Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS ting 2- sistem suria& meteroid

Total questions: 47

Worksheet time: 2hrs 18mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Astronomi(AU)?

a)

Jarak purata antara Bumi dan Matahari

b)

Jarak sebenar antara Bumi dan Matahari

c)

Jarak yang dilalui oleh bunyi dalam masa setahun

d)

Jarak yang dilalui oleh cahaya dalam setahun

2.

Antara planet berikut yang manakah mempunyai tarikan graviti yang paling kuat?

a)

Musytari

b)

Zuhal

c)

Zuhrah

d)

Marikh

3.

Antara planet berikut yang manakah tidak mempunyai atmosfera?

a)

zuhal

b)

zuhrah

c)

utarid

d)

musytari

4.

Mengapakah suhu Zuhrah lebih tinggi daripada Utarid?

a)

Ketumpatan Zuhrah lebih tinggi

b)

Daya tarikan graviti di Zuhrah lebih tinggi

c)

Zuhrah tidak mempunyai awan yang menyerap dan memantulkan haba

d)

lapisan atmosfera Zuhrah terdiri daripada 96% gas karbon dioksida yang menyebabkan kesan rumah hijau

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tahun Cahaya(ly)?

a)

Jarak purata antara Bumi dan Matahari

b)

Jarak sebenar antara Bumi dan Matahari

c)

Jarak yang dilalui oleh bunyi dalam masa setahun

d)

Jarak yang dilalui oleh cahaya dalam setahun

6.

Diberi jarak planet Marikh dari Matahari ialah 2.28 x 108 km. Berapakah jaraknya dalam AU?

a)

1.52 AU

b)

1.62 AU

c)

15.2 AU

d)

16.2 AU

7.

Diberi jarak planet Uranus dari Matahari ialah 2.87 x 109 km. Berapakah jaraknya dalam tahun cahaya(ly)?

a)

0.03 x 10-4 ly

b)

0.3 x 10-4 ly

c)

3 x 10-4 ly

d)

30 x 10-4 ly

8.

Maklumat menerangkan tentang ciri-ciri planet R.

Berputar pada sisinya

Permukaan planet dilitupi oleh gas

Apakah planet R?

a)

Zuhal

b)

Zuhrah

c)

Uranus

d)

Neptun

9.

Yang manakah dikenali sebagai planet merah?

a)

utarid

b)

zuhrah

c)

marikh

d)

musytari

10.

Yang manakah merupakan planet terestrial?

a)

utarid, zuhal, bumi,marikh

b)

utarid, zuhrah, bumi, marikh

c)

utarid, zuhrah, bumi, neptun

d)

musytari, zuhal, uranus, neptun

11.

Yang manakah merupakan planet gergasi bergas?

a)

utarid, zuhrah, bumi,marikh

b)

musytari, zuhal, bumi, uranus

c)

utarid, zuhrah, bumi, neptun

d)

musytari, zuhal, uranus, bumi

12.

Apakah yang akan berlaku jika putaran Bumi menjadi perlahan?

a)

waktu siang dan malam menjadi lebih singkat

b)

Bahagian Bumi yang tidak menghadap matahari menjadi sangat panas

c)

Bahagian Bumi yang tidak menghadap Matahari menjadi sangat sejuk

d)

Kawasan gurun bertambah pada bahagian Bumi yang menghadap Matahari

13.

Rajah menunjukkan satu jasad yang bergerak mengelilingi Matahari. Apakah jasad ini?

a)

komet

b)

planet

c)

asteroid

d)

meteor

14.

Maklumat menerangkan tentang jasad X.

Merupakan meteroid yang memasuki atmosfera Bumi

Dikenali sebagai tahi bintang

Apakah jasad X?

a)

Komet

b)

Meteor

c)

Meteroit

d)

Asteroid

15.

Maklumat menerangkan tentang jasad Y.

Jasad Y ialah batuan besar dan logam yang mengelilingi Matahari

Apakah jasad Y?

a)

Komet

b)

Meteor

c)

Meteroit

d)

Asteroid

16.

Yang manakah dikenali sebagai planet kecil?

a)

Komet

b)

Meteor

c)

Meteroit

d)

Asteroid

17.

Antara berikut yang manakah menunjukkan kedudukan jalur asteroid ?

a)

di antara orbit Bumi dan Marikh

b)

di antara orbit Zuhal dan Uranus

c)

di antara orbit Musytari dan Zuhal

d)

di antara orbit Marikh dan Musytari

18.

Kebanyakan komet berasal daripada Z.Apakah Z?

a)

Jalur Ceres

b)

Jalur Marikh

c)

Jalur Kuiper

d)

Jalur Musytari

19.

Pernyataan yang manakah benar tentang meteroid?

a)

merupakan serpihan batu dan logam yang terapung di angkasa lepas

b)

terhasil daripada serpihan komet

c)

mengandungi nikel dan plumbum

d)

mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips

20.

Antara asteroid berikut, yang manakah berada di luar jalur asteroid?

a)

Apollo

b)

Amor

c)

Vesta

d)

Ceres

21.

Apakah kesan hentaman meteroit ke permukaan Bumi?

a)

pancuran meteor

b)

pembentukan kawah

c)

penghasilan ketulan batu

d)

penghasilan tahi bintang

22.

Apakah akan berlaku jika sebuah asteroid yang besar melanggar Bumi?

a)

Gelombang pasang surut yang besar

b)

penipisan ozon

c)

spesies haiwan dan tumbuhan bertambah

d)

kebakaran hutan

23.

YAng manakah planet GERGASI?

a)

Utarid

b)

Bumi

c)

Zuhrah

d)

Zuhal

24.

Planet yang manakah tidak mempunyai atmosfera?

a)

Utarid

b)

Marikh

c)

Zuhal

d)

Musytari

25.

Planet yang manakah mempunyai ketumpatan yang paling rendah?

a)

Utarid

b)

Zuhrah

c)

Zuhal

d)

Marikh

26.

Planet yang manakah mempunyai daya graviti yang kuat?

a)

Utarid

b)

Marikh

c)

Zuhal

d)

Musytari

27.

Urutan kedudukan planet berdasarkan jarak Matahari secara menaik ditunjukkan dalam rajah. Apakah X?

a)

Utarid

b)

Zuhal

c)

Zuhrah

d)

Neptun

28.

Mengapakah Bumi paling sesuai didiami oleh hidupan?

a)

mempunyai kandungan oksigen yang rendah

b)

mempunyai kandungan mineral yang rendah

c)

mempunyai kandungan air yang tinggi

d)

mempunyai julat suhu yang sesuai

29.

Antara berikut yang manakah ciri bagi Zuhrah?

a)

mempunyai dua satelit

b)

atmosfera di Zuhrah mempunyai 96.5% gas karbon dioksida

c)

berputar dari barat ke timur

d)

paling dekat dengan Bumi

30.

Objek yang manakah merupakan ketulan batu dan logam kecil yang terapung di angkasa lepas?

a)

komet

b)

meteroid

c)

meteroit

d)

asteroid

31.

Objek yang manakah merupakan ketulan batu berlogam berbentuk sfera yang mengelilingi Matahari?

a)

komet

b)

meteroid

c)

meteroit

d)

asteroid

32.

Objek yang manakah merupakan meteroid yang terhempas ke permukaan Bumi?

a)

komet

b)

asteroid

c)

meteorit

d)

meteroid

33.

Pernyataan yang manakah benar tentang meteroid?

a)

mempunyai saiz yang sama

b)

terbina daripada gas dan ais

c)

berasal daripada serpihan asteroid dan komet

d)

meteroid yang memasuki atmosfera Bumi dipanggil meteorit

34.

Pernyataan yang manakah benar tentang asteroid?

a)

mempunyai jalur asteroid antara Musytari dan Zuhal

b)

Disebut sebagai planet gergasi

c)

suhu permukaan ialah 73°C

d)

asteroid yang besar adalah Ceres, Pallas, Juno dan Vesta

35.

Pernyataan yang manakah benar tentang komet?

a)

mempunyai tiga bahagian utama iaitu kepala,badan dan ekor

b)

orbit berbentuk elips

c)

terbina daripada batuan dan logam

d)

suhu permukaan panas iaitu sekitar 280°C

36.

Maklumat adalah tentang pergerakan meteroid menghampiri Bumi

J-Hentaman meteroit menghasilkan kawah

K-Meteorit merupakan meteor yang sampai ke permukaan Bumi

L- Meteroid terapung di angkasa dan memasuki atmosfera Bumi

M- Geseran molekul antara udara dan meteor menghasilkan haba sehingga terbakar

a)

K→J→L→M

b)

L→M→K→J

c)

K→L→M→J

d)

L→K→J→M

37.

Rajah menunjukkan pergerakan komet.

Mengapakah ekor komet sentiasa menjauhi Matahari?

a)

Tarikan graviti planet luar yang kuat

b)

tiupan angin suria dari Matahari

c)

komet mencair akibat terlalu laju

d)

komet berputar di dalam orbitnya

38.

Antara berikut yang manakah mampu meningkatkan jejak ekologi?

a)

melarang penebangan hutan

b)

gunakan tenaga alternatif dengan meluas

c)

setiap individu menggunakan kereta ke tempat kerja

d)

kitar semula bahan yang diperbuat daripada plastik, logam dan kertas.

39.

Mengapakah komet mudah terkeluar dari orbitnya?

a)

tiupan angin suria

b)

komet bergerak sangat laju

c)

bersilang dengan orbit Bumi

d)

tarikan graviti planet luar kuat

40.

Apakah unsur pertama di bahagian dalam planet Uranus?

a)

ais dan batu

b)

air dan batu

c)

air dan habuk

d)

ais dan oksigen

41.

planet apakah paling sejuk?

a)

utarid

b)

zuhrah

c)

bumi

d)

neptun

42.

Apakah planet ke4 dalam Sistem Suria?

a)

Bumi

b)

Zuhal

c)

Marikh

d)

Musytari

43.

Antara berikut, yang manakah benar tentang Bumi?

a)

Suhu terlalu panas

b)

Mempunyai atmosfera

c)

Kandungan oksigen tinggi

d)

Tarikan graviti sangat rendah

44.

E dan F termasuk dalam urutan hempasan meteorit. Apakah E dan F?

a)

E: Meteoroid, F: Meteor

b)

E: Meteor, F: Meteoroid

c)

E: Meteroid, F: Komet

d)

E: Komet, F: Meteor

45.

Apakah objek di angkasa yang terbakar dengan terang di atmosfera Bumi?

a)

Komet

b)

Meteor

c)

Meteroid

d)

Asteroid

46.

Bagaimanakah hujan meteor terbentuk?

a)

Apabila meteor memberikan coretan cahaya.

b)

Meteor yang terbakar sebelum memasuki Bumi.

c)

Serpihan batu dan besi yang terapung di ruang angkasa.

d)

Banyak meteor memasuki atmosfera Bumi pada masa yang sama.

47.

Supernova adalah salah satu peringkat dalam kitar hidup bagi bintang supergiant.

Antara berikut, yang manakah akan terbentuk selepas letupan supernova?

a)

Kerdil putih dan bintang neutron.

b)

Bintang neutron dan lohong hitam.

c)

Kerdil putih dan kerdil hitam.

d)

Kerdil hitam dan lohong hitam.