NEW
Font size
WorksheetsSemester 1 STPM - Latihan Pengukuhan (2020)
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Kelompok bahasa yang manakah yang paling tua?
Rumpun
Keluarga
Filum
Subkeluarga
Padanan yang manakah yang betul antara contoh bahasa dengan subkeluarga bahasanya?
Aru - Toraja
Bugis - Sulawesi Selatan
Wotu - Ambon Timor
Nias - Sumatera
Batu bersurat yang manakah yang diukir pada abad ketujuh Masihi?
Kedukan Bukit
Pagar Ruyung
Minye Tujuh
Kuala Berang
Pilihan jawapan yang manakah yang merupakan ciri bahasa Melayu klasik?
I Menggunakan ayat aktif
II Menggunakan ayat pasif dengan ketara
III Tiada langsung penggunaan partikel
IV Banyak menggunakan ayat susunan songsang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Sumber dokumen yang manakah yang tidak menggunakan bahasa Melayu klasik?
Batu nisan Malik al-Salleh
Patung gangsa di Padang Lawas
Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu
Undang-Undang Melaka
Pertubuhan yang manakah yang bertanggungjawab mencipta istilah terjemahan daripada bahasa asing, antaranya perkataan setiausaha dan jurucakap?
Dewan Bahasa dan Pustaka
Angkatan Sasterawan 50
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Maktab Perguruan Sultan Idris
Karya yang manakah yang merupakan hasil buah tangan daripada Dr. Nik Safiah Karim?
Nahu Melayu Mutakhir
Tatabahasa Dewan
Susur Galur Bahasa Melayu
Pelita Bahasa Melayu
Aktiviti yang manakah yang termasuk dalam perancangan korpus bahasa Melayu?
Menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan
Menyeragamkan tatabahasa
Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan
Kumpulan perkataan yang manakah yang dipinjam daripada bahasa Cina?
Bangsal, bohsia
Meja, almari
Batal, fatwa
Duit, engsel
Kumpulan alat sebutan yang manakah yang tergolong dalam kategori daerah artikulasi?
I Lidah, pita suara
II Lelangit lembut, bibir bawah
III Bibir atas, gigi atas
IV Gusi atas, lelangit keras
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi vokal hadapan dan bunyi vokal belakang?
Bintang
Rentung
Bengkok
Lombong
Pernyataan yang manakah yang berkaitan dengan bunyi vokal hadapan?
I Udara dari paru-paru tersekat pada rapatan gigi
II Bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut
III Hadapan lidah boleh bergerak ke atas dan ke bawah
IV Bibir berada dalam keadaan terhampar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Padanan yang manakah yang SALAH antara nama vokal dengan lambang bunyinya?
Vokal depan luas - [ a ]
Vokal depan sempit - [ i ]
Vokal belakang sempit - [ o ]
Vokal belakang separuh sempit - [ o ]
Perkataan yang manakah kesemua vokalnya mengalami proses penyengauan?
Memintanya
Menyematkan
Menyenanginya
Mengindahkan
Udara tersekat pada rapatan belakang lidah dengan lelangit lembut. Pita suara bergetar.
Kumpulan perkataan yang manakah yang menepati pernyataan di atas?
Angkat, fikir
Gelak, pukul
Unggas, kukur
Garau, gempar
Perkataan yang manakah yang TIDAK mempunyai bunyi tambahan atau bunyi sertaan?
Keluang
Keampunan
Menangisi
Lembayung
Yang manakah lambang bunyi bagi bunyi konsonan letupan bibir tak bersuara dan separuh vokal dua bibir bersuara?
[ p ] , [ w ]
[ b ] , [ y ]
[ t ] , [ y ]
[ k ] , [ w ]
Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi konsonan yang terhasil daripada penglibatan lidah tengah dengan lelangit keras?
Nyaris
Bantal
Kembang
Ziarah
Kumpulan kata yang manakah yang kesemuanya mengandungi konsonan pinjaman?
Garaj, lega
Azab, muflis
Khusus, bayang
Sambut, kembara
Perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi yang terdiri daripada satu puncak kelantangan ialah
Gaung, saudara
Hairan, surau
Terbaik, mengait
Menyuarakan, permai
Perkataan yang manakah yang suku kata pertamanya terdiri daripada pola KVK?
Semak
Nyaman
Tengkujuh
Kerangka
Pasangan perkataan yang manakah yang menepati pola keselarasan hutuf vokal bahasa Melayu?
I Kecil - tesis
II Hilir - golek
III Belok - sorak
IV Kupon - subjek
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perkataan yang manakah yang menggunakan ejaan yang SALAH?
Tanggungjawab
1990 an
Compang-camping
Ketentuan-Nya
Ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang berakhir dengan bunyi letupan glotis?
Mereka berlari di padang.
Sudah lama mereka tinggal di situ.
Banyak perkara yang perlu dibincangkan.
Saksi kes itu didapati telah menyembunyikan maklumat.
Perkataan yang manakah yang mengandungi alofon?
Jejantas
Tempat
Kukus
Timbul
