NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Emak sibuk _____ baju di ruang tamu.
mencuci
melipat
membasuh
mengelap
Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.
memotong
menanak
menjerang
merebus
Puan Mei Ling ____ jus oren yang segar itu ke dalam gelasnya.
menatang
minum
menuang
memercik
Datuk sedang ____ rumput yang panjang di belakang rumah.
menggunting
menyabit
mengasah
menoreh
Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
memalu
memukul
mengetuk
memecahkan
Naim _______ tali kasutnya dengan kemas sebelum turun bermain bola di padang.
menarik
mengikat
menyentuh
memegang
Mereka ______ ke kampung sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri.
pulang
bangun
duduk
tinggal
Tukang cat itu ______ rumah banglo dengan warna coklat muda.
mewarna
melukis
mengecat
mengelap
Kak Su __________ baju di ampaian kerana hari hendak hujan.
menyusun
menjunjung
mengangkat
membasuh
Suzy sedang ____________ kotak yang berisi hadiah untuk diserahkan kepada kawannya.
menutup
meminjam
menyimpan
membalut
