wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Tugas - Kata Perintah

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1) Pilih makna kata perintah yang betul

a)

Perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.

b)

Perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap arahan, larangan, silaan atau permintaan.

c)

Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat.

d)

Kata yang suka menyuruh-nyuruh orang.

2.

2) Contoh kata perintah yang betul kecuali

a)

Jangan

b)

Silalah

c)

Tidak

d)

Harap

3.

3) Penggunaan kata perintah yang betul dalam ayat

a)

Tolong masuk ke dalam dewan.

b)

Minta para guru bersabar dengan karenah pelajar.

c)

Silalah bayar hutang kamu dengan segera.

d)

Jemput biarkan dia seorang diri.

4.

4) Penggunaan kata perintah yang betul dalam ayat

a)

Tolong jangan buang sampah di kawasan sekolah.

b)

Sila buang sampah di kawasan sekolah.

c)

Jangan buang sampah di kawasan sekolah.

d)

Jemput buang sampah di kawasan sekolah.

5.

5) Penggunaan kata perintah yang betul dalam ayat

a)

Usah beratur ketika membeli makanan.

b)

Harap merokok di kawasan kedai makan.

c)

Jemput teman saya ke tandas.

d)

Jangan bermain ketika guru sedang mengajar.

6.

6) Berikut merupakan padanan makna jenis kata perintah yang betul kecuali

a)

Jangan : Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu

b)

Harap : Menyatakan maksud keinginan mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.

c)

Jemput : Menyatakan maksud mengajak atau mengundang

d)

Sila : Menyatakan maksud ingin akan sesuatu

7.

7) Berikut merupakan padanan makna jenis kata perintah yang betul kecuali

a)

Minta : Menyatakan maksud ingin akan sesuatu

b)

Jemput : Menyatakan maksud larangan atau tegahan daripada melakukan sesuatu

c)

Sila : Meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.

d)

Tolong : Menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan, atau minta melakukan sesuatu untuknya.

8.

8) ................... beratur ketika hendak membeli makanan.

a)

Jangan

b)

Jemput

c)

Sila

d)

Harap

9.

9) "............... ganggu kehidupan saya lagi." Kata Yusuf kepada Taiyob.

a)

Minta

b)

Jangan

c)

Sila

d)

Harap

10.

10) ................ bawa Modul bahasa Melayu semasa kelas inntervensi.

a)

Jangan

b)

Harap

c)

Sila

d)

Tolong