wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa Melayu

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Tindakan Aiman yang berbaik-baik dengan Pak Sudin adalah kerana ingin mengenali anak bongsu perempuannya. Tindakan Aiman diibaratkan seperti peribahasa...

a)

Air besar sampan tak hanyut

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Seperti embun di hujung rumput

d)

Ada udang di sebalik batu

2.

Pada mulanya Ramlee bersemangat untuk membina kolam ikan itu, tetapi setelah beberapa minggu, dia sudah tidak ingin mengusahakannya lagi. Tindakan Ramlee itu ibarat peribahasa...

a)

Air susu dibalas dengan air tuba

b)

Hangat-hangat tahi ayam

c)

Bagai kucing lepas senja

d)

Gali lubang tutup lubang

3.

Intan berkawan rapat dengan Suhana apabila menjelang hari peperiksaan sahaja. Selepas peperiksaan tamat, dia tidak mengendahkan Suhana. Keadaan Suhana diibaratkan seperti peribahasa...

a)

Harimau mati kerana belangnya

b)

Hendak terbang tiada bersayap

c)

Habis madu sepah dibuang

d)

Jinak-jinak merpati

4.

Puan Suzana amat berterima kasih kepada anak perempuannya kerana dia berjanji akan membawanya ke Mekah pada hujung tahun ini. Perasaan Puan Suhana dapat diibaratkan seperti peribahasa...

a)

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

b)

Seperti kerang busuk

c)

Macam ular kekenyangan

d)

Rambut sama hitam, hati lain-lain

5.

Faridah nampak seperti seorang murid yang pendiam, tetapi dia amat bijak dan berani memberikan pendapat apabila ditanya oleh guru di dalam kelas. Berikan peribahasa yang sesuai dengan sifat Faridah.

a)

Seperti pahat dengan penukul

b)

Seperti ular berkepala dua

c)

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

d)

Seperti api dalam sekam

6.

Aminah sudah mahir membakar kek dan kuih ketika usia 13 tahun kerana dia sudah mempelajari kemahiran itu sejak kecil. Berikan peribahasa yang sesuai dengan situasi Aminah.

a)

Alah bisa tegal biasa

b)

Ukur mata dengan telinga

c)

Seperti cacing menelan naga

d)

Diam-diam ubi

7.

Hassan selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah...

a)

Di bawah ketiak orang

b)

Seperti lembu dicucuk hidung

c)

Seperti gagak bersuara murai

d)

Hari guruh takkan hujan

8.

Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti ______________ apabila Najib melupakannya setelah mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar.

a)

Hati emas

b)

Isi dada bekal berjalan

c)

Jangan memberi bunga kepada monyet

d)

Bagai kacang lupakan kulit

9.

Semua murid mestilah sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan menghormati guru supaya kejayaan pasti akan dapat dicapai suatu hari nanti. Peribahasa yang sesuai bagi kenyataan ini ialah...

a)

Ke gunung tak dapat angin

b)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

c)

Laksana garam dengan asam

d)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

10.

Tuan Syed yang merupakan anak kepada Dato' Yusuf telah memutuskan untuk berkahwin dengan seorang gadis penjual nasi lemak yang tinggal berhampiran kawasan kampung halamannya. Situasi ini sama seperti peribahasa..

a)

Pahit di luar manis di dalam

b)

Naga ditelan ular lidi

c)

Rebung tidak jauh dari rumpun

d)

Bagai kucing lepas senja