wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TING 5

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pengurusan sumber manusia? (3 jawapan)

a)

Merancang sumber manusia

b)

Latihan dan pembangunan

c)

Hubungan industri

d)

Memasarkan produk

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.

" Syarikat YY membayar bonus kepada pekerja yang berproduktiviti tinggi. "

Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut?

a)

Merancang keperluan sumber manusia

b)

Merancang skim kesihatan dan keselamatan

c)

Menguruskan sistem pemberian ganjaran dan pampasan

d)

Menyediakan latihan dan pembangunan

3.

Apakah tujuan majikan menyediakan latihan dan pembangunan?

a)

Meningkatkan gaji perkerja

b)

Meningkatkan kebajikan pekerja

c)

Meningkatkan penglibatan pekerja

d)

Meningkatkan produktiiti pekerja

4.

Maklumat berikut menunjukkan satu sebab pemberhentian pekerja.

"Puan Rose bercadang untuk bersara awal"

Apakah sebab pemberhentian pekerja tersebut?

a)

Penamatan perkhidmatan secara sukarela

b)

Penamatan perkhidmatan secara wajib

c)

Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian

d)

Penamatan perkhidmatan secara paksaan

5.

Amin pekerja Syarikat Pemasaran Global akan menerima tindakan disiplin kerana dia telah lewat datang bekerja disebabkan oleh kesesakan jalan raya. Apakah tindakan disiplin yang sesuai diberi kepada Amin?

a)

Amaran lisan

b)

Amaran bertulis

c)

Surat tunjuk sebab

d)

Inkuiri

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Aminah.

"Aminah merupakan seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian perakaunan. Dia ingin memohon jawatan akauntan di Syarikat Murni Sdn Bhd "

Apakah jenis kemahiran kebolehkerjaan tersebut?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan yang bersesuaian

c)

Kecekapan

d)

Keberkesanan

7.

Maklumat berikut berkaitan denggan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Encik Wan.

"Encik Wan telah menceburi bidang pertanian sejak lima tahun yang lepas. Baru-baru ini dia telah memohon jawatan kosong di Syarikat Agro Hijau di Pahang. "

Apakah jenis kemahiran kebolehkerjaan tersebut?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan

c)

Kecekapan

d)

Keberkesanan

8.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kebolehkerjaan sumber manusia?

I Berpengalaman

II Kelayakan

III Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan

IV Tempat pengajian

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I,III dan IV

9.

Kualiti diperlukan oleh seseorang individu dalam melakukan tugasnya. Apakah yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?

a)

Fungsi pengurusan sumber manusia

b)

Pengorganisasian sumber manusia

c)

Perancangan sumber manusia

d)

Kebolehkerjaan sumber manusia

10.

E&E Plastik Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi perniagaan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk. Apakah jenis penjabatan yang boleh diamalkan oleh syarikat ini?

a)

Penjabatan mengikut fungsi

b)

Penjabatan mengikut produk

c)

Penjabatan mengikut matriks

d)

Penjabatan mengikut sempadan

11.

Siapakah yang menetapkan visi, misi dan objektif organisasi?

a)

Pengurus jabatan

b)

Penyelia jabatan

c)

Pengurus pertengahan

d)

Pengarah urusan

12.

Apakah jenis penjabatan yang sesuai untuk organisasi yang mempunyai banyak pasaran luar negara?

a)

Penjabatan mengikut geografi

b)

Penjabatan mengikut produk

c)

Penjabatan mengikut matriks

d)

Penjabatan mengikut fungsi

13.

Antara yang berikut yang manakah merupakan sumber fizikal yang diperluaskan dalam sesebuah organisasi? (2 jawapan)

a)

Bangunan dan kelengkapan

b)

Jentera dan mesin

c)

Bangunan dan kemudahan

d)

Kilang dan mesin

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu sumber fizikal dalam sesebuah organisasi.

- Lokasi yang mengurangkan kos

- Lokasi yang memaksimumkan keuntungan

-Lokasi yang berdekatan dengan bahan mentah

-Lokasi yang berdekatan dengan pasaran

Apakah sumber fizikal tersebut?

a)

Bangunan dan kemudahan

b)

Kilang dan mesin

c)

Loji dan kilang

d)

Bangunan dan kelengkapan

15.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber teknologi yang diperlukan dalam sesebuah organisasi? (2 jawapan)

a)

Lesen perkakasan

b)

Lesen perisian

c)

Harta intelek

d)

Pendidikan dan pengalaman

16.

Apakah maksud harta intelek?

a)

Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembangunan dan penyelidikan sesebuah organisasi

b)

Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang

c)

Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembentukan dan penghasilan sesebuah organisasi

d)

Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada daya intelektual atau minda seseorang

17.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan karya yang layak mendapat perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987? (2 jawapan)

a)

Karya muzik

b)

Karya seni

c)

Karya cetakan

d)

Karya lagu

18.

Kazim Sdn. Bhd. ingin mengemukakan permohonan paten untuk produk baharu yang dicipta olehnya. Agensi kerajaan manakah yang harus dirujukkan oleh syarikat itu?

a)

Perbadanan Hak Cipta dan Paten Malaysia

b)

Perbadanan Harta Intelek Malaysia

c)

Pejabat Pendaftar Syarikat

d)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

19.

Sumber teknologi yang diuruskan dengan cekap dan berkesan dapat (2 jawapan)

a)

memastikan kualiti produk tercapai dan memenuhi kepuasan pelanggan

b)

memastikan sumber teknologi digunakan dengan berkesan dan sepenuhnya

c)

memastikan peruntukan perundangan sumber teknologi diurus dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya

d)

memastikan sumber teknologi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

20.

Sumber pembiayaan manakah yang sesuai untuk perniagaan bersaiz kecil? (2 jawapan)

a)

Simpanan sendiri

b)

Pinjaman daripada saudara mara

c)

Pinjaman bank

d)

Penerbitan saham

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan rancangan Encik Hafiz.

"Encik Hafiz ingin menubuhkan sebuah syarikat pengeluaran kasut."

Apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk Encik Hafiz?

a)

Simpanan sendiri

b)

Sahabat handai

c)

Ar-Rahnu

d)

Pinjaman bank

22.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman? (2 jawapan)

a)

Pinjaman bank

b)

Simpanan peribadi

c)

Pendapatan tertahan

d)

Overdraf

23.

Jenis pembiayaan manakah yang boleh didapati daripada agensi kerajaan?

a)

Pemfaktoran

b)

Sewa beli

c)

Overdraf

d)

Geran penyelidikan dan pembangunan

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bantuan perniagaan yang disediakan oleh MARA?

a)

Skim Pinjaman Kecil (SPK)

b)

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

c)

Dana Usahawan Muda

d)

Skim Pembiayaan TERAS

25.

Apakah tujuan penubuhan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)?

a)

Membantu PKS yang tidak mencukupi modal

b)

Membantu PKS mengembangkan perniagaan

c)

Membantu PKS yang tiada cagaran

d)

Membantu PKS yang tiada modal permulaan

26.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan perbankan/institusi kewangan? (2 jawapan)

a)

Pemfaktoran

b)

Overdraf

c)

Jaminan kredit

d)

Geran penyelidikan dan pembangunan

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.

"Siti Fatimah menggadaikan barang kemasnya untuk mendapat pinjaman tunai dengan segera"

Apakah sumber pembiayaan tersebut?

a)

Sewa beli

b)

Ar-Rahnu

c)

Pajakan

d)

Pemfaktoran

28.

Apakah yang perlu disediakan oleh perniagaan sebelum mengemukakan permohonan pembiayaan kepada institusi perbankan atau kewangan?

a)

Bahan mentah

b)

Akaun simpanan

c)

Rancangan perniagaan

d)

Borang permohonan

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu dokumen.

"Satu dokumen bertulis yang meliputi segala maklumat perniagaan termasukk isi, misi, dan sebagainya."

Apakah dokumen tersebut?

a)

Rancangan pemasaran

b)

Rancangan perniagaan

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pengeluaran

30.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan dokumen sokongan yang perlu dihantar semasa membuat permohonan pinjaman bank? (2 jawapan)

a)

Lesen perniagaan

b)

Penyata cukai pendapatan perniagaan

c)

Bilangan sumber manusia

d)

Tahap teknologi

31.

Pernyataan manakah benar tentang tafsiran nisbah semasa?

a)

Melihat kecekapan perniagaan dalam mengurus stok

b)

Mengetahui kemampuan perniagaan dalam mengurus aset

c)

Menilai kecairan perniagaan dalam menjelaskan hutang jangka pendek

d)

Mengukur keupayaan perniagaan dalam mengurus modal

32.

Walaupun Encik Arshad telah berkali-kali mengalami kegagalan dalam perniagaan, beliau tidak pernah berputus asa. Apakah ciri keperibadian seoarang usahawan yang ada pada Encik Arshad? (2 jawapan)

a)

Berinisiatif dan bertanggungjawab

b)

Kreatif dan inovatif

c)

Berani untuk gagal

d)

Yakin diri dan optimistik

33.

Pada permulaan penubuhan perniagaan, Razman telah bekerja melebihi 10 jam setiap hari untuk memastikan keterusan perniagaan. Apakah ciri keperibadian seoarang usahawan yang ada pada Razman?

a)

Komitmen yang tinggi

b)

Optimistik

c)

Kreatif

d)

Toleransi

34.

Antara yang berikut yang manakah menerangkan skop kekuatan diri? (2 jawapan)

a)

Menyelesaikan masalah besar terlebih dahulu

b)

Fokus tenaga dan tumpuan

c)

Keupayaan membina jenama

d)

Berpuas hati dengan pencapaian kejayaan sendiri

35.

Jenis masalah manakah yang perlu diselesaikan oleh seorang usahawan terlebih dahulu?

a)

Masalah kecil

b)

Masalah besar

c)

Masalah lama

d)

Masalah baharu

36.

Antara yang berikut, yang manakah perlu dimiliki oleh seorang usahawan yang berjaya? (2 jawapan)

a)

Membina jenama produk

b)

Mempunyai semangat berpasukan

c)

Mengelakkan risiko perniagaan

d)

Kurang berfokus

37.

Antara yang berikut yang manakah merupakan lokasi yang strategik?

a)

Kuasa beli penduduk yang tinggi

b)

Persaingan yang sengit

c)

Kos sewa pejabat yang tinggi

d)

Kos bahan mentah yang tinggi

38.

Ciri-ciri manakah yang berkaitan dengan Perkongsian Liabiliti Terhad? (2 jawapan)

a)

Liabliti terhad

b)

Entity berasingan

c)

Ketidakfleksibelan

d)

Kewujudan berjangka pendek

39.

Apakah kemudahan pendaftaran secara talian di lama web SSM?

a)

E-Dagang

b)

E – Government

c)

E – Lodgement

d)

E-pemasaran

40.

Apakah dokumen yang akan dihantar oleh peniaga kepada pembeli jika berlaku pembelian secara kredit?

a)

Surat pesanan

b)

Invois

c)

Resit

d)

Nota debit