NEW
Font size
WorksheetsBM SJKC Tahun 4 Semester 2 [4]
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) telah ________________________ oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 11 November 1999.
pelancaran
melancarkan
dilancarkan
kelancaran
Matlamat penubuhan kelab tersebut adalah ____________ mendidik murid agar dapat melakukan semua urusan kewangan dengan tertib.
akan
tentang
terhadap
untuk
Masli cekap melakukan kerja rumah kerana sudah biasa membantu ibunya, bak kata pepatah, "______________".
alah membeli menang memakai
alah bisa tegal biasa
bagai kacang lupakan kulit
bagai tikus jatuh ke beras
Nyatakan peribahasa yang bermaksud : segala kesusahan tidak akan terasa lagi apabila telah biasa diamalkan.
alah membeli menang memakai
alah bisa tegal biasa
melentur buluh biarlah dari tebungnya
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit
___________________aktiviti yang berkaitan dengan kewangan dilaksanakan oleh kelab tersebut.
Pelbagai
Berbagai
Pelbagai-bagai
Berbagai-berbagai
Kawan-kawan, sikap berjimat cermat perlu kita amalkan __________ kecil lagi.
sejak dari
sehingga
bila
sejak
Nyatakan nilai : Saya perlu bijak membuat keputusan supaya tidak kerugian pada masa depan.
bersopan santun
rasional membuat keputusan
menjaga keselamatan
menjaga kebersihan
Wang saku __________ wang yang kita peroleh, sama ada daripada ibu bapa atau saudara-mara.
dari
pada
ialah
adalah
Semua peserta _______________ mengikut sekolah masing-masing di tapak perhimpunan.
mengaturkan
peraturan
beratur
aturan
Puan Ling ___________________ anaknya di dalam buaian.
mendodoikan
memimpin
menolak
menatangkan
Kai Chun berpendapat ______________ mereka akan mendapat keuntungan yang besar jika menjual air sirap.
akan
tentang
bahawa
terhadap
Gerai Pak Leman sering menjadi ______________ pelanggan. Banyak orang membeli minuman dan kuih-muih di situ.
menumpu
ditumpu
tumpuan
tertumpu
Satu mesyuarat akan diadakan ___________ hari Isnin.
di
ke
pada
kepada
Medan Niaga Satok merupakan pasar moden yang terbesar di Malaysia ________________ Pasar Tamu di Jalan Satok.
digantikan
menggantikan
gantian
mengganti
Para pembeli _____________________ untuk membuat tempahan kek lapis di kedai tersebut.
bersorak-sorai
hingar-bingar
sebaik-baik
berpusu-pusu
keadaan perlawanan yang tenang pada awalnya bertukar menjadi ____________________.
lalu-lalang
kelam-kabut
ulang-alik
bolak-balik
Se_____________ sembilan buah sekolah telah menyertai perlawanan ini.
ramai
banyak
berapa
kalian
Para pemain kelihatan ___________ menanti majlis penyampaian hadiah.
girang
resah
tenat
kaku
Jurulatih mengajar kami cara untuk membuat ______________ leret, lencong dan tinggi ketika latihan bola sepak semalam.
menendang
ditendang
tendangan
tendang
Jurulatih memberikan kata-kata _________________kepada pemain bola keranjang sekolah.
perangsang
rangsangan
merangsang
dirangsang
