wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5 PENGUKUHAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2021

Total questions: 80

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah mewakili bacaan 'ra' tarqiq

a)

يَحْشُرُ

b)

أكْثَرُهُم

c)

في مِرْيَةٍ

d)

فِرْعَون

2.

Apakah maksud 'waqaf' dalam bacaan al-Quran

a)

memutuskan suara pada bacaan Al-Quran

b)

memberhentikan bacaan pada akhir kalimah untuk bernafas dengan niat menyambung semula bacaan

c)

memutuskan suara secara tartil

d)

memutuskan suara tanpa mengambil nafas untuk meneruskan bacaan

3.

Cara bacaan bagi tanda wakaf berikut ialah

a)

Harus wakaf padanya

b)

Harus wakaf atau wasal

c)

Wasal lebih utama

d)

Digalakkan wakaf

4.

Pernyataan di atas ialah maksud .................................

a)

Wakaf Tam

b)

Wakaf Hasan

c)

Wakaf Kafi

d)

Wakaf Qabih

5.

Cara bacaan bagi tanda wakaf berikut ialah

a)

Harus wakaf

b)

Tidak harus wakaf

c)

Harus wakaf pada salah satu tempat

d)

Harus wakaf pada kedua-dua tempat

6.

Apakah maksud ibtida'

a)

Memberhentikan bacaan al-Quran

b)

Menyambung semula bacaan al-Quran

c)

Memulakan bacaan al-Quran selepas wakaf

d)

Memula dan memberhentikan bacaan al-Quran

7.

________ وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ

a)
b)
c)
d)
8.

Kita perlu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia kerana

a)

tidak mendatangkan faedah

b)

perbuatan ini dapat meningkatkan darjat seseorang

c)

perbuatan ini dapat menambahkan pahala

d)

Iman akan menjadi kuat

9.

Zina bermaksud melakukan persetubuhan ______ tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan .

a)

wajib

b)

haram

c)

harus

d)

makruh

10.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kehormatan diri ?

a)

mengelakkan diri daripada kemalangan

b)

mengelakkan diri daripada melakukan amalan soleh

c)

menjaga dan mengelakkan diri daripada perkara yang diharamkan

d)

menjaga diri daripada melihat aurat seseorang

11.

Sumbang mahram ialah persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan yang ______ berkahwin kerana faktor keturunan, penyusuan, dan persemendaan.

a)

diharamkan

b)

dibolehkan

c)

diharuskan

d)

disunatkan

12.

Terdapat beberapa orang sahabat berbincang tentang amalan yang mereka utamakan selepas pembukaan Mekah. Percakapan mereka ditegur oleh Saidina Umar Ra kerana _____________________ .

a)

bercakap besar

b)

meninggikan suara di sebelah mimbar Rasulullah

c)

bangga dengan perbuatan yang dilakukan

d)

tidak menjaga adab di rumah Allah

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan feqah Al-Aulawiyat?

a)

mengutamakan perkara yang penting

b)

mengutamakan keinginan hati

c)

mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak.

d)

mementing kan orang fakir dan miskin

14.

Bagaimanakah cara untuk mengaplikasikan bidang ilmu dan pemikiran ?

a)

mengutamakan ilmu fardhu ain berbanding dengan ilmu fardhu kifayah

b)

mengutamakan ilmu fardhu kifayah berbanding ilmu fardhu ain

c)

mengutamakan amalan yang banyak manfaat

d)

mengutamakan amalan fardhu berbanding sunat

15.

Antara kepentingan feqah al-Aulawiyat ialah memastikan tindakan manusia ________ dan ________ .

a)

lancar, baik

b)

terkawal, sistematik

c)

berkualiti, tepat

d)

tersusun, lancar

16.

Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding dengan amalan yang kurang bermanfaat adalah prinsip bagi bidang....

a)

ilmu dan pemikiran

b)

amalan

c)

tuntutan syarak

d)

perbuatan

17.

Nyatakan maksud hadis di atas

a)

dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinan

b)

dia berkata:aku menyangka bahawa bahawa sesungguhnya baginda juga bersabda:

c)

setiap kamu ialah pemimpin

d)

setiap kamu adalah hamba

18.

Antara berikut yang manakah bukan tanggungjawab suami

a)

melayan isteri dan anak-anak dengan baiknya

b)

memberikan wang perlindungan

c)

memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anak

d)

memberikan nafkah kepada anggota keluarga

19.

Seseorang isteri perlulah ______ suami dan ______ permintaannya

a)

mengingkari, menolak

b)

mentaati, menunaikan

c)

mencurangi, mengabaikan

d)

mangabaikan, menolak

20.

Sebagai pekerjaan, perlulah ____ arahan ketua.

a)

mengingkari

b)

membuta tulikan

c)

mengabaikan

d)

mengikut

21.

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.


Pernyataan di atas adalah maksud bagi nama Allah ________.

a)

ar-Raqib

b)

as-Syahid

c)

al-Jabbar

d)

al-Muntaqim

22.

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada-Nya.


Pernyataan di atas adalah maksud bagi nama Allah ________.

a)

ar-Raqib

b)

as-Syahid

c)

al-Jabbar

d)

al-Muntaqim

23.

Berikut ialah bukti Allah SWT bersifat ar-Raqib kecuali

a)

Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangan-Nya.

b)

Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.

c)

Allah SWT menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatnya.

d)

Allah SWT Maha Menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia.

24.

Berikut ialah bukti Allah SWT bersifat as-Syahid kecuali

a)

Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangan-Nya.

b)

Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.

c)

Allah SWT menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatnya.

d)

Allah SWT Maha Menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia.

25.

Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah?

a)

Golongan penyokong Syaidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima majlis tahkim.

b)

Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah Rasulullah SAW.

c)

Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara bidaah.

26.

Pernyataan di bawah mengenai Qada’ dan Qadar menurut pandangan mazhab Ahlil Sunnah Waljamaah kecuali

a)

Allah SWT yang berkuasa mengatur segala perkara

b)

Segala yang berlaku adalah dengan kebijaksanaan Allah SWT

c)

Semua perbuatan manusia ditentukan oleh Allah SWT

d)

Ketentuan baik atau buruk ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi

27.

Apakah pandangan ASWJ terhadap isu melihat Allah

a)

Manusia tidak dapat melihat Allah

b)

orang mukmin dapat melihat Allah di dunia

c)

manusia dapat melihat Allah di dunia

d)

orang mukmin dapat melihat Allah di Syurga

28.

Antara prinsip Syi'ah ialah

a)

Meyakini bahawa imam-imam adalah maksum, iaitu terpelihara

daripada dosa kecil dan besar

b)

Menjadikan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul utusan terakhir

29.

Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin ‘Atha setelah

berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan

guru beliau Hasan al-Basri tentang kedudukan pelaku

dosa besar, kenyataan berikut merupakan sejarah kepada aliran

a)

Salafus Soleh

b)

Muktazilah

c)

Syi'ah

d)

Khawarij

30.

Mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk yang bersifat Hadith (baharu), Berikut merupakan pandangan daripada aliran

a)

Muktazilah

b)

Ahli Sunnah Waljamaah

c)

Wahabi

d)

Khawarij

31.

6. Maksud solat sunat tasbih ialah solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak _____________ pada keseluruhan solat

a)

100 kali

b)

200 kali

c)

300 kali

d)

400 kali

32.

Solat sunat tasbih boleh dilakukan sebanyak ______________.

a)

6 rakaat dengan tiga salam

b)

2 rakaat dengan satu salam

c)

4 rakaat dengan dua salam

d)

4 rakaat dan satu salam

33.

3. Maksud Hadis ; “Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara maka dirikanlah solat sunat 2 rakaat selain daripada yang difardhukan”


Pernyataan di atas merujuk kepada _____________

a)

A. Dalil Naqli solat istikharah

b)

B.Dalil Naqli solat tasbih

c)

C. Dalil Aqli solat istikharah

d)

D. Dalil Aqli solat tasbih

34.

Apakah maksud perkahwinan ?

a)

ucapan sah untuk menjadi suami isteri

b)

lafaz untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan

c)

akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan menurut hukum syarak

d)

menerima takdir untuk bersama dengan pasangan

35.

Hukum kahwin adalah makruh untuk...

a)

yang mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah untuk pasangan

b)

yang mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin

c)

bertujuan untuk menzalimi atau memudaratkan pasangan

d)

tiada desakan atau halangan untuk berkahwin

36.

Antara berikut yang manakah tidak termasuk dalam golongan wanita yang haram dikahwini dari segi keturunan ?

a)

ibu

b)

ibu saudara

c)

anak perempuan

d)

adik angkat

37.

Rukun nikah terbahagi kepada ______.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

5

38.

Perempuan yang masih isteri orang atau dalam idah talak raj'i adalah _________ dinikah oleh lelaki

a)

harus

b)

haram

c)

haram sementara

d)

wajib

39.

Apakah hukum pemberian mahar daripada suami kepada isteri ?

a)

harus

b)

makruh

c)

sunat

d)

wajib

40.

Anggota perempuan yang harus dilihat oleh lelaki untuk dipinang ialah ______.

a)

rambut, bentuk kaki

b)

muka, tapak tangan

c)

muka, tapak kaki

d)

tapak tangan, rambut

41.

Talak, fasakh, khuluk dan li'an adalah isu-isu berkaitan dengan _______________ perkahwinan.

a)

peranan

b)

pembubaran

c)

tanggungjawab

d)

pernikahan

42.

________________ ialah pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Talak

d)

Li'an

43.

Talak ______________ ialah talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah dan mahar yang baru.

a)

Raj'i

b)

Bain

44.

Antara kesan lian ialah suami isteri tidak boleh rujuk selama-lamanya.

a)

Betul

b)

Salah

45.

Isteri yang telah putus haid, sekiranya suaminya meninggal dunia, tempoh iddahnya ialah selama ________________

a)

3 bulan hijrah

b)

3 kali suci

c)

4 bulan 10 hari

d)

4 bulan 11 hari

46.

Siapakah paling layak untuk menjaga anak selepas perkahwinannya dibubarkan.

a)

Ibu

b)

Bapa

c)

Ibu kepada ibu

d)

Ibu kepada bapa

47.

_______________ ialah pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Poligami

d)

Talak

48.

Hukum pemberian wasiat dalam Islam

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

49.

Berapakah nilai jumlah harta yang boleh diwasiatkan

a)

semua

b)

1/2

c)

1/3

d)

1/4

50.

Pilih dua jenis lafaz yang boleh digunakan dalam wasiat semasa sighah

a)

jelas

b)

main-main

c)

bertulis sahaja

d)

kiasan

51.

Apakah maksud As-habulfurudh ?

a)

waris yang menerima lebihan baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada As-habulfurudh

b)

waris yang menerima harta mengikut kadar yang ditetapkan oleh pewaris

c)

waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak

d)

waris yang menerima sebahagian harta setelah disedekahkan kepada fakir miskin

52.

Suami mendapat ____ daripada harta sekiranya tiada anak.

a)

2/3

b)

1/4

c)

1/2

d)

1/8

53.

Golongan asabah pula terdiri daripada ................jenis.

a)

2

b)

9

c)

3

d)

5

54.

Apakah maksud jenayah dalam Islam ?

a)

kesalahan2 yang dinyatakan dalam undang2 negara

b)

kesalahan2 yang dinyatakan dalam buku peraturan sekolah

c)

kesalahan2 yang dinyatakan hukumannya dalam Al-Quran, sunat dan sebahagiannya daripada mahkamah

d)

kesalahan2 yang dinyatakan di dalam mahkamah sahaja

55.

Hukum melaksanakan hukuman jenayah dalam Islam adalah _________.

a)

harus

b)

wajib

c)

makruh

d)

haram

56.

Antara berikut yang manakah bukan hukum kesalahan jenayah ?

a)

hudud

b)

qazaf

c)

kisas

d)

ta'zir

57.

Pelaksanaan hukuman hudud adalah dibawah _________.

a)

orang awam

b)

pihak berkuasa

c)

orang kampung

d)

ahli keluarga

58.

Hukum Kisas adalah wajib jika _______.

a)

mendapat persetujuan mahkamah

b)

mangsa atau waris mangasa mahukan balasan yang sama

c)

tidak diminta oleh keluarga mangsa

d)

perbuatan tidak boleh dimaafkan

59.

Hukum ta'zir bermaksud hukuman keseksaan yang diputuskan oleh _________ .

a)

Al-Quran dan Sunnah

b)

orang ramai

c)

mahkamah

d)

majoriti

60.

Siapakah Usman Bin Ertughrul ?

a)

pemerintah ketiga kerajaan Uthmaniah

b)

pengasas kerajaan Uthmaniah

c)

pemerintah ketujuh kerajaan Uthmaniah

d)

pemerintah kesepuluh kerajaan Uthmaniah

61.

Bilangan pemerintah kerajaan Uthmaniah adalah seramai ___ orang.

a)

40

b)

54

c)

37

d)

43

62.

Apakah sumbangan oleh Usman Bin Ertughrul ?

a)

memodenkan angkatan tentera laut

b)

membentuk pasukan Janissary

c)

menyatukan wilayah Anatolianselatan selepas ditinggalkan oleh Byzantine

d)

membuka Belgrade

63.

Salahuddin Al-Ayubi mempunyai peribadi yang unggul seperti:-

a)

Seorang yang bengis

b)

Tidak mempunyai belas kasihan pada musuh

c)

Rajin membaca

d)

Prihatin terhadap kebajikan rakyat

64.

Kejayaan besar bagi Salahuddin Al-Ayubi adalah:-

a)

Menumpaskan kerajaan Rom

b)

Membebaskan Baitul Maqdis daripada penguasaan tentera salib

c)

Berjaya membuka Kota Konstantinopal

d)

Berjaya membina tembok Baitulmaqdis

65.

Apakah jawatan yang dipikul oleh tokoh di atas ?

a)

Pensyarah kalih undang2

b)

Hakim mahkamah rayuan

c)

Mursyid Al-Amm Ikhwan Muslimain

d)

Pemerintah kerajaan Ayyubiyah

66.

al Ma'thurat adalah himpunan __________

a)

kata-kata nasihat untuk menjadi pedoman kehidupan

b)

tulisan dan ucapan berkaitan prinsip Islam spt jihad, dakwah dan lain-lain

c)

ayat-ayat al Quran dan doa yang ma'thur

d)

fakta sejarah kejatuhan gerakan Islam

67.

Antara sumbangan beliau dalam bidang perundangan adalah pengasas enakmen undang-undang Islam di

a)

Pahang

b)

Kelantan

c)

Terengganu

d)

Perak

68.

Beliau mendapat pendidikan tertinggi di __

a)

University of Oxford

b)

University of Stamford

c)

Harvard University

d)

University of Cambridge

69.

Tawaduk dari sudut istilah ialah

a)

perasaan rendah diri

b)

sikap kerendahan hati kepada Allah dan sesama manusia

c)

melupakan segala kesalahan orang lain

70.

Jika baginda tidak suka, baginda akan meninggalkannya tanpa menzahirkan perasaannya sebaliknya hanya berdiam. " Penyataan ini menunjukkan bahawa Rasulullah bersifat tawaduk dalam

a)

rumah tangga

b)

makan dan minum

c)

pergaulan

71.

Istiqamah ialah ketaatan yang ________ dalam melaksanakan suruhan Allah dan mejauhi larangannya

a)

ragu-ragu

b)

sementara

c)

berterusan

d)

serba salah

72.

Rasulullah SAW ______ memohon keampunan daripada Allah walaupun baginda seorang yang maksum.

a)

jemu

b)

malas

c)

tidak jemu

d)

letih

73.

Apakah amalan yang disukai Allah

a)

amalan yang dikerjakan apabila mampu sahaja

b)

amalan yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit

c)

amalan yang dikerjakan berterusan dengan banyak

d)

amalan yang dikerjakan sekali tetapi besar ganjarannya

74.

Apakah tujuan Hari Alam Sekitar Malaysia?

a)

Untuk bersuka-ria

b)

Untuk meningkan kesedaran tentang pembuangan sampah

c)

Bagi meningkatkan kesederan tentang kepentingan menjaga alam sekitar

d)

Bagi meningkatkan kesederan tentang habitat flora dan fauna kepentingannya

e)

Untuk mengarahkan seluruh penduduk Malaysia bergotong-royong dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya

75.

Apakah itu eko-pelancongan?

a)

Eko-pelancongan ialah pelancongan penduduk ke luar negara

b)

Pelancongan yang berasakan sumber dan pemeliharaan alam semulajadi

c)

Pelancong yang datang ke luar negara untuk bercuti

d)

Penggunaan sumber negara hanya untuk pelancong yang datang dari luar negara

e)

Penggunaan sumber negara hanya untuk pelancong dari dalam negara

76.

Apakah akhlak mazmumah adab menjaga alam sekitar?

a)

Membuang sampah merata-rata

b)

Menanam semula pokok yang telah ditebang

c)

Menggunakan air dengan berhemah semasa berwudhuk

d)

Menggunakan air dengan banyak semasa berwudhuk

e)

Tidak menjaga kebersihan sungai

77.

Mazmumah bermaksud sifat dan tingkah laku _________ yang _________ dengan syarak.

a)

bodoh, bertentangan

b)

keji, berlawanan

c)

baik, mengikut

d)

jahat, mengikut

78.

Apakah maksud riak?

a)

Melakukan amalan tanpa niat untuk dipuji oleh orang lain

b)

Melakukan amalan jahat untuk dibenci oleh orang lain

c)

Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain

d)

Melakukan amalan baik untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain

79.

Menurut sabda Rasulullah SAW, riak adalah ________ .

a)

dosa besar

b)

syirik besar

c)

syirik kecil

d)

dosa kecil

80.

Hasad bermaksud perasaan _______ melihat kelebihan yang ada pada orang lain dengan hasrat supaya kelebihan tersebut ________ daripadanya

a)

suka, kekal

b)

benci, kekal

c)

dengki, hilang

d)

suka, hilang