wayground logo

Тегін басып шығаруға болатын жұмыс парақтары

ЖАҢА

Қаріп өлшемі

S
M
L
XL
Жұмыс парақтары

PENGAJIAN ISLAM - OGOS 2019/20

Total сұрақ: 20

Worksheet time: 10mins

Аты
Сынып
Күн
1.

“Ilmu yang membincangkan berkaitan jual beli, pinjaman dan pelaburan”.

Apakah terminologi yang sesuai dengan pernyataan di atas?

a)

Muamalat

b)

Munakahat

c)

Ibadat

d)

Jinayat

2.

Tamadun Islam memiliki perbezaan yang ketara dengan tamadun Barat dalam aspek spiritual iaitu

a)

tamadun Islam berjaya melahirkan ramai tokoh tamadun berbeza dengan tamadun Barat

b)

tamadun Islam menjadikan Barat sebagai sumber utama berbeza dengan tamadun Barat menjadikan Bible sebagai rujukan utama

c)

tamadun Islam menekankan konsep kerohanian manakala tamadun barat lebih kepada bebas nilai, neutral dan objektif

d)

tamadun Islam mengutamakan konsep kesepaduan ilmu manakala tamadun barat lebih kepada pengkhususan ilmu

3.

Manakah antara berikut adalah contoh keterbukaan tamadun Islam terhadap tamadun lain?

a)

Seni bina masjid berkonsepkan reka bentuk kesenian Melayu.

b)

Kepelbagaian fesyen berpakaian dalam kalangan umat Islam.

c)

Sambutan perayaan berkonsepkan ‘Kongsi Raya’.

d)

Perkahwinan mengikut adat dan kepercayaan agama lain.

4.

Berikut merupakan antara situasi yang berkaitan dengan salah faham terhadap Islam. Pilih istilah yang paling bersesuaian berkaitan Jihad.

a)

Perjuangan untuk menguatkan bangsa dan menentang penjajah.

b)

Perjuangan untuk memuliakan nama negara ke seantero dunia.

c)

Perjuangan untuk meletakkan agama Islam di tempat yang tertinggi.

d)

Perjuangan untuk menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW.

5.

Manakah antara berikut BENAR tentang fahaman Ekstremisme?

a)

Fahaman berlebih-lebihan dalam apa jua tindakan seperti dalam isu-isu perbezaan pendapat.

b)

Fahaman yang tidak boleh menerima kesalahan orang lain kerana ia satu kelemahan.

c)

Fahaman yang menganggap hanya dia sahaja yang betul sedangkan orang lain salah.

d)

Fahaman yang menghanyutkan remaja dalam keseronokan dan hiburan.

6.

Antara yang berikut yang manakah faktor perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman kerajaan bani Abbasiyah?


I. Usaha dan galakan khalifah

II. Pembukaan wilayah-wilayah baru.

III. Pembinaan pelabuhan-pelabuhan baru

IV. Aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

7.

"Pengabdian diri kepada Allah s.w.t. dengan perasaan seolah-olah ia melihat-Nya dan jika ia tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah ia berasa bahawa Allah s.w.t. melihatnya"


Pernyataan tersebut adalah merujuk kepada ______________.

a)

Iman

b)

Islam

c)

Akhlak

d)

Ihsan

8.

Berikut merupakan ciri-ciri dan keistimewaan Islam KECUALI _______________.

a)

realistik

b)

seimbang

c)

kebebasan

d)

tetap dan berkembang

9.

Antara keistimewaan al-Quran adalah _______________.

i. Fleksibel

ii. Melayan tabiat semulajadi manusia

iii. Mementingkan kesejahteraan hidup

iv. kandungannya boleh diubah mengikut kesesuaian dan kehendak masyarakat

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

semua di atas

10.

Faktor kejayaan tamadun Islam adalah _______________.

i. kestabilan politik

ii. peranan para sarjana

iii. penubuhan institusi ilmu

iv. peranan bahasa Arab sebagai bahasa utama dunia

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

ii, iii dan iv sahaja

d)

semua di atas

11.

Islam tidak menganjurkan interaksi antara tamadun kerana berlaku percampuran antara sumber Islam dan Barat.

a)

Benar

b)

Salah

12.

Konsep rasionalisme bertentangan secara total dengan agama Islam.

a)

Benar

b)

Salah

13.

'Clash of Civilization' merupakan sebuah karangan oleh penulis barat yang melihat bahawa Islam merupakan ancaman besar yang mesti dihapuskan.

a)

Benar

b)

Salah

14.

Kemajuan ilmu hari ini adalah hasil dari proses globalisasi.

a)

Benar

b)

Salah

15.

'Agenda Setting' merupakan salah satu strategi globalisasi melalui media. Penguasaan terhadap bahan berita bergantung pada masyarakat setempat.

a)

Benar

b)

Salah

16.

Tujuan Maqasid Syariah adalah untuk menjaga perkara asas ini: Agama, akal, keturunan dan harta.

a)

Benar

b)

Salah

17.

Hijrah merupakan salah satu dari unsur jihad

a)

Benar

b)

Salah

18.

Di antara ciri-ciri 'Islam Amerika' yang digariskan oleh Syed Qutb adalah mementingkan taabud semata-mata

a)

Benar

b)

Salah

19.

Globalisasi hanya memberi kesan dalam bentuk ekonomi dan media semata-mata

a)

Benar

b)

Salah

20.

Idea liberalisasi tersebar luas melalui institusi pendidikan.

a)

Benar

b)

Salah