Font size
WorksheetsPengajian Am Penggal 1 STPM (Latihan 1)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah benar berkaitan jenis kerajaan persekutuan?
Gabungan kuasa hanya berlaku dalam kalangan negeri beraja sahaja
Kuasa kerajaan negeri dan pusat dikongsi dalam aspek perundangan dan pentadbiran
Kuasa pentadbiran dan perundangan diletakkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan dan negeri diberi kuasa autonomi
Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang melibatkan badan eksekutif, kehakiman dan perundangan di negeri-negeri yang bergabung
Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?
Yang diPertuan Agong adalah Ketua Kerajaan
Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet
Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum
Parlimen berfungsi sebagai badan yang menjalankan kuasa pentadbiran
Berdasarkan maklumat di dalam petak di bawah, yang manakah benar tentang status anak Encik X?
· En. X belum mendapat taraf pemastautin di Malaysia
· Isteri En. X bukan warganegara Malaysia
Anak En. X lahir pada 31 Disember 2011 di Pulau Pinang
Tidak layak menjadi warganegara
Menjadi warganegara melalui kemasukan
Merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang
Boleh memohon untuk menjadi warganegara melalui pendaftaran
Perkara-perkara berikut yang manakah diletakkan di bawah kuasa kerajaan Persekutuan?
Penangkapan ikan dan penyu di sungai
Perpustakaan, muzium dan barang purba
Penapisan akhbar tempatan dan luar negara
Kelulusan dan pemberian lesen pembalakan
Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf Enakmen Kerajaan Negeri?
Pihak Berkuasa Tempatan
Majlis Perundangan Negeri
Penasihat Undang-undang Negeri
Dewan Undangan Negeri
Yang manakah benar tentang kuasa atas nasihat Yang diPertuan Agong?
Melantik Perdana Menteri
Melantik Ahli Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
Bersetuju atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen
Melantik mana-mana yang layak sebagai senator dari Wilayah Persekutuan
Yang manakah persamaan kuasa antara Sultan dengan Yang diPertuan Agong?
Melaksanakan tugas sebagai ketua agama Islam
Memperkenankan perisytiharan darurat dalam Persekutuan
Memberikan anugerah bintang kebesaran, pangkat dan gelaran
Memberikan perkenan perlantikan Perdana Menteri dan Kabinetnya
Antara berikut, yang manakah merupakan jawatan yang boleh disandang oleh ahli Dewan Rakyat?
Speaker Dewan Negara
Ahli Dewan Undangan Negeri
Setiausaha Majlis Raja-Raja
Hakim Mahkamah Tinggi
Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang memberi persetujuan tentang pindaan yang melibatkan Sabah dan Sarawak?
Yang diPertuan Agong
Yang Dipertua Negeri
Perdana Menteri
Menteri Dalam Negeri
Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.
Senarai Negeri
Senarai Bersama
Senarai Persekutuan
Senarai yang disusun semula
11 Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Persekutuan?
Hasil duti eksais
Hasil harta karun
Hasil bayaran pendaftaran
Hasil perlombongan
Kes
Serina dari Australia ditangkap ketika berada di dalam pesawat Air Asia yang didaftarkan di Malaysia kerana membawa senjata berbahaya.
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah bagi kes di atas?
Mahkamah Harta Intelek
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Khas
Mahkamah Tentera
Prosiding dibuat secara tertutup berkaitan dengan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Syariah
Mahkamah kanak-kanak
Yang manakah benar tentang Unit Perancangan Ekonomi?
Menjalankan penyelidikan sosioekonomi yang difikirkan perlu
Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan
Menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara
Memastikankerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pembangunan negara
Yang manakah berkaitan dengan langkah mengatasi masalah sistem penyampaian khidmat awam?
Membudayakan kreativiti dan inovasi
Meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam
Menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden
Memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja
