Font size
WorksheetsSET 1 PAM SEM 1 2013
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Yang manakah ciri asas sesebuah negara?
A Diterajui oleh parti politik tertentu
B Ditadbir secara demokrasi berparlimen
C Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?
A Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak
B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui
C Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram
D Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan
Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
I. Tidak boleh dibuat pindaan
II. Asas kepada pembentukan kerajaan
III. Merupakan undang-undang tertinggi
IV. Diluluskan oleh Mahkamah
Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta parlimen.
Penyataan di atas merujuk kepada:
A Ordinan
B Enakmen
C Perundangan Kecil
D Doktrin duluan kehakiman
Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan
II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam
III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada kepada pembesar negara
Tempoh genap lima tahun Dewan rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh
A Pengundiaan dijalankan
B Penamaan calon pilihan raya
C Keputusan pilihan raya diwartakan
D Mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya
Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?
I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
III Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
IV Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
Meningkatkan daya saing Malaysia bagi
mencapai matlamat Model Baru Ekonomi
Mengkomersialkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan oleh universiti dan institusi penyelidikan
Hasrat di atas akan dapat dicapai melalui penubuhan
A. Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
B. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
C. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
D. Unit Inovasi Khas (UNIK)
Yang manakah yang benar tentang tadbir urus yang baik?
A. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
B. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
C. Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa
D. Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan
Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
I. Integriti
II. Prosedur
III. Budi bicara
IV. Akauntabiliti
Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I. Perancangan bandar dan desa
II.Pertanian dan perhutanan
III.Kutipan zakat dan fitrah
IV.Kesihatan awam
Yang manakah yang benar tentang kuasa Setiausaha Negara?
A. Menjadi ahli Majlis Kewangan Negara
B. Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
C. Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri
D. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di
A. Mahkamah Majistret di Johor
B. Mahkamah Tinggi di Kelantan
C. Mahkamah Syariah di Sarawak
D. Mahkamah Sesyen di Selangor
Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
I. Penentuan jenis mata wang
II. Penangkapan ikan di sungai
III. Pengeluaran lesen pembalakan
IV. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah
Menggubal dan mentadbir dasar pengurusan perolehan kerajaan
Menguruskan pinjaman bagi pihak kerajaan
Penyataan di atas merujuk kepada peranan
A. Jabatan Audit Negara
B. Bank Negara Malaysi
C. Perbendaharaan Malaysia
D. Jabatan Akauntan Negara
