedaran kpd masyarakat

ii -menyediakan tempat cadangan

iii -membekalkan tong sampah

iv -mengenakan denda

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

21.

Berikut adalah adab menjaga orang sakit

a)

Ingat pesakit bahawa semuanya adalah ujan Allah

b)

Menasihati mereka supaya jangan bersabar

c)

Mengajak mereka pergi bersiar-siar

d)

Jangan hiraukan keluhan mereka.

22.

Sikap yang perlu ketika menjaga orang sakit.

a)

Bersabar

b)

Mengasari mereka

c)

Menengking mereka

d)

Membiarkan mereka bersendirian

23.

Kewajipan orang yang sihat terhadap orang yang sakit.


i mengiringinya ke kubur.

ii membayar hutangnya

iii menziarahi mereka.

iv menjaganya

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

24.

Orang yang sakit perlu dijaga dengan beradab kerana

a)

mendapat pujian

b)

mendapat ganjaran.

c)

memudahkannya melakukan ibadat

d)

mendapat meringankan penderitaannya

25.

Berikut adalah adab menjaga orang sakit dari aspek emosi kecuali .

a)

memberi kerihatan yang secukupnya

b)

memahami keperitan penderitaannya

c)

tutur kata yang lemah lembut

d)

bersabar mendengar rungutan.

26.

Contoh amalan khurafat ialah

a)

membuang ancak bagi menghalau hantu

b)

menyembah bulan atau matahari

c)

meminta bantuan daripada syaitan atau makhluk halus

d)

menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran

27.

Seseorang yang mempercayai perkara khurafat akan menyebabkan


I menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

II melindungi diri daripada segala bala

III menyebabkan syirik dan batal iman

IV mengukuhkan perpaduan masyarakat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

28.

Kepercayaan karut yang dianggap mempunyai hubungan

dengan agama Islam sedangkan ianya bertentangan syariat

Islam

a)

sihir

b)

nifak

c)

syirik

d)

khurafat

29.

Cara mengatasi khurafat dalam masyarakat ialah

a)

menjauhkan diri dari pengamal khurafat

b)

menangkap orang yang mengamalkan khurafat

c)

menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu

d)

mengasingkan orang yang mengamalkan khurafat di suatu tempat

30.

Berikut adalah cara menangani orang yang murtad kecuali

a)

dibuang daerah

b)

dikenakan hukuman bunuh

c)

memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

d)

memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam

31.

Di antara hikmah hukuman bunuh kepada orang murtad ialah


i -menghalang perbuatan merendah dan memburukkan agama Islam


ii -memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan


iii -mencegah daripada sifat mementingkan diri sendiri


iv - menjatuhkan maruah diri dan keluarga

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

32.

Manakah antara berikut adalah kesan perbuatan riddah?


I Hubungan suami isteri terpisah

II Kekal sebagai penghuni neraka

III Berhak mewarisi harta pusaka warisnya

IV Harus dikebumikan di tanah perkuburan Islam

a)

III dan IV

b)

I dan II

c)

I dan III

d)

II dan IV

33.

Hukum korban menjadi wajib apabila seseorang itu

a)

bernazar

b)

dikurniakan cahaya mata

c)

berjanji dengan orang lain

d)

memiliki harta yang banyak

34.

Berikut adalah syarat-syarat sah korban kecuali

a)

binatang al-An’am

b)

binatang yang cukup umur

c)

harus disembelih oleh orang yang bukan Islam

d)

binatang ternakan yang sihat dan tidak cacat

35.

Daging korban afdal dibahagikan kepada tiga bahagian kecuali

a)

1⁄3 kepada orang ramai

b)

1⁄3 kepada anak-anak yatim

c)

1⁄3 kepada orang fakir dan miskin

d)

1⁄3 dimakan oleh orang yang berkorban

36.

Contoh binatang Al-An'am ialah

a)

ayam, itik dan arnab

b)

kerbau, kuda dan unta

c)

biri-biri, rusa dan arnab

d)

kambing, lembu dan unta

37.

Mengikut syariat Islam, syarat binatang yang disembelih mestilah

a)

binatang yang cukup umur

b)

mati dengan sekali sembelihan

c)

menggunakan benda yang tajam

d)

niat sembelihan semasa menyembelih

38.

Apakah hukum memakan mana-mana bahagian anggota bintang al-an’am yang terpotong tanpa disembelih ?

a)

Harus

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

39.

Antara perkara makruh semasa sembelihan ialah

a)

tidak membaca basmalah

b)

menyembelih binatang yang kurus

c)

melakukan sembelihan di siang hari

d)

sembelihan dilakukan dengan alat elektrik

40.

Berikut adalah hikmah disyariatkan sembelihan dalam Islam kecuali

a)

mengelakkan penyakit

b)

memudahkan manusia untuk memakannya

c)

sebagai tanda penghormatan kepada binatang

d)

memastikan daging binatang bersih, halal dan bermutu tinggi

41.

Berikut adalah perkara-perkara sunat semasa sembelihan kecuali

a)

berselawat ke atas nabi

b)

menyebut nama Allah S.W.T.

c)

menghadap binatang ke arah qiblat

d)

melakukan sembelihan pada waktu malam