wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Tingkatan 4 K1

Total questions: 40

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

Manakah pernyataan yang betul mengenai atmosfera?

a)

Lapisan paling bawah ialah mesosfera

b)

Terdapat 21% gas oksigen dalam udara

c)

Ketebalan lapisan-lapisan atmosfera adalah sama

d)

Semakin tinggi lapisan atmosfera suhu semakin tinggi

2.

- Terdapat aktiviti magma

- Suhu 800 °C hingga 1600 °C

- Mempunyai arus perolakan


Apakah lapisan yang mempunyai ciri-ciri di atas?

a)

Mantel

b)

Teras Dalam

c)

Teras Luar

d)

Kerak Bumi

3.

Manakah antara berikut tergolong sebagai batuan enapan?

a)

Syal

b)

Granit

c)

Basalt

d)

Batu Pasir

4.

Apakah yang menyebabkan jarum kompas menunjukkan arah utara?

a)

Daya graviti bumi

b)

Tarikan magnetik bumi

c)

Arah mata angin

d)

Sudut istimewa magnet

5.

Sudut antara utara grid dan utara benar dikenali sebagai...

a)

Sudut Serong Magnet

b)

Sudut Serong Benar

c)

Sudut Serong Grid

d)

Sudut Serong Kutub

6.

Yang manakah benar tentang Utara Benar..

a)

Tempat yang ditunjukkan oleh jarum kompas magnetik

b)

Ditunjukkan oleh garisan timuran

c)

Diukur mengikut arah pusingan jam

d)

Titik pertemuan semua garisan longitud di hemisfera utara

7.

Antara berikut yang manakah menggunakan kaedah koordinat untuk menyatakan kedudukan?

a)

Pejabat pos terletak di hadapan balai bomba.

b)

Pasar awam terletak berhampiran dengan perhentian bas.

c)

Khairul duduk di lajur 04 dan baris 02.

d)

Kilang getah terletak di 0508 dalam peta.

8.

“Nisbah antara jarak dua tempat di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaaan bumi.”


Maklumat di atas adalah berkaitan dengan?

a)

Bearing

b)

Jarak mutlak

c)

skala

d)

jarak relatif

9.

Setiap satu kilometer jarak sebenar, diwakili oleh 1 sentimeter di atas peta. Berapakah jarak yang diwakili di atas peta jika jarak sebenar ialah 5 kilometer?

a)

1 sentimeter

b)

1 kilometer

c)

5 kilometer

d)

5 sentimeter

10.

Skala penyata ialah.......

a)

Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah

b)

Skala yang dinyatakan dengan menggunakkan perkataan

c)

Skala yang dinyatakan menggunakkan garisan lurus

d)

Skala yang terdapat dalam peta topo

11.

Antara yang berikut yang manakah menerangkan maksud kontur?

a)

Kontur ialah garisan putus-putus

b)

Garisan-garisan yang berbentuk lingkaran

c)

Garisan-garisan yang dilukis bagi menyambungkan tempat-tempat yang sama ketinggiannya.

d)

Titik-titik ketinggian dalam peta

12.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan maksud keratan rentas

a)

Profil bentuk muka bumi di sepanjang satu garisan pada peta

b)

Gambar rajah bentuk muka bumi

c)

Profil bentuk muka bumi di atas peta

d)

Gambaran tentang sesuatu kawasan

13.

Peta yang menggambarkan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya sesuatu kawasan dikenali sebagai

a)

Peta atlas

b)

Peta topografi

c)

Peta lakar

d)

Peta foto

14.

Graf ini digunakan untuk membandingkan lebih daripada satu jenis maklumat dalam satu graf yang sama. Jenis graf ini ialah....

a)

Graf bar mudah

b)

Graf bar berganda

c)

Graf bar majmuk

d)

Graf garisan mudah

15.

Pernyataan di atas adalah menggambarkan tentang ...

a)

Graf garisan berganda

b)

Graf garisan mudah

c)

Graf bar piramid

d)

Graf bar mudah

16.

Apakah kelebihan menggunakan carta pai..

a)

Dapat menunjukkan maklumat

b)

Dapat membandingkan kompenan-kompenan dalam satu bulatan untuk menentukan kepentingan kompenan

c)

Mudah dilukis

d)

Amat sesuai digunakan untuk menunjukkan jumlah penduduk

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan peta titik...

a)

Merupakan sejenis peta yang menggunakan titik-titik untuk menggambarkan keluasan, taburan dan bilangan sesuatu ciri.

b)

Merupakan sejenis peta tematik yang menggunakan titik-titik untuk menggambarkan keluasan taburan dan bilangan sesuatu ciri.

c)

Merupakan peta yang dilukis menggunakan titik-titik tertentu

d)

Peta yang menunjukkan taburan sesuatu ciri yang bersifat kualitatif

18.

Sistem grid kebangsaan adalah merupakan

a)

Segi empat grid yang meliputi seluruh negara

b)

Segi empat grid yang meliputi seluruh negeri

c)

Segi empat grid yang meliputi keseluruhan kawasan

d)

Segi empat grid utaraan dan timuraan

19.

Petempatan berpusat terbentuk apabila

a)

Bangunan-bangunan dibina rapat-rapat di antara satu sama lain

b)

Bangunan-bangunan dibina tersusun dalam barisan

c)

Bangunan-bangunan dibina jauh di antara satu sama lain

d)

Bangunan-bangunan dibina dekat dan jauh di antara satu sama lain.

20.

Pandang darat fizikal merujuk kepada..

a)

Pandang darat yang sedia ada

b)

Pandang darat yang menunjukkan bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan

c)

Kawasan sekitar yang terdapat dalam peta

d)

Pandang daratan sesuatu tempat

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan latitud

a)

Garisan-garisan yang dilukis mengelilingi glob dan selari dengan garisan Khatulistiwa

b)

Garisan-garisan bujur yang dilukis di atas peta atlas

c)

Jarak antara dua tempat

d)

Garisan putus-putus di atas glob

22.
  • · Ketinggian 50 hingga 80 km
  • · Berlaku pembakaran meteorit
a)

Termosfera

b)

Mesosfera

c)

Stratosfera

d)

Troposfera

23.

Pernyataan manakah yang benar tentang lava bes?

a)

Mengalir dengan laju

b)

Membeku dengan cepat

c)

Mengandungi banyak silika

d)

Mempunyai takat lebur yang tinggi

24.

Kejadian gempa bumi yang kuat di dasar laut boleh menyebabkan berlakunya?

a)

Taufan

b)

El-nino

c)

Jerebu

d)

Tsunami

25.

Pertembungan di antara plat-plat tektonik disebabkan oleh..

a)

luluhawa

b)

arus perolakan

c)

hakisan

d)

gempa bumi

26.

Apakah kegunaan batuan igneus?

a)

Industri batu marmar

b)

Membina jalan raya

c)

Membina bangunan

d)

Membuat simen

27.
  • · Topografi karst
  • · Lembah dan lembangan

Bentuk muka bumi diatas dikaitkan dengan batuan….

a)

Enapan

b)

Basalt

c)

Igneus

d)

Metamorfosis

28.

Bentuk muka bumi X dalam rajah diatas ialah?

a)

lakolit

b)

batolit

c)

lopolit

d)

pakolit

29.

Manakah batuan dalam senarai di bawah tergolong dalam kumpulan batuan metamorfosis?

a)

Marmar

b)

Batu arang

c)

Batu granit

d)

Batu permata

30.

Sifat manakah yang berkaitan dengan

batuan igneus?

a)

berlapis-lapis

b)

banyak rongga

c)

berbentuk hablur

d)

mempunyai fosil

31.

Penghasilan barangan di bawah berkait rapat dengan sumber batuan jenis?


  • - Labu Sayong
a)

igneus

b)

enapan

c)

metamorfosis

d)

igneus rejahan

32.

Manakah pasangan yang betul dalam rajah di bawah?

a)

Mempunyai takat lebur yang tinggi - Lava bes

b)

Berkeadaan cair dan cepat mengalir - Lava bes

c)

Lambat membeku dan takat lebur rendah - Lava asid

d)

Mengandungi kandungan besi yang tinggi - Lava asid

33.

Senarai gunung berapi dibawah terletak dalam?


  • - Gunung Fuji (Jepun)
  • - Gunung Mayon (Filipina)
  • - Gunung Krakatao (Indonesia)
a)

Lautan Atlantik

b)

Zon Lingkaran Api Pasifik

c)

Kumpulan Gunung Berapi Mati

d)

Kumpulan Gunung Berapi Barat

34.

Perbezaan kecuraman kon gunung berapi disebabkan oleh?

a)

kuantiti lava

b)

kelikatan lava

c)

kekerapan letusan

d)

kekuatan letusan

35.

Kepentingan batu kapur di Malaysia ialah

a)

bahan binaan jalan raya

b)

sebagai kawasan tarikan pelancong

c)

menjadi bahan hiasan lantai bangunan

d)

menjadi sumber bahan binaan bangunan

36.

Aktiviti dalam gambar berlaku di

lapisan?

a)

mesosfera

b)

troposfera

c)

stratosfera

d)

termosfera

37.

Manakah ciri-ciri yang membentuk kon gunung berapi dalam rajah?

a)

Lava cair

b)

Lava mengalir perlahan

c)

Lava yang berwarna cerah

d)

Lava mengandungi banyak silika

38.

Ruang bertanda X dalam rajah ialah?

a)

biosfera

b)

litosfera

c)

hidrosfera

d)

atmosfera

39.

Rajah tersebut menerangkan tentang proses

a)

hanyutan benua

b)

hanyutan plat

c)

pembentukan pentas benua

d)

pembentukan gunung berapi

40.

Fenomena alam yang dinyatakan di bawah sering berlaku di kawasan yang bertanda


  • - Skala Richter 7.8
  • - Kehilangan jiwa
  • - Kemusnahan harta benda
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D