wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran Akhir Tahun (Pendidikan Moral)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang berikut ialah antara aktiviti memelihara dan memulihara persekitaran kawasan sekolah, kecuali…

a)

membuang sampah dalam tong sampah.

b)

membaja dan menyiram pokok bunga.

c)

membakar sampah secara terbuka di kawasan belakang sekolah.

d)

bertugas membersihkan kelas masingmasing.

2.

Persepsi awal terhadap keindahan sekolah ialah …

a)

bangunan yang mewah.

b)

kemudahan yang lengkap.

c)

pelajar yang kemas dan bersih.

d)

landskap yang menarik dan hijau.

3.

Bagaimanakah cara terbaik untuk mengelakkan pembaziran air?

a)

Menggunakan sepenuhnya air paip untuk kegunaan seharian

b)

Menggunakan air hujan yang ditakung untuk menyiram bunga

c)

Mandi di sungai manakala penyediaan makanan dan minuman menggunakan air paip

d)

Menggali perigi di setiap rumah

4.

Yang berikut merupakan kesan pemusnahan terumbu karang kecuali…

a)

ekonomi Negara terjejas.

b)

pukulan ombak yang lebih kuat

c)

habitat hidupan marin terjejas

d)

kecurian batu karang untuk dijadikan bahan cenderamata

5.

Kemudahan awam yang diberi oleh kerajaan harus diterima dengan rasa

a)

gembira

b)

sedih

c)

syukur

d)

keinsafan

6.

Apakah nama sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?

a)

Monarki

b)

Demokrasi

c)

Raja berpelembagaan

d)

Demokrasi berparlimen

7.

Bagaimanakah cara kita menunjukkan sikap taat setia kepada pemimpin?

a)

Selalu memberikan hadiah

b)

Mendoakan supaya panjang usia

c)

Mengambil bahagian dalam segala program kerajaan

d)

Memulau kehadiran pemimpin berjumpa dengan rakyat

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan sukarela?

a)

Sebagai satu aktiviti masa lapang

b)

Membantu untuk mendapat nama.

c)

Membuat sesuatu dengan rela hati.

d)

Menolong orang yang dalam kesusahan.

9.

Apakah punca keciciran kanak-kanak di sekolah?

a)

Kemiskinan ibu bapa

b)

Malas untuk belajar

c)

Sikap guru yang tidak prihatin

d)

Kandungan akademik semakin sukar

10.

Setiap hukuman yang dikenakan adalah bertujuan sebagai __________ kepada orang yang melakukan kesalahan.

a)

Denda

b)

Pengajaran

c)

Panduan

d)

Bimbingan

11.

"Menghormati dan menerima pandangan orang lain. Menyuarakan pandangan menggunakan bahasa yang sopan"


Apakah nilai yang betul berdasarkan perlakuan di atas?

a)

Kebebasan bersuara

b)

Sikap keterbukaan

c)

Kesederhanaan

d)

Hidup bersama secara aman

12.

Yang berikut ialah peranan wanita dalam keluarga kecuali …

a)

melayan suami.

b)

mendidik anak.

c)

menjaga rumah tangga

d)

menyediakan sumber ekonomi.

13.

Pilih pernyataan yang menunjukkan anak yang menyayangi keluarganya.

a)

Tidak mengendahkan ahli keluarga jika mereka dilanda masalah.

b)

Menjaga hati dan perasaan ahli keluarga.

c)

Memarahi ahli keluarga dengan kata-kata kesat.

d)

Menceritakan kelakuan buruk ahli keluarga kepada rakan lain

14.

Mengapakah orang kurang berupaya memerlukan bantuan daripada kita yang sempurna?

a)

Agar hidup mereka selesa.

b)

Untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

c)

Boleh mengurangkan cukai pendapatan tahunan.

d)

Supaya dikenal sebagai orang yang budiman.

15.

Apakah kepentingan tarikh luput pada setiap pembungkus makanan?

a)

Mengetahui samada makanan tersebut selamat untuk dimakan.

b)

Mengesahkan bahawa syarikat telah mematuhi peraturan Negara

c)

Untuk mencantikkan balutan pembungkus makanan

d)

Mengetahui ketahanan sesuatu makanan yang dijual

16.

Mengapakah setiap pengguna perlu mengetahui hak-hak mereka?

a)

Untuk mengelakkan pengguna daripada ditipu

b)

Bagi menakutkan penjual dan pengedar

c)

Supaya pengguna mendapat barangan yang murah

d)

Supaya penjual diberkas sekiranya menipu pengguna

17.

Apakah faedah menyertai aktiviti kokurikulum?

a)

boleh memakai uniform yang cantik.

b)

dapat berbakti kepada Negara.

c)

dapat mendisiplinkan diri.

d)

menggalakkan aktiviti berkos tinggi.

18.

Apakah kepentingan mengamalkan sikap keterbukaan kepada diri?

a)

dapat memperbaiki kelemahan diri

b)

dapat menjaga air muka

c)

mampu mewujudkan suasana yang tegang

d)

akan menerima pujian daripada orang lain

19.

Yang manakah antara berikut yang patut diamalkan oleh orang yang bermuafakat?

a)

Memberikan pandangan yang tinggi terhadap orang lain.

b)

Sedia bergaul mesra dengan semua orang.

c)

Bersedia berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk kebaikan bersamaBersedia berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk kebaikan bersama

d)

Memberikan sokongan dan dorongan untuk menagih janji.

20.

Apakah kesan jika negara-negara ASEAN tidak bersatu?

a)

Kuasa besar memonopoli ekonomi serantau

b)

Kedaulatan Negara bertambah kuat

c)

Keselamatan Negara akan terjamin

d)

Kerjasama dalam pelbagai bidang mudah dijalin

21.

Helen tidak sombong walaupun bapanya seorang hartawan.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Mary berpura-pura pandai dalam mata pelajaran Matematik kerana malu terhadap kawannya.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Golongan kurang berupaya berhak menggunakan kemudahan awam.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Dineshwar seorang yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Lim tidak memarahi seorang lelaki tua yang tidak sengaja melanggarnya.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Saling kunjung – mengunjungi antara jiran sempena hari perayaan menunjukkan nilai ___________________________________________________________.

a)

saling menghormati antara negara

b)

hidup bersama secara aman

c)

beragama

d)

aktif

27.

Negara – negara Asia perlu _________________________________________________ untuk mewujudkan kemakmuran serantau.

a)

hidup bersama secara aman

b)

saling menghormati antara negara

c)

beragama

d)

kaum

28.

. Kehidupan flora dan fauna tidak akan __________________ jika manusia tidak mengambil tindakan yang positif menjaga flora dan fauna.

a)

hidup bersama secara aman

b)

aktif

c)

kekal

d)

saling menghormati

29.

Masyarakat Malaysia khususnya para ____________________ perlu melibatkan diri secara _______________ dalam pembangunan negara.

a)

remaja, aktif

b)

kekal, remaja

30.

Perlembagaan Malaysia yang membenarkan kebebasan _____________________ telah menyatupadukan masyarakat pelbagai _____________.

a)

beragama, kaum

b)

saling menghormati antara negara

c)

aktif, beragama

d)

kekal, remaja

31.

Joyce tidak pernah menyalahgunakan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya. Nilai : ________________

a)

Amanah

b)

Menghormati hak wanita

c)

Berkasih sayang

d)

Berhemah tinggi

32.

Pelajar SMK Menglembu sentiasa beratur semasa membeli makanan di kantin sekolah. Nilai : ________________

a)

Amanah

b)

toleransi

c)

jujur

d)

kesederhanaan

33.

Ahmad selalu mengikut ayahnya bersembahyang Jumaat di masjid. Nilai : _________________________________

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Kebebasan bersuara

c)

Kebebasan beragama

d)

Hidup bersama secara aman

34.

Setiap individu bebas berucap dan mengeluarkan pendapat masing – masing dengan batasan yang tertentu. Nilai : ___________________________________

a)

Kebebasan beragama

b)

Kebebasan bersuara

c)

Amanah

d)

Kepercayaan kepada Tuhan

35.

Sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Nilai : ________________

a)

Amanah

b)

Toleransi

c)

Jujur

d)

Keserhanaan

36.

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Nilai : ________________

a)

Bertanggungjawab

b)

amanah

c)

keserhanaan

d)

toleransi

37.

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Nilai : ___________________________________

a)

Menghormati hak wanita

b)

Saling menghormati antara negara

c)

Hidup bersama secara aman

d)

Kebebasan bersuara

38.

Hidup berbaik – baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Nilai : _______________________________________________

a)

Saling menghormati antara negara

b)

Hidup bersama secara aman

c)

Kepercayaan kepada Tuhan

d)

Toleransi

39.

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembangaan Malaysia.

Nilai : ___________________________________

a)

Kebebasan beragama

b)

Kebebasan bersuara

c)

Menghormati hak wanita

d)

Kepercayaan kepada Tuhan

40.

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan hidup

Nilai : ________________________________________________

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Hidup bersama secara aman

c)

Saling menghormati antara negara

d)

Kebebasan beragama