NEW
Font size
WorksheetsPercubaan SPM Perniagaan SABAH 2019
Total questions: 40
Worksheet time: 35mins
1. Apakah tujuan sesebuah koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan?
A. Memilih anggota baharu
B. Meluluskan undang-undang kecil
C. Mendapat sijil perakuan pendaftaran
D. Menubuhkan jawatankuasa penaja
2. Pernyataan di bawah berkaitan dengan konsep asas perniagaan.
X- Sesuatu yang boleh dilihat atau disentuh
Y- Aktiviti yang boleh mendatangkan faedah
Pilih pernyataan yang tepat tentang X dan Y
X Perniagaan
Y Perkhidmatan
X Barang
Y Keuntungan
X Barang
Y Perkhidmatan
X Keperluan
Y Kehendak
Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.
En Ali, seorang nelayan terpaksa
berhenti menangkap ikan semasa musim tengkujuh
kerana ombak bergelora.
Pengangguran di atas dikenali sebagai...
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Antara berikut, yang manakah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu perniagaan?
i. Tingkat pertumbuhan ekonomi negara
ii Membantu mengurus sesebuah perniagaan yang bermasalah
iii Memantau dan kawal guna tenaga penuh
iv Mengawal inflasi dan deflasi
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
Apakah maksud visi?
Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah organisasi
Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah organisasi
Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi
Visi menyatakan maklumat tentang tujuan perniagaan yang tepat dan khusus
Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai ?
A. Berlaku kerugian
B. Sumber tidak diagih dengan betul
C. Wawasan perniagaan tidak dapat di capai
D. Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul
7. Deflasi adalah satu keadaan berlaku kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. Apakah kesan jika deflasi berlaku di negara kita ?
i. Barang tiada di pasaran
ii. Kenaikan harga tidak terkawal
iii. Penduduk kehilangan pekerjaan
iv. Membantutkan aktiviti perniagaan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
8. Maklumat berikut berkaitan dengan gaya pengurusan.
· Majikan bertoleransi dengan pekerja
· Hubungan baik antara pekerja dengan majikan
Apakah gaya pengurusan yang di gambarkan di atas?
Autokratik
Sokongan
Demokrasi
Laissez-faire
9. Apakah yang akan berlaku sekiranya negara gagal mencapai guna tenaga penuh?
Politik tidak stabil
Pengangguran meningkat
Wujud pepercahan kaum
Kemelesetan ekonomi
10. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R & D)
· Memastikan hasil keluaran industrI menepati piawaian yang ditetapkan
· Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkan
· Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan pasaran
Apakah agensi berkenaan
MEDEC
MARDI
SIRIM
FELDA
11. Rajah menunjukkan campuran pemasaran.
Kos
Agihan
Jualan
Penawaran
12. Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri SMART.
Antara yang berikut yang manakah mungkin sekali ialah x ?
Spesifik
Ringkas
Boleh difahami
Boleh dicapai
13. Maklumat di bawah berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 30 000 unit produk X.
RM
Kos tetap 360 000
Bahan langsung 150 000
Buruh langsung 120 000
Apakah titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran produk X sekiranya harga produk itu ialah RM15 seunit ?
60 000 unit
56 000 unit
42 000 unit
36 000 unit
14. Apakah faktor yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
Teknologi maklumat dan komunikasi
Demografi
Kewangan
Sosiobudaya
15. Antara berikut yang manakah kepentingan bahagian fungsian dalam syarikat Proton Bhd ?
i. Membuka peluang pekerjaan
ii. Membantu mencapai objektif
iii. Melancarkan perjalanan operasi syarikat
iv. Mengembangkan perniagaan
i dan ii
ii dan iv
ii dan iii
iii dan iv
16. Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian E dalam sesebuah organisasi.
- Laman web
- Blog
- Laman sosial seperti Facebook dan Twitter
Apakah bahagian fungsian E ?
Pemasaran
Pembelian
Jualan
Pengeluaran
17. Antara yang berikut faktor persekitaran manakah merupakan punca syarikat tidak dapat menambahkan tingkat keluarannya?
I. Sumber manusia
II. Kewangan
III. Teknologi
IV. Ekonomi
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
18. Rajah di bawah ini menunjukkan satu proses pengeluaran.
Apakah W ?
Proses tranformasi
Proses pembuatan
Proses ekologi
Proses teknologi
19. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan fungsian jualan?
I. Mengurus belian barang
II. Menghantar barang jualan
III. Mengambil tindakan pertanyaan pelanggan
IV. Menyediakan sebut harga kepada pelanggan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
20. Mengapakah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi penting dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Dapat meluaskan pasaran
Dapat memproses barang dengan cepat
Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran
Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
21. Perniagaan manakah yang sesuai untuk mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?
Agensi pengiklanan
Institusi kewangan
Kilang roti dan kek
Pengeluar kereta
22. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber manusia.
- Menjaga kebajikan pekerja
- Mengagihkan sumber manusia berdasarkan kelayakan dan kemahiran
Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat di atas?
Pengurusan sumber manusia
Kebolehkerjaan sumber manusia
Sistem penggajian sumber manusia
Struktur organisasi sumber manusia
23. Gambar di bawah menunjukkan pekerja yang diberikan penghargaan.
Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia organisasi di atas?
Prestasi pasukan
Pemberhentian pekerja
Latihan peningkatan kemahiran
Pemberian insentif yang munasabah
24. Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi ?
Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil
Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan
Untuk tujuan penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah
25. Gambar di bawah menunjukkan beberapa sumber fizikal.
Apakah tujuan sumber fizikal di atas digunakan ?
Menyimpan stok
Mengedarkan produk
Memproses bahan mentah
Mempercepatkan urusan perniagaan
26. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di sebuah kilang.
· Penyediaan jadual pemeriksaan ke atas mesin
· Kerja-kerja pembaikan ke atas mesin yang rosak
Apakah yang berkaitan dengan aktiviti di atas ?
Paten
Hak cipta terpelihara
Perlindungan insurans dan keselamatan
Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang
27. Apakah perbezaan antara sumber teknologi untuk perniagaan berasaskan produk dengan perniagaa berasaskan perkhidmatan?
Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang boleh dipatenkan
Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi hak cipta terpelihara
Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi lesen perisian
Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi cap dagangan
28. Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan memperoleh jentera melalui skim pajakan?
I. Dapat menjana pendapatan
II. Dimiliki selepas tamat tempoh pajakan
III. Jentera yang rosak akan dibaiki oleh penyewa
IV. Dapat menggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
29.Gambar di bawah menunjukkan sebuah logo agensi kerajaan
Manakah yang benar mengenai agensi tersebut ?
Menyediakan kemudahan ruang niaga
Menawarkan modal tambahan kepada usahawan
Memberi jaminan kredit
Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi
30. Bagaimanakah sesebuah perniagaan dapat mengetahui bahawa pembiayaan telah diluluskan ?
Perniagaan mengandaikan sendiri bahawa pembiayaan telah diluluskan
Dana telah dimasukkan ke dalam akaun perniagaan
Menerima surat pemberitahuan daripada sumber pembiayaan
Sumber pembiayaan mengunjungi premis perniagaan
31. Apakah jenis sumber pembiayaan yang membolehkan perniagaan mencagar barang yang berharga untuk mendapatkan pinjaman?
Syer
Overdraf
Ar-rahnu
Pemfaktoran
32. Apakah kekuatan sesebuah perniagaan menggunakan sumber pembiayaan luaran?
Memerlukan penjamin
Tidak dikenakan faedah
Dibayar dalam jangka masa yang pendek
Ansuran bulanan boleh mengikut kemampuan peminjam
33. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri keperibadian Hj. Zamberi.
Haji Zamberi mengusahakan tauhu yang halal bagi dipasarkan kepada pengguna Muslim.
Apakah ciri keperibadian tersebut?
Komitmen yang tinggi
Yakin diri dan optimistik
Pandai mengambil peluang
Kebolehan menentukan misi dan visi
34. Gambar menunjukkan beberapa barang keperluan harian.
Apakah jenis stok bagi barang tersebut?
Stok bergerak cepat
Stok bergerak lambat
Stok tidak bergerak
Stok lambakan
35. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor penting dalam pelaksanaan strategi pemasaran?
I. Sasaran pasaran
II. Kemahiran pekerja
III. Modal yang mencukupi
IV. Campuran pemasaran
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
36. Apakah faedah yang diperoleh oleh seorang peniaga yang mendafarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia?
Memperoleh untung yang lumayan
Melayakkan mendapat kemudahan menjalankan perniagaan
Dikenakan cukai perniagaan yang rendah
Dikecualikan membayar lesen perniagaan untuk tempoh tiga tahun pertama
37. Definisi yang tepat tentang rancangan perniagaan...
Dokumen bertulis yang menerangkan jenis perniagaan yang akan dijalankan oleh sesebuah perniagaan
Dokumen bertulis yang menerangkan latar belakang perniagaan secara terperinci
Dokumen bertulis yang menerangkan tentang kedudukan projek perniagaan
Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan secara terperinci
38. Rajah di atas menunjukkan prosedur pendaftaran perniagaan milikan tunggal.
Pernyataan manakah yang benar tentang X?
Melengkapkan borang kelulusan nama
Permohonan carian nama perniagaan
Mengisi Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A)
Menyerahkan bayaran pendaftaram perniagaan
39. Maklumat di bawah berkaitan dengan rancangan perniagaan.
- Alamat tetap
- Pengalaman
- Kedudukan akademik
Bahagian manakah maklumat tersebut direkodkan?
Rancangan operasi
Latar belakang perniagaan
Objektif projek
Latar belakang pemilik
40. Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif projek.
Kumpulan yang dikenalpasti akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh pengeluar
Apakah elemen tersebut ?
Sasaran pekerja
Sasaran jualan
Sasaran pelanggan
Sasaran untung
