wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Trial Johor 2019 (SET 1)

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.


Apakah ciri kehidupan tersebut ?

a)

Ketinggian moral

b)

Kemajuan ekonomi

c)

Kesejahteraan hidup

d)

Kebebasan beragama

2.

Masyarakat Indus telah menjalankan hubungan perdagangan dengan masyarakat Mesopotamia.

Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas ?

a)

Gendang gangsa

b)

Tembikar tanah

c)

Batu Bersurat

d)

Cap mohor

3.

Mengapakah negara kota Athens dan Corinth memberi tumpuan kepada aktiviti perdagangan?

a)

Ketidaksesuaian

tanah untuk pertanian

b)

Kekurangan punca air untuk sumber pengairan

c)

Perkembangan

dalam bidang pembuatan kapal

d)

Ramai tenaga mahir dalam bidang perdagangan

4.

Mengapakah dua orang konsul dilantik mengetuai pentadbiran dalam sistem republik Rom?

a)

Menyekat

pengaruh gereja

b)

Mengimbangi kuasa pemerintah

c)

Memperkukuh

kedudukan pemerintah

d)

Mengelakkan

penjajahan kuasa asing

5.

Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat biasa takut untuk menderhaka kepada raja.


Mengapakah mereka bersikap demikian?

a)

Raja menguasai empayar

b)

Raja menjadi ketua pendeta

c)

Raja adalah bayangan tuhan

d)

Raja memiliki kekuatan tentera

6.

Gambar berikut menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja.


Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut ?

a)

Menjadi

pusat pentadbiran

b)

Sebagai

pusat kegiatan perdagangan

c)

Lambang penguasaan alam semesta

d)

Memperkukuhkan

sistem pertahanan negara

7.

Setelah menerima wahyu yang kedua Nabi Muhammad SAW mula merancang untuk menyebarkan Islam.

Apakah strategi yang digunakan oleh baginda untuk menyebarkan ajaran Islam?

a)

Memperbaiki

sistem pentadbiran

b)

Membetulkan akidah masyarakat

c)

Meningkatkan

ekonomi ummah

d)

Memperkasa sistem kabilah

8.

Pemimpin 1 : Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan kerana dia menggugat kedudukan kita sebagai pemimpin.

Pemimpin 2 : Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek moyang kita.


Dialog di atas mungkin berlaku di antara pemimpin Quraisy di Makkah.

Apakah kesannya terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Perjanjian damai tersekat

c)

Penghijrahan baginda ke Habsyah

d)

Pemulauan terhadap keluarga baginda

9.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi ?

a)

Melindungi tradisi masyarakat Arab

b)

Menamatkan permusuhan dengan raja

c)

Memberi panduan pemerintahan negara

d)

Menyediakan

strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah

10.

Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.


Apakah kesan daripada pencabulan tersebut ?

a)

Penyebaran Islam tergendala

b)

Pembukaan semula kota Makkah

c)

Penduduk Madinah semakin terancam

d)

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang

11.

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.

Apakah kebaikan sistem tersebut ?

a)

Meneruskan tradisi masyarakat Arab

b)

Mendapat sokongan orang bukan Islam

c)

Menjamin kesinambungan pemerintahan

d)

Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

12.

Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.


Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?

a)

Jurai

keturunan

b)

Warisan

bangsa

c)

Pengumpulan

kekayaan

d)

Kecemerlangan

individu

13.

Tokoh berikut membincangkan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

John Crawford


Emanuel Godinho

Eredia

Snock Hurgronje

Mengapakah mereka berpendapat perdagangan merupakan faktor penting kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

a)

Pelabuhan

menjadi tumpuan pedagang

b)


Penglibatan

raja dalam perdagangan

c)

Syahbandar mengawal perdagangan

d)

Cukai perdagangan berpatutan

14.

Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao?

a)

Pendidikan dipergiat


b)


Perdagangan diperluas

c)

Kekuatan empayar dipertingkat


d)

Hubungan dengan China diperkukuh

15.

Jadual berikut menunjukkan gelaran yang digunakan di Tanah Melayu setelah kedatangan Islam.


Zillullah fil-alam ---> Bayangan Allah di muka bumi

Khalifatul Mukminin -----> Pemimpin orang mukmin

Mengapakah gelaran tersebut digunakan?

a)

Mengekalkan

warisan tradisi bangsa Melayu

b)

Melambangkan

kekuatan pengaruh raja

c)

Mengesahkan kewibawaan pemerintah

d)

Memelihara penduduk tempatan

16.

Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu

Melaka ?

a)

Menguruskan harta kerajaan

b)

Mengendalikan adat istiadat istana

c)

Menetapkan kadar cukai pedagang

d)


Menentukan bidang tugas pembesar

17.

Portugal dan Sepanyol bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.

Bagaimanakah persaingan tersebut dapat diselesaikan?

a)

Membayar

wang pampasan

b)

Mengadakan

pungutan suara

c)

Penggunaan kekuatan tentera

d)

Penetapan sempadan pengaruh


18.

Apakah sumbangan Revolusi Pertanian

kepada Revolusi Perindustrian di Britain pada abad ke-18?

I Menyediakan sumber modal

II Menyediakan bahan makanan

III Menyediakan keperluan alat ganti

IV Menyediakan sistem pengangkutan

a)

I

dan II

b)

I

dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah sumbangan Henry N.

Ridley terhadap perusahaan getah ?

a)

Memberi

subsidi baja

b)

Membawa

masuk imigran luar

c)


Mengagih

benih secara percuma

d)

Memajak

tanah peribumi untuk penanaman

20.

Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum di Tanah Melayu ?

a)

Penubuhan sekolah Inggeris

b)

Pengaruh golongan mubaligh

c)

Pengamalan asuhan keluarga


d)


Perkembangan sekolah vernakular

21.

· China

· India

Mengapakah negara berikut menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke-19?

a)

Pasaran keluaran kilang Barat

b)

Kekayaan bahan mentah

c)

Pelabuhan perdagangan

d)

Tanah yang subur

22.

British telah memperkenalkan jawatan berikut di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 untuk menasihati sultan dalam pentadbiran.

Apakah jawatan tersebut?


I Residen

II Residen

Jeneral

III Gabenor

Jeneral

IV Penasihat

British

a)

I dan II

b)

I

dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal ?

a)

Sekatan pengaruh luar

b)

Perjuangan tidak berkesan

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Sokongan pemerintah tempatan

24.

Tarikh -> 21 JULAI 1875

Peristiwa -> Mesyuarat antara Dato Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di

Durian Sebatang

Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pemecatan sultan Ismail

b)

Pengurangan kuasa sultan

c)

Pembunuhan J.W.W.Birch

d)

Pemansuhan jawatan Residen

25.

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

a)

Pemeliharaan tradisi bangsa

b)

Penubuhan syarikat kerjasama

c)

Pembentukan negara yang merdeka

d)

Penjanaan

ajaran Islam untuk kemajuan

26.

Mengapakah negara bangsa yang wujud pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka sangat digeruni oleh kerajaan lain di Kepulauan Melayu?

a)

Kelengkapan tentera yang moden

b)

Pembentukan empayar yang luas

c)

Pembesar negeri yang berwibawa

d)

Kemewahan ekonomi yang dimiliki

27.

Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.


Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

Undang-UndangTubuh Kerjaan Terengganu 1911

Mengapakah undang-undang tersebut digubal ?

a)

Mengekalkan kedaulatan negeri

b)

Membentuk pentadbiran demokratik

c)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

d)

Meningkatkan kecekapan pemerintah

28.

Rajah di bawah berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.


Asas Kerakyatan Malayan Union


~Kewarganegaraan sama rata

~Prinsip jus soli

Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut?

a)

Perkembangan ekonomi luar bandar

b)

Pengukuhan kuasa pembesar tempatan

c)

Pengurangan jumlah penduduk pribumi

d)

Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas

29.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu ?

a)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

b)

Penyelarasan sistem pewarisan takhta

c)

Pelaksanaan sistem penasihat

d)

Penubuhan Majlis Raja-Raja

30.

Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?

I -- Melalui permohonan

II --- Kuat kuasa undang-undang

III -- Perkenan Raja-Raja Melayu

IV --- Kelulusan Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Tarikh

18 Januari – 8 Februari 1956

Rundingan London


Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan

suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

32.

Pada bulan September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno di Indonesia.


Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Malaysia?

a)

Hubungan luar terhad

b)

Dasar

konfrantasi tamat


c)

Kedaulatan negara tergugat


d)

Golongan radikal memberontak

33.

Rajah di bawah menunjukkan dua corak pemerintahan negara demokrasi


Negara Demokrasi

~Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

~Sistem Republik


Apakah persamaan sistem pemerintahan tersebut?

a)

Perdana Menteri berkuasa membubarkan parlimen

b)


Pentadbiran

dijalankan oleh golongan pembesar

c)

Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin

d)

Dewan Perhimpunan bersidang dua kali setahun

34.

Rajah berikut merujuk bidang kuasa kerajaan Persekutuan


BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN


~Hal ehwal luar negeri

~Keselamatan dalam negeri

~ X


Apakah X?

a)

Pelajaran

b)

Perhutanan

c)


Hiburan awam

d)

Perancangan bandar

35.

Gambar di atas menunjukkan Jata Negara, Negara kita, Malaysia.


Mengapakah jata tersebut penting kepada negara dan bangsa Malaysia?


I Memperkukuh perpaduan rakyat

II Melambangkan kemajuan ekonomi

III Mempertahan semangat kenegerian

IV Melahirkan rakyat bersemangat waja

a)

I

dan II

b)

I

dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Dalam mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara kerajaan memperkenalkan program pembangunan In Situ.


Bagaimanakah program ini dilaksanakan?

a)

Melahirkan golongan generasi muda yang berminat menyertai bidang pertanian

b)

Membawa masuk tenaga pakar luar negara untuk majukan pertanian

c)

Meningkatkan kelahiran golongan petani moden

d)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

37.

X

~ Ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969

~Mengembalikan keharmonian kaum

~Pentadbiran selama 21 tahun


X dalam pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Jawatankuasa Kabinet

b)

Majlis Gerakan Negara

c)

Majlis Angkatan Tentera

d)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

38.

Perang Dunia Kedua telah

membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin.

Apakah maksud Perang Dingin?

a)

Perang antara kuasa lemah dengan kuasa besar

b)


Perang

perdagangan untuk menguasai ekonomi dunia

c)


Perang yang berlaku sepanjang musim sejuk di

Eropah


d)

Perang kerana ideologi dan fahaman politik yang

berbeza

39.

Dasar Luar Malaysia

~ Tahap 1 ( 1957 – 1970 )

~ Dasar Pro- Barat

~ Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan tentera Komanwel

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar tersebut ?

a)

I

dan II

b)

I

dan IV


c)

II dan III

d)


III dan IV

40.

Jadual di bawah berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC )


Tahun -----> 2002

Tempat -------> Kuala Lumpur

Peristiwa --------> Persidangan Luar Biasa Menteri- Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC)

Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut ?

a)

Mewujudkan

kerjasama ketenteraan

b)


Memerangi

penyalahgunaan dadah

c)

Memulihara

alam sekitar

d)

Menentang keganasan