wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tatabahasa dan Peribahasa

Total questions: 29

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Antara perkataan di bawah yang manakah Kata Pemeri?

a)

dengan

b)

ialah

c)

dalam

d)

antara

2.

Antara perkataan berikut yang manakah Kata Pemeri yang kedua?

a)

kepada

b)

daripada

c)

dari

d)

adalah

3.

Pilih ayat yang betul menggunakan Kata Pemeri ialah..

a)

Antaranya ialah meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.

b)

Antaranya ialah usaha meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.

c)

Antaranya adalah meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.

d)

Antaranya adalah ilmu ditingkatkan di kalangan murid.

4.

Pilih ayat yang betul

a)

Oleh kerana budak itu nakal, dia dirotan oleh PKHEM.

b)

Oleh sebab murid itu pandai, dia telah mendapat pujian.

c)

Oleh kerana dia cantik, dia selalu menarik perhatian golongan lelaki.

d)

Oleh kerana ilmunya yang luas, beliau selalu mendapat anugerah.

5.

Pilih dua Kata Nafi yang terdapat dalam Bahasa Melayu

a)

Belum

b)

Tidak

c)

Nanti

d)

Bukan

6.

Pilih ayat yang salah menggunakan Kata Nafi Tidak.

a)

Dia tidak datang bekerja hari ini kerana hari Ahad.

b)

Pejabatnya tidak jauh dari sini.

c)

Dia tidak datang dari Ipoh semalam.

d)

Pemuda itu tidak membawa bekal ke pejabat.

7.

Cari dan tandakan ayat yang salah menggunakan Kata Nafi BUKAN.

a)

Penyanyi wanita itu bukan bertunang dengan teman lelakinya.

b)

Walaupun telah penat memandu seharian, wanita itu bukan mengantuk.

c)

Dia bukan hidup dengan sempurna setelah kematian ibu bapanya.

d)

Bukan kakak yang mengambil barang itu.

8.

Yang manakah Kata Tanya?

a)

Kenapa

b)

Bila

c)

Bagaimana

d)

Apabila

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kita akan mengkaji cara penduduk di kawasan iklim yang berlainan mengamalkan cara hidup yang berbeza.

b)

Terangkan mengapa Angin Monsun Barat Daya kurang membawa hujan.

c)

Murid itu wajib menerangkan kenapa dia lewat datang ke sekolah.

d)

Pihak polis telah menjelaskan bagaimana kejadian tembak menembak itu boleh berlaku.

10.

Manakah ayat yang betul menggunakan imbuhan dalam ayat aktif?

a)

Kita dapat lihat kebanyakan sungai di Semenjung Malaysia mengalir dari Banjaran Titiwangsa ke arah Laut China Selatan.

b)

Kita dapat mengaitkan eksperimen ini dengan pembentukan sistem gunung lipat.

c)

Ibu bapa telah bentuk sikap anak-anak dari mereka kecil lagi.

d)

Bayi itu terus genggam jari ibunya sebaik sahaja dilahirkan.

11.

Cari ayat yang terdapat kesalahan struktur frasa kerja tak transitif.

a)

Semua murid yang lewat hadir ke sekolah diminta berkumpul dengan pengawas bertugas.

b)

Ayah pelajar itu sedang berbincang dengan pengetua tentang kecemerlangan anaknya di sekolah.

c)

Kepentingan Tasik Tonle Sap di Kampuchea berbanding dengan Tasik Kenyir di Malaysia.

d)

Penggunaan racun dan baja kimia berkait amalan pertanian mengancam kesihatan manusia.

12.

Pilih ayat yang terdapat kesalahan struktur frasa kerja tak transitif.

a)

Pemuda miskin itu tidur berlandaskan suratkhabar lama sahaja.

b)

Soalan 1 berdasarkan rajah 1.

c)

Asas kecemerlangan seseorang murid berpandukan kepada keupayaan ibu bapa mendidik mereka.

d)

Mei Mun termenung memikirkan nasib diri.

13.

Yang manakah antara ayat di bawah ayat Tanya Songsang?

a)

Mengapakah hasil pertanian di kawasan itu lebih tinggi berbanding hasil pertanian di kawasan kami?

b)

Mereka berpindah tempat duduk mengapa?

c)

Bagaimanakah penduduk di daerah itu mendapat bekalan air?

d)

Kanak-kanak itu selalu menangis kenapa?

14.

Pilih ayat yang betul penggunaan penjodoh bilangan dalam frasa nama.

a)

Kedua-dua perompak itu mempunyai trait genetik yang berlainan.

b)

Semua kelima-lima orang pelajar universiti itu sudah balik ke kampung.

c)

Berbagai masalah menempuhi mereka setelah mereka hidup berumahtangga.

d)

Nelayan-nelayan yang terkandar di perairan Bintulu kesemua keenam-enam mereka telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

15.

Cari ayat yang tepat penggunaan Kata Sendi Nama.

a)

Pencarian kuda hitam di kampung itu akan diadakan dari masa ke semasa.

b)

Setelah kemalangan jalan raya yang ngeri itu semua pengguna jalan raya perlu berhati-hati dari semasa ke masa.

c)

Dari semasa ke masa kanak-kanak patut diingatkan tentang keselamatan diri ketika berada di luar rumah.

d)

Pihak sekolah berdialog dengan pelajar-pelajar yang bermasalah dari masa ke masa.

16.

Yang manakah frasa adjektif yang berfungsi sebagai Penanda darjah penghabisan.

a)

"ter"

b)

"sungguh"

c)

"paling"

d)

"sekali"

17.

Manakah ayat yang betul menggunakan frasa sendi nama "di antara" dan "antara"?

a)

Jarak antara rumah mereka dan sekolah hanya 5 kilometer sahaja.

b)

Di antara penyakit-penyakit yang boleh diubati ialah kencing manis, kembung perut, kurap dan lain-lain.

c)

Perbezaan di antara kedua-dua wanita itu sangat ketara walaupun mereka adik-beradik.

d)

Di antara Timur dan Barat yang manakah kamu pilih?

18.

Pilih ayat yang salah menggunakan kata bersifat jamak.

a)

Koleksi lagu P Ramlee masih diminati masyarakat Malaysia hingga ke hari ini.

b)

Longgokan-longgokan sampah di tepi perigi itu menyebabkan bau busuk di kawasan perumahan kami.

c)

Susunan-susunan kertas di dalam bilik kakak menyakitkan mata yang memandang.

d)

Golongan-golongan masyarakat bijak pandai semakin ramai yang kita boleh jumpai di Malaysia.

19.

Pilih ayat yang betul menggunakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga.

a)

Baginda telah berada di padang bola sepak bermain dengan kawan-kawan sekampung.

b)

Dia telah pulang ke istana setelah berada lama di luar negara.

c)

Mereka dipilih memenangi pertandingan itu kerana menunjukkan persembahan yang seragam.

d)

Kami akan pulangkan barang awak setelah saya habis kerja ini.

20.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
21.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
22.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
23.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
24.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
a)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b)
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
c)
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
d)
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
25.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
26.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
27.
Antara peribahasa berikut yang manakah tergolong dalam peribahasa jenis Bidalan?
a)
 Bersatu teguh bercerai roboh
b)
Busuk macam bangkai
c)
 Sudah terhantuk baru tengadah
d)
Rambut sama hitam, hati lain-lain 
28.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
29.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut