wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH DUNIA : TEMA 4 : REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT DI CHINA

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah paling benar tentang prinsip keadilan china?

a)

Seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehingga kesalahan dapat dibuktikan

b)

Seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap bersalah sehingga kebenaran dapat dibuktikan

c)

Seseorang yang dituduh melakukan kesalahan akan terus dijatuhi hukuman cekik sampai mati

2.

Apakah usaha pihak Barat dalam melindungi rakyat mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang China apabila terlibat dengan kesalahan jenayah yang disabitkan?

a)

Menyekat undang-undang china

b)

Menjalankan dasar konfrontrasi dengan pihak China

c)

Mewujudkan hak wilayah asingan

d)

Mogok

3.

Mengapakah perasaan anti asing masyarakat china dikatakan bertambah seiring dengan kemasukkan agama Kristian?

a)

Ramai orang China berjaya dikristiankan

b)

gologan China yang memeluk agama kristian tidak menghormati amalan tradisi

c)

Banyak sekolah-sekolah telah dibina

4.

Antara berikut ialah kuasa barat yang berjaya membuka petempatan di negara China, kecuali

a)

Britain

b)

Perancis

c)

Rusia

d)

Afrika

5.

Yang berikut merupakan antara sebab mengapa pengenalan teknologi Barat telah mendapat tentangan daripada orang China, kecuali

a)

Jumlah pengangguran orang China bertambah

b)

hanya membawa keuntungan dalam jangka pendek

c)

percaya teknologi barat tidak membawa kemajuan

d)

kos yang tinggi

6.

Mengapakah negara china tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kuasa Barat?

a)

Dasar persamaan taraf

b)

China bimbang dengan kuasa Barat

c)

China tidak mahu menjalankan sebarang hubungan diplomatik dengan mana-mana negara

d)

Merasakan hubungan diplomatik akan melembapkan ekonominya

7.

Siapakah yang memberi pengisytiharan kepada gerakan Boxer untuk menyerang kuasa Barat ?

a)

Kang Yu-Wei

b)

Putera Kung

c)

Chang Chih-tung

d)

Maharani Dowager

8.

Apakah tujuan utama pemberontakan Boxer diadakan?

a)

Menghapuskan orang asing yang berada di China

b)

Menghapuskan orang China Kristian

c)

Mengembalikan kuasa pemerintahan China

d)

Untuk mendapatkan kebebasan negara semula

9.

Gerakan Boxer hanya meletus di beberapa kawasan sahaja iaitu di Tientsin, Manchuria,Mongolia dan

a)

Hankow

b)

Peking

c)

Amoy

d)

Ningpo

10.

Satu perjanjian telah ditandatangani untuk menamatkan Pemberontakan Boxer iaitu dikenali sebagai

a)

Perjanjian Peking

b)

Perjanjian Nangking

c)

Perjanjian Whampoa

d)

Protokol Boxer

11.

Apakah faktor utama tercetusnya perang candu kedua?

a)

pembunuhan mubaligh Perancis

b)

peristiwa lorcha arrow

c)

rasa tidak puas hati terhadap perjanjian nanking

d)

sikap anti orang asing

12.

Berikan dua syarat perjanjian tientsin 1858

a)

kerajaan China bersetuju konsul ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan tertentu

b)

kowloon diserahkan kepada British

c)

kuasa-kuasa barat dibenarkan merekrut buruh Cina untuk bekerja di luar negara

d)

orang asing diberi kebebasan untuk bergerak di seluruh negara China sekiranya memiliki pasport yang sah

13.

Berikan dua syarat Konvensyen perking 1860

a)

kerajaan China membenarkan mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian

b)

pelabuhan tientsin dibuka kepada perdagangan asing

c)

kerajaan China membuka 11 buah pelabuhan bagi perdagangan asing

d)

kerajaan China bersetuju menambahkan jumlah bayaran ganti rugi kepada kuasa-kuasa barat

14.

Perang candu pertama yang berlaku pada 1839 hingga 1842 juga dikenali sebagai

a)

peperangan Inggeris-China pertama

b)

peperangan Inggeris-China kedua

c)

peperangan Inggeris-China ketiga

d)

peperangan Inggeris-China keempat

15.

Selain perjanjian nanking dan perjanjian whampoa, Berikan dua lagi perjanjian China dengan kuasa-kuasa barat.

a)

perjanjian Tambahan Bogue

b)

perjanjian Versailles

c)

Perjanjian Chinkiang

d)

Perjanjian wanghia

16.

Pilih isu-isu atau Faktor-faktor yang merenggangkan hubungan China dan Barat.

a)

Isu perdagangan

b)

Isu candu

c)

Isu perundangan

d)

Isu agama Kristian

e)

Isu kasut

17.

Isu candu telah merenggangkan hubungan China dengan Barat. Mengapakah Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perdagangan candu. ( 2jawapan)

a)

bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah, pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari India.

b)

Candu kemudiannya memberi kesan negatif terhadap kesihatan masyarakat China serta ekonomi negara.

c)

Kemasukan Candu mengakibatkan pengaliran wang masuk ke China lalu menguntungkan

18.

kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara barat kerana( tiga pilihan jawapan)

a)

kerajaan China menganggap dirinya pusat dunia yang bertamadun

b)

China mampu memenuhi keperluannya

c)

Masyarakat China mempunyai pandangan yang negatif terhadap perdagangan dan menganggap perdagangan sebagai pekerjaan yang hina.

d)

sumber ekonomi utamanya berasaskan pertanian

19.

Kerajaan China telah mengenakan Sekatan terhadap perdagangan asing. Pilih tiga sekatan tersebut

a)

China menganggap semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang harus kowtow, iaitu melutut tanda hormat di hadapan Maharaja.

b)

kilang-kilang tidak dibenarkan mengambil pekerja wanita dan tidak lebih lapan pekerja lelaki Cina

c)

pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton.

d)

Pedagang-pedagang asing perlu menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang di kenali sebagai Co-hong.

20.

Mengapakah sistem hubungan antarabangsa China dan Barat dianggap bertentangan. ( 3 jawapan)

a)

China menganggap dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia yang bertamadun.

b)

Orang Cina menganggap orang Barat sebagai orang gasar yang tidak bertamadun.

c)

China menganggap semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang harus kowtow, iaitu melutut tanda hormat di hadapan Maharaja.

d)

Lin Tsu-hse sebagai pesuruhjaya imperial untuk menghapuskan perdagangan candu.

21.

Perang candu pertama yang berlaku pada 1839 hingga 1842 juga dikenali sebagai

a)

peperangan Inggeris-China pertama

b)

peperangan Inggeris-China kedua

c)

peperangan Inggeris-China ketiga

d)

peperangan Inggeris-China keempat

22.

4 Faktor-faktor Perang Candu Pertama (1839-1842).

a)

Konsep perdagangan yang bertentangan.

b)

Sekatan terhadap perdagangan asing.

c)

Kemasukan Candu.

d)

kemuncul golongan pedagang baru.

e)

Tindakan Lin Tsu-hse.

23.

2 Tindakan drastik yang diambil oleh Lin Tsu-hse hingga mencetusnya perang candu 1.

a)

meminta orang asing supaya menyerahkan semua candu untuk dimusnahkan

b)

meminta orang asing memberi akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China.

c)

membuang 40 200 buah peti candu ke dalam laut

24.

2 kesan perang candu pertama dari segi ekonomi?

a)

muncul golongan pedagang baharu di China selepas Co-hong dihapuskan . Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan.

b)

Perniagaan candu telah meningkat secara mendadak kerana. Perjanjian Nanking tidak menyentuh tentang sekatan terhadap perdagangan candu.

c)

Masyarakat China terdedah kepada penyebaran agama Kristian.

d)

amalan kowtow ditamatkan. Orang Barat tidak perlu menyembah Maharaja China dengan cara kowtow.

25.

kesan politik perang candu pertama telah membawa kepada kemerosoton Dinasti Manchu. Kerana

a)

Maharaja China telah diturunkan daripada takhta

b)

Rakyat mula menentang kerajaan hingga tercetus Pemberontakan Taiping.

c)

dinasti Manchu tidak mempunyai keupayaan untuk menghadapi penentangan kuasa-kuasa Barat

26.

4 Faktor-faktor Perang Candu Kedua 1856-1860

a)

Kelemahan Perjanjian Nanking.

b)

Masalah penolakkan penduduk di Canton dan Foochow

c)

Rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara

d)

Tindakan British ingin membaharui perjanjian Nanking

e)

Krisis ekonomi.

27.

Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Perluasan Kuasa Barat di China

a)

Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895)

b)

Pemberontakan Boxer

c)

Pemberontakan sepoi-sepoi

d)

Gerakan Pembaharuan Ching (1901-1911)

28.

Antara kejayaan gerakan menguatkan diri ialah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Terdapat dua langkah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Nyatakan 2 langkah tersebut.

a)

mengurangkan cukai pertanian

b)

membina sistem saliran dan pengairan

c)

membina limbungan kapal

d)

menggunakan mesin yang canggih

29.

siapakah pengasas idea gerakan menguatkan diri pada tahun 1861 hingga 1895?

a)

Tseng kuo-fan

b)

Feng kuei-fen

c)

Putera kung

d)

Li Hung Chang