wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM SPM 2015-2018

Total questions: 80

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah contoh Riddah melalui perbuatan?

a)

Menyakini agama lain lebih baik daripada agama islam

b)

Menyatakan niat untuk meninggalkan islam

c)

Mengistiharkan diri keluar daripada islam

d)

Menganut agama lain selain daripada agama islam

2.

En.Ismail berpuasa 19 hari sahaja dalam bulan ramadan.Beliau menunaikan solat sebanyak 9 rakaat 3 kali dalam sehari

Pernyataan di atas merujuk kepada ajaran

a)

Syiah

b)

Bahai

c)

aslim

d)

Qadiani

3.

Meminta bantuan syaitan atau jin untuk kepentingan diri sendiri


Pernyataan di atas menerangkan tentang......

a)

Sihir

b)

Nifak

c)

Syirik

d)

Khurafat

4.

Antara yang berikut manakah padanan yang betul antara Istilah dan Ciri-cirinya?


Istilah - Ciri-ciri

I - Kafir - Menolak kewujudan hari akhirat

II - Murtad - Selalu minum arak dan berjudi

III - Munafik - Menyebarkan ajaran sesat

IV - Musyrik - Memohon hajat daripada penunggu gua

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

5.

Membazir wang, masa dan tenaga

Terdedah kepada kegiatan jenayah


Pernyataan di atas merujuk kepada akibat____________

a)

Berzina

b)

Mencuri

c)

Minum arak

d)

Makan harta anak yatim

6.

Barang gadaian rosak

Pengadai membayar semua hutangnya

Barang gadaian di jual atas perintah mahkamah


Pernyataan di atas mengakibatkan Gadaian.

a)

Sah

b)

Batal

c)

Rosak

d)

Tamat Kontrak

7.

Hukum asal memberi hutang dalam islam ialah

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

8.

Barang telah rosak atau hilang

Tidak menepati syarat


Pernyataan di atas menyebabkan sewaan.....

a)

A. Tidak Sah

b)

B. Tamat Kontrak

c)

C. Tidak perlu di bayar

d)

D. Tertangguh bayaran

9.

Antara yang berikut yang manakah perkara sunat haji?

a)

A. Niat ihram di miqat

b)

B. Melontar di jamrah aqabah

c)

C. Solat dua rakaat selepas tawaf

d)

D. Meninggalkan larangan ihram

10.

Antara berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?

a)

A. Niat Ihram di miqat

b)

B. Melontar Ketiga-tiga Jamrah

c)

C. Bermalam di Muzdalifah

d)

D. Wuquf di padang arafah

11.

Razi terpaksa meninggalkan Mina kerana mempunyai urusan dan melakukan nafar awal ketika melakukan ibadat Haji.


Apakah hukum ibadat haji tersebut?

a)

A. Sah dan dikenakan dam

b)

B. Sah dan tidak dikenakan dam

c)

C. Batal dan dikenakan dam

d)

D. Batal dan tidak dikenakan dam

12.

Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada pengertian?

a)

A. Iddah

b)

B. Rujuk

c)

C. Fasakh

d)

D. Khuluk

13.

Boleh dirujuk dalam Iddah

Tidak perlu akad dan mahar yang baru


Pernyataan di atas merujuk kepada...................

a)

A. Talak Bain Sughra

b)

B. Talak Bain Kubra

c)

C. Talak Takliq

d)

D. Talak Raj'i

14.

Berikut ialah hikmah aqiqah terhadap masyarakat kecuali

a)

A. Mengeratkan hubungan silahturahim dengan jiran

b)

B. Mengalakkan amalan bersedekah dikalangan ibu bapa

c)

C. Mendekatkan baby dengan penghayatan islam

d)

D. Menghebahkan berita kelahiran bayi

15.

Menghasilkan kitab fiqh akbar

Ulama pertama menyusun kitab fiqh mengikut bab & fasal

Teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadis


Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan?

a)

A. Imam Abu Hanifah

b)

B. Imam Shafie

c)

C. Imam Malik

d)

D. Imam Ahmad bin Hambal

16.

Sumbangan khalifah Abu Abbas Abdullah Al-Saffah antaranya ialah

a)

A. Mewujudkan jawatan Qadi Al-Qudhah

b)

B. Mengasaskan kerajaan bani Abbasiah

c)

C. Membina pasar ditempat-tempat strategik

d)

D. Memindahkan pusat pentadbiran ke Baghdad

17.

Cara penyebaran Islam semasa Khalifah Umar al-Khatab

a)

A. Menggalakan penterjemahan kitab-kitab arab ke dalam bahasa asing

b)

B. Memberi bantuan kepada penduduk tempatan yang memerlukan

c)

C. Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi

d)

D. Membanyakkan jumlah tentera laut dan darat

18.

Menerima Kitab sebagai tebusan tentera Rom yang di tawan.


Pernyataan di atas merupakan bukti kepada.........

a)

A. Kecintaan Khalifah kepada ilmu

b)

B. Kekuatan pasukan tentera islam

c)

C. Galakan Peluasan wilayah islam

d)

D. Tebusan booleh dibayar dengan pelbagai cara

19.

Adab utama yang perlu diamalkan oleh orang yang berjihad di jalan Allah ialah....

a)

A. Berhati-hati

b)

B. Berdisplin

c)

C. Amanah

d)

D. Ikhlas

20.

*Mempelajari Islam

*Menyebarkan Ilmu

*Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian


Pernyataan di atas merujuk kepada peringkat jihad.....

a)

A. Menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

b)

B. Menentang kafir harbi dan munafik

c)

C. Memperbaiki diri

d)

D. Melawan syaitan

21.

Pilih pernyataan yang benar akibat nifak terhadap individu? (spm 2016)

a)

A. Melemahkan perpaduan

b)

B. Menghilangkan kepercayaan

c)

C. Mengganggu ketenteraman

d)

D.. Menghalang pembangunan

22.

Antara yang berikut yang manakah bukan rukun taubat?

a)

A. Menginsafi balasan Allah swt

b)

B. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan

c)

C. Berhenti melakukan maksiat dengan segera

d)

D. Berazam tidak akan mengulangi lagi kesalahan

23.

Semua berikut ialah golongan imannya boleh bertambah dan berkurang kecuali

a)

A. Mukmin

b)

B. Ahlul bait

c)

C. Nabi dan rasul

d)

D. Al-salafus soleh

24.

Pilih pernyataan yang benar mengenai syirik

a)

A. Menolak hukum allah

b)

B. Mempercayai perkara-perkara karut

c)

C. Berpura-pura beriman kepada Allah

d)

D. Menyekutukan Allah dengan makhluk

25.

*Riba

*Menipu

*Menyorok barang


Pernyataan di atas merujuk kepada perkara yang dilarang dalam urusan______________

a)

A. Hutang – piutang

b)

B. Gadaian

c)

C. Jual beli

d)

D. Sewa

26.

*Memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya


Pernyataan di atas merujuk kepada___________________

a)

A. Saham

b)

B. Gadaian

c)

C. Insuran am

d)

D. Insuran nyawa

27.

*Memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu

*Menyatukan semula keluarga


Pernyataan di atas adalah hikmah_____________.

a)

A. Talak

b)

B. Rujuk

c)

C. Fasakh

d)

D. Zihar

28.

Perceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu ialah pengertian___________

a)

A. Lian

b)

B. Talak

c)

C. Khuluk

d)

D. Zihar

29.

Tawaf rukun juga dikenali sebagai tawaf_____________________

a)

A.. Wadak

b)

B. Ifadah

c)

c.sunat

d)

D. qudum

30.

Pak Abu menjual buah langsat yang masih putik di pokok.


Apakah hukum jual beli tersebut dalam Islam?

a)

A. Sah

b)

B. Tidak Sah

c)

C. Dilarang tetapi sah

d)

D. Dilarang dan tidak sah

31.

P

*Bebas daripada unsur riba

*Bebas daripada unsur spekulasi

*Bebas daripada perkara haram

*Bebas daripada unsur perjudian


P dalam rajah di atas ialah_______

a)

A. Insuran

b)

B. Saham

c)

C. Hutang

d)

D. Syarikat

32.

Pilih langkah-langkah yang mesti dilakukan oleh suami mengikut ketentuan syarak dalam mendidik isteri yang nusyuz.


I Memberi nasihat dengan hikmah

II Memisahkan diri dari tempat tidur

III Memukul dengan tujuan mendidik

Iv Merujuk pakar kaunseling

a)

A. I,II DAN III

b)

B. I,II DAN IV

c)

C. I,III DAN IV

d)

D. II ,III DAN IV

33.

Pilih pernyataan yang benar mengenai sebab HAMKA tersohor di nusantara.________________

a)

A. Menentang gerakkan islah

b)

B. Semua karyanya difilemkan

c)

C. Membangkitkan semangat menentang british di Indonesia

d)

D. Sumbangan dalam bentuk agama,falsafah, dan kesusasteraan.

34.

Kepincangan dalam pentadbiran kerajaan bani Umaiyah telah menyebabkan rakyat______________.

a)

A. Murtad

b)

B. Memberontak

c)

C. Ditawan musuh

d)

D. Lari ke negara lain

35.

*Al-Syeikh Muhammad Abduh

*Al-Syeikh Tahir Jalaludin

*Al-Sayid Jamaludin al-Afghani


Tokoh-tokoh di atas lebih terkenal dalam bidang___________

a)

A. Sejarah

b)

B. Hadis

c)

C. Islah

d)

D. Falak

36.

Antara yang berikut manakah dasar pentadbiran khulafak al-Rasyidin?


I Rakyat wajib menjadi tentera

II Khalifah merupakan ketua Negara

III Khalifah tidak mendapat hak keistemewan mengatasi undang-undang

IV Gabenor dan pegawai di lantik berdasarkan kecekapan

a)

A. I,II DAN III

b)

B. I,II DAN IV

c)

C. I,III DAN IV

d)

D. II,III DAN IV

37.

Kitab al-Alfiah al-Tibbiyah ialah karya______________

a)

A. Ibnu sina

b)

B. Ibnu Rushd

c)

C.Imam ghazali

d)

D.Imam Bukhari

38.

*dilahirkan di Asad Abad

*meninggal dunia pada tahun 1314

* Keturunannya bersambung dengan Imam al-Tarmizi

*Pernah dilantik sebagai anggota Majlis Maarif di Istanbul


Pernyataan di atas merujuk kepada__________________

a)

A. Al-Sayid Jamaluddin al-Afghani

b)

B. Al-Sheikh Muhammad Abduh

c)

C. Al-Sheikh Tahir Jalaluddin

d)

D. Hamka

39.

Puan Safiah memakai rambut palsu supaya tidak kelihatan uban rambut di kepalanya.


Hukum perbutan tersebut ialah:___________________

a)

A. Sunat

b)

B. Harus

c)

C. Makruh

d)

D. Haram

40.

Perkara berikut adalah dilarang ketika menziarahi jenazah kecuali...........

a)

A. Makan dan minum di rumah si mati

b)

B. Tidak reda dengan takdir

c)

C. Meraung dan meratap

d)

D. Berbual-bual kosong

41.

*berasa riak dan bangga diri

*menunjuk-nunjuk kehebatan diri


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh:_______________ (SPM 2017)

a)

A. Syirik

b)

B. Kufur

c)

C. Riddah

d)

D. Khurafat

42.

*Menyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya

*Hidup bebas tanpa peraturan agama


Pernyataan di atas merujuk kepada_____________

a)

A. Syirik

b)

B. Murtad

c)

C. Mulhid

d)

D. Kufur nikmat

43.

Antara yang berikut yang manakah bukan keburukan khurafat?

a)

A. Membazir harta masa dan tenaga

b)

B. Menjadi malas dan mundur

c)

C. Mencemarkan imej islam

d)

D. Menjadi takbur

44.

Semua yang berikut ialah akibat perbuatan menipu kecuali

a)

A. Membatalkan iman

b)

B. Dimurkai Allah swt

c)

C. Memutuskan silaturahim

d)

D. Tidak di percayai oleh orang lain

45.

Kesan kemanisan iman yang di capai oleh seseorang dapat dinikmati apabila_______________

a)

A. Gemar ke masjid

b)

B. Suka menolong orang lain

c)

C. Sentiasa membaca alquran

d)

D. Rasa lazat beribadat kepada Allah

46.

*Hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian______________

a)

A. Qazaf

b)

B. Lian

c)

C. Liwat

d)

D. Musahaqah

47.

Ajaran_____________telah diasaskan oleh Hussin Ali al-Mazandarani

a)

A. Syiah

b)

B. Bahai

c)

C. Taslim

d)

D. Qadiyani

48.

Pilih pernyataan yang benar tentang ibadah qorban......

a)

A. Sunat dimasak manis

b)

B. Wajib dilakukan oleh orang yang bernazar

c)

C. Haram dimakan oleh orang yang berkorban

d)

D. Harus dilakukan sebelum solat sunat hari raya haji

49.

Antara yang berikut manakah syarat bagi orang yang mengambil upah haji?

a)

A. Seorang lelaki

b)

B. Telah menunaikan ibadat haji

c)

C. Waris bagi orang yang mengupah haji

d)

D. Mengambil upah haji lebih dari seorang dalam musim haji

50.

*Menjauhi maksiat

*Menjamin kesucian keturunan

*Merapatkan silaturrahim


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah_______

a)

A. Merisik

b)

B. Pertunangan

c)

C. Perkahwinan

d)

D. Walimatul Urus

51.

Antara yang berikut manakah hikmah diwajibkan Mahar?


I. Tanda kesanggupan suami membina rumahtangga

II. Persiapan suami memikul tanggungjawab

III. Tanda kasihan suami kepada isteri

IV. Bukti kesetiaan suami

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

52.

Antara yang berikut yang manakah bukan rukun Lian?

a)

A. Lafaz

b)

B. Suami

c)

C. Isteri

d)

D. Saksi

53.

Syanizah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap suaminya.


Pernyataan di atas merujuk kepada perbuatan___________

a)

A. Dayus

b)

B. Zihar

c)

C. Nusyuz

d)

D. Khuluk

54.

Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah diadakan larangan ihram?

a)

A. Melatih umat islam supaya lebih berdisplin

b)

B. Menggalakan jemaah haji supaya beribadat bersungguh-sungguh

c)

C. Memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain

d)

D. Menguji kesabaran manusia dalam menyempurnakan perintah Allah SWT.

55.

Hukum mengambil anak angkat ialah_____________

a)

A. Wajib

b)

B. Sunat

c)

C. Harus

d)

D. Sunat Muakkad

56.

*khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan

*Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang

* Menyusun pentadbiran majlis syura


Pernyataaan di atas merujuk kepada dasar pentadbiran zaman khalifah

a)

A. Khalifah Umar al-Khatab

b)

B. Khalifah Muawyah bin Abi Sufian

c)

C. Khalifah Abdul Malik bin Marwan

d)

D. Khalifah Harun Ar-Rasyid

57.

Imam Syafie Rahimahullah digelar “bapa usul Feqah” kerana_________________

a)

A. Penulis pertama dalam bidang Usul Feqah

b)

B. Lahir dalam keluarga yang mahir Usul Feqah

c)

C. Mensabitkan hukum mengikut kaedah hukum

d)

D. mengembangkan ilmu usul feqah dalam mazhab

58.

*Menimbulkan kesedaran untuk berjuang membebaskan tanah air

*Umat islam bersatu melalui gagasan 'al-Jamiah al-Islamiah'


Pernyataan di atas merujuk kepada kesan Islah yang dibawa oleh_____________

a)

A. HAMKA

b)

B. Rashid Reda

c)

C. Syeikh Waliyullah al-Dahlawi

d)

D. Syed Jamaluddin al-Afghani

59.

Berikut adalah hikmah beradab dengan Rasulullah kecuali______

a)

A. Dikasihi oleh Allah SWT

b)

B. Mudah mendapat apa sahaja yan g dihajati

c)

C. Mendorong kita mengamalkan sunnahnya

d)

D. Melahirkan insan beradab sesama makhluk

60.

Manakah yang berikut amalan berhias diri yang dilarang khusus terhadap lelaki?


I. Memakai emas

II. Memakai sutera

III. Membuat tatu pada anggota badan

Iv. Memakai pakaian yang berlainan jantina

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

61.

Pilih pernyataan yang betul akibat perbuatan riddah.(2018)

a)

A.Membazir harta, tenaga dan masa

b)

B. Hubungan suami isteri terfasakh

c)

C. Menghilangkan sikap percaya mempercayai

d)

D. Menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman

62.

*Umat Islam akan ditindas.

*Akan menerima balasan di akhirat kelak.

*Memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat Islam.


Pernyataan di atas merujuk kepada akibat____________.

a)

A. lari dari medan perang

b)

B. mencuri dan merompak

c)

C. makan harta anak yatim

d)

D. mengumpat dan memfitnah

63.

Antara berikut yang manakah ciri kesesatan ajaran Taslim?

a)

A. Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah SWT.

b)

B. Mengubah bentuk-bentuk ibadah seperti puasa 19 hari.

c)

C. Mendakwa malaikat pancaindera Allah SWT.

d)

D. Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi'li.

64.

Pilih pernyataan yang benar mengenai kufur?

a)

A. Berpaling dari agama Islam

b)

B. Berpura-pura melahirkan keimanan.

c)

C. Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

d)

D. Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya.

65.

Ciri-ciri berikut berkaitan kesesatan ajaran Qadyani Kecuali

a)

A. menghapuskan Jihad

b)

B. mengharuskan perzinaan melalui nikah batin.

c)

C. mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah SWT

d)

D. mengubah ayat Al Quran seperti ayat surah al-Saf.

66.

*Menutup aurat

*Suci daripada Hadas.


Pernyataan di atas merupakan syarat-syarat sah bagi ibadah_____________.

a)

A. Sai

b)

B. Tawaf

c)

C. Wukuf

d)

D. Melontar Jumrah

67.

Pilih susunan yang betul ketika mengerjakan ibadah Umrah.

a)

A. niat ---- tawaf ---- sai ---- bercukur

b)

B. niat ---- tawaf---- bercukur---- sai

c)

C. niat---- sai ---- bercukur---- tawaf

d)

D.niat ---- sai ---- tawaf ---- bercukur

68.

Melahirkan sifat kerjasama dan rasa kasih sayang sesama insan.

Memberi jaminan kepada pemberi hutang.


Pernyataan di atas merujuk kepada ............................ gadaian.

a)

A. kesan

b)

B. proses

c)

C. hikmah

d)

D. syarat sah

69.

Suami menceraikan isterinya ketika haid.


Situasi di atas merujuk kepada talak..........

a)

A. Bain

b)

B. Bid'i

c)

C. Sunni

d)

D. Taklik

70.

Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad.


Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

A. Li'an

b)

B. Zihar

c)

C. Khuluk

d)

D. Fasakh

71.

Antara yang berikut yang manakah perkara-perkara yang dilarang ketika ihram khusus untuk lelaki?


I Menutup kepala

II Memakai pakaian berjahit

III Menikahkan atau bernikah

IV Memotong rambut atau bulu di badan

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

72.

Dilahirkan di Tunisia

Pengarang kitab al-Muqaddimah

Bapanya seorang sarjana

Meninggal dunia pada tahun 808H


Pernyataan di atas merujuk kepada tokoh..........

a)

A. Ibnu Sina

b)

B. Ibnu Khaldun

c)

C. Imam al-Ghazali rahimahullah

d)

D. Imam al-Bukhari rahimahullah

73.

Semua jabatan berikut diuruskan oleh baitulmal pada zaman bani Abbasiah kecuali................

a)

A. Diwan al-Nafaqah

b)

B. Diwan al-Azimah

c)

C. Diwan al-Usul

d)

D. Diwan al-Jund

74.

Penasihat Agong Perdana Menteri Nizam al-Mulk.

Digelar Hujjatul Islam.

Menghasilkan kitab Ihya Ulumuddin.


Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan..............

a)

A. Imam Malik rahimahullah

b)

B. Imam Ahmad rahimahullah

c)

C. Imam al-Bukhari rahimahullah

d)

D. Imam al-Ghazali rahimahullah

75.

Ilmu berikut adalah berteraskan akal kecuali..........

a)

A. astronomi

b)

B. falsafah

c)

C. fiqah

d)

D. falak

76.

Imam al-Bukhari rahimahullah lebih terkenal dengan ilmu.................

a)

A. fiqah

b)

B. tafsir

c)

C. hadis

d)

D. tauhid

77.

Apakah hukum musafir ke Masjid Nabawi, masjid al-Aqsa dan Masjidilharam?

a)

A. Sunat

b)

B. Wajib

c)

C. Harus

d)

D. Makruh

78.

Maruah umat Islam terpelihara.

Kemungkaran dan gejala sosial dapat diatasi.


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah amar makruf nahi mungkar terhadap........................

a)

A. negara

b)

B. keluarga

c)

C. diri sendiri

d)

D. masyarakat

79.

Antara yang berikut yang manakah bukan adab bernegara?

a)

A. Menyediakan keperluan asas kepada rakyat.

b)

B. Memajukan negara dalam setiap bidang.

c)

C. Mempertahankan negara daripada musuh.

d)

D. Mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.

80.

Jihad dituntut dalam Islam kerana dapat...............

a)

A. meningkatkan ekonomi negara.

b)

B. menjauhi diri daripada sifat mazmumah.

c)

C. mendidik sifat jati diri yang tinggi.

d)

D. melahirkan masyarakat yang aman dan berkasih sayang