WorksheetsDasar-Dasar Malaysia
Total questions: 30
Worksheet time: 52mins
BERIKUT MERUPAKAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU 1971 KECUALI
•Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
•Mengurangkan kadar kemiskinan
•Meningkatkan taraf hidup rakyat
•Memastikan pembangunan yang seimbang
BERIKUT ADALAH PRINSIP DASAR BELIA NEGARA KECUALI
•Membina moral tinggi belia
•Galakkan penyertaan belia dalam proses perancangan negara
•Wujudkan semangat patriotik
•Wujudkan sifat kepimpinan yang matang
BERIKUT MERUPAKAN STRATEGI DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL KECUALI
•Menjadikan sains dan teknologi teras membangunkan sosioekonomi
•Memajukan ekonomi yang paling optimum
•Menggalakkan dan memperkukuh integrasi nasional
•Memajukan sumber manusia dan tenaga kerja berdisiplin
WAWASAN 2020 MEMPUNYAI______CABARAN
10
9
8
7
ASEAN MEMPUNYAI_____ANGGOTA NEGARA
10
11
12
13
BERIKUT MERUPAKAN MANFAAT KOMANWEL KEPADA MALAYSIA KECUALI
•Mendapat kerjasama pertahanan
•Membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dengan menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM)
•Malaysia berjaya menganjurkan Sukan komanwel 1998
•Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britian, Australia, New Zealand menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang mana-mana pihak
BERIKUT MERUPAKAN PERANAN MALAYSIA DALAM PBB KECUALI
Menyertai pasukan pendamai PBB menamatkan Perang saudara di Panama
Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta pasukan ke Bosnia
Menghantar pasukan tentera ke operasi Black Hawk Down
Operasi anggota PASKAL terhadap lanun Somalia di Laut Arab pada 20 Januari 2011
BERIKUT ADALAH FAEDAH MENJADI ANGGOTA PBB KECUALI
•Kemasukan pelabur asing dapat membasmi kemiskinan di luar bandar
•Mendapat kuasa veto semasa undian di kalangan ahli anggota
•Bantu negara-negara ahli sedang membangun menyusun dan membangunkan ekonomi negara
•Menggunakan bantuan Bank Dunia untuk menjayakan Rancangan Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan pendidikan dan penyelidikan
Apakah dasar ekonomi yang dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) sehingga Rancangan Malaysia Kelima (RMK5)?
Dasar Wawasan Negara
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pembangunan Nasional
Wawasan 2020
Pilih antara berikut yang BUKAN merupakan faktor perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
Tragedi 13 Mei 1969
Kadar kemiskinan yang tinggi
Kemajuan yang tidak seimbang antara kaum
Keseimbangan pendapatan di antara penduduk bandar dan luar bandar
Siapakah yang memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional?
Tun Dr. Mahathir
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Dato' Seri Najib
Apakah strategi utama Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
Membangunkan masyarakat berpengetahuan
Menyusun semula guna tenaga dan meningkatkan penyertaan jurutera, akauntan dan arkitek
Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
Berikut merupakan prinsip asas dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan KECUALI?
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
Unsur-unsur kebudayaan lain (kaum-kaum lain di Malaysia) yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan - memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara
Kebudayaan Barat yang tidak bercanggah dengan perlembagaan dan prinsip rukun negara disesuaikan dan diserap dalam budaya Malaysia
Cabaran Ketiga dalam menjayakan Wawasan 2020 ialah...
Masyarakat Demokratik
Masyarakat Liberal
Masyarakat Saintifik dan Progresif
Masyarakat Adil dalam Bidang Ekonomi
Siapakah yang melancarkan Pelan Integriti Nasional?
Tun Dr. Mahathir
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Tun Abdul Razak
Dato' Onn Jaafar
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) digubal merangkumi penyataan yang berikut KECUALI;
A. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi seimbang dan pengagihan
saksama
B. Membangunkan sebuah masyarakat maju dan dapat menikmati
kesejahteraan hidup
C. Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi
D. Memastikan pengukuhan kewangan dan kenaikan harga minyak
•Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan dalam kalangan termiskin
•Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan & Perindustrian Bumiputera
Penyataan di atas berkait dengan.....................
A. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional
B. Matlamat Dasar Pendidikan Negara
C. Matlamat Dasar Pertanian Negara
D. Matlamat Dasar Belia Negara
Berikut ialah teras utama Dasar Wawasan Negara KECUALI
A. Membina bangsa yang berdaya tahan
B. Mewujudkan masyarakat yang saksama
C. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
D. Menggalakkan kemasukan warga asing
Berikut ialah matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan KECUALI
A. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
B. Menggalakkan sikap mementingkan diri sendiri
C. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
D. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
Manakah antara berikut BUKAN Negara ASEAN?
China
Vietnam
Laos
Myanmar
PBB telah dicetuskan oleh .......................
António Guterres
Martin Luther King
Franklin Delano Roosevelt
Tun Mahathir Muhamad
Antara berikut adalah Agensi di bawah PBB kecuali.............
IRPA
WHO
UNICEF
UNESCO
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dan dilancar dalam tempoh ?
A. Rancangan Malaysia Pertama (1956 -1960)
B. Rancangan Malaysia Kedua (1961 -1965)
C. Rancangan Malaysia Pertama (1966 -1970)
D. Rancangan Malaysia Kedua (1971 -1975)
Beberapa strategi dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara.Pilih kenyataan yang PALING SESUAI
A.Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi terkini
B. Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik
C. Membina sosio budaya dan kerohanian seimbang
D. Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan
Manakah antara berikut merupakan negara-negara ASEAN
Thailand
Vietnam
Sri Lanka
Kemboja
Namakan Persatuan/Pertubuhan yang berkaitan dengan logo tersebut.
UNICEF
ASEAN
WHO
PBB
Pilih manakah yang SALAH mengenai matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara
berdikari
bertanggungjawab
semangat paksa rela
patriotik
Dasar Belia Negara di tukar kepada ........................
Dasar Pembangunan Belia
Dasar Belia Malaysia
Dasar Pembinaan Belia Negara
Dasar Pembangunan Belia Negara
Negara Asia Tenggara yang menyertai PBB ialah
Malaysia
Sri Lanka
Korea
Indonesia
Berapa takrifan umur golongan belia terkini?
18-35 Tahun
18-30 Tahun
15-30 Tahun
15-35 Tahun
