NEW
Font size
WorksheetsKUiz Pendidikan moral tahun 4
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Yang manakah antara berikut menerangkan tentang kepentingan menghormati amalan beribadat dan kepercayaan jiran?
Hidup bersatu padu dan harmoni
Mewujudkan suasana yang tidak selesa dengan jiran
Kepentingan diri diutamakan daripada kepentingan jiran
Mengadu domba tentang jiran
Kamu ternampak Siew Mei mengherdik anak jirannya, Raju yangsedang melakukan pemujaan memuji Tuhannya. Apakah tindakan kamu?
Membiarkannya
Menjauhkan diri daripadanya
Menegurnya dan menasihatinya
Mengambil gambarnya
Tidak saling menghormati amalan ibadat dan kepercayaan jiran mengakibatkan
Wujud prasangka buruk pada jiran
Lahirnya suasana harmoni
Budaya menghormati jiran wujud
Jiran menyayangi kita
Sufi seorang jiran yang kurang upaya meminta kamu menemaninya pergi ke kedai runcit. Apakah yang patut dilakukan?
Memarahi dan mengejeknya
Mencari alasan tidak menemaninya
Menemaninya pergi ke kedai
Menipu dan memberi harapan palsu
Antara yang berikut, yang manakah yang menunjukkan kamu seorang yang bertanggungjawab?
Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong
Tidak mengambil tahu hal ehwal keselamatan jiran
Tidak prihatin apabila jiran terlantar sakit di hospital
Memarahi jiran apabila jiran meminta pertolongan
Pilih pernyataan yang betul mengenai amalan baik hati sesama jiran
Berlaku perselisihan faham
Mendorong kepada hubungan yang tidak harmoni
Memberi sokongan moral dan bantuan dengan ikhlas
Menghasut jiran untuk melakukan perbuatan tidak bermoral
Amalan saling bantu-membantu adalah amalan yang mulia kerana
dapat membebankan urusan jiran
dapat mewujudkan sikap menunjuk-nunjuk
dapat memupuk sikap prihatin sesama jiran
dapat memupuk sikap hasad dengki
Kamu ternampak banyak tin-tin kosong di belakang rumah jiran yang menyebabkan nyamuk aedes membiak. Apakah tanggungjawab kamu sebagai jiran?
Memarahi jiran
Buat tidak tahu
Menegur dan menasihati jiran
Melaporkan kepada pihak berkuasa
Pada pendapat kamu, apakah faedah melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan?
Jiran berasa bangga dan menghargai sikap kamu
Jiran akan memberikan ganjaran yang besar
Jiran memandang serong terhadap kamu
Jiran akan berasa dengki terhadap kamu
Amalan pergi ke gereja dan membaca kitab Bible merupakan amalan ibadat jiran yang beragama
Islam
Kristian
Hindu
pagan
Jiran saya, Salwa sedang berpuasa hari ini. Saya patut........
makan dan minum di hadapannya
tidak makan dan minum di hadapannya
memperlekehkan amalan ibadat dan kepercayaan
Membuat tidak endah apa yang dilakukannya
Sikap saling hormat-menghormati merupakan amalan yang
tidak perlu dipraktikan
menyusahkan
perlu ada ganjaran
terpuji dan mulia
Lucy berpakaian mengikut kesesuaian majlis makan malam. Dia juga tidak berpakaian seksi. Lucy mengamalkan nilai
kerajinan
baik hati
kesederhanaan
kasih sayang
Apabila murid mengamalkan sikap saling tolong menolong sesama jiran, sepatutnya murid itu akan berasa
sedih
bangga
kecewa
marah
Shah Rukh Khan beratur semasa membeli makanan di kantin. Dia mengamalkan nilai
cintakan negara
berterima kasih
patuh pada peraturan
Bertoleransi
Mereka tidak digalakkan memakai pakaian yang berwarna hitam dan menyapu sampah pada Tahun Baru kerana dianggap akan membawa malang. Kaum apakah yang mempunyai amalan kepercayaan ini?
Cina
Melayu
India
Pagan
Individu yang mengamalkan nilai ............. akan mematuhi ajaran agamanya
kebersihan fizikal dan mental
hemah tinggi
kepercayaan kepada Tuhan
cintakan negara
Jimmy dituduh mencuri. Dia berani menegakkan kebenaran bahawa dia tidak mencuri. Jimmy mengamalkan nilai..................
Toleransi
kasih sayang
Keberanian
kesederhanaan
Berikut ialah cara menghargai sumbangan orang lain, kecuali
mengucapkan terima kasih
memberikan kad ucapan
membalas jasa jiran semula
buat tidak tahu sahaja
Semua yang berikut merupakan amalan yang mulia, kecuali......
bertanya khabar
menghormati orang tua
membaling batu ke arah anjing
Bertegur sapa sesama jiran
Sofea melihat bendera negara Malaysia jatuh ke tanah. Apakah tindakan yang perlu Sofea lakukan ?
Membiarkan sahaja
Mengambil gambar
mengutip dan menggantung kembali
membuang bendera itu
Ayah Firash sedang sakit teruk dan Firash mempunyai masalah kurang upaya. Sebagai jiran apa tindakan kamu ?
Menziarahi ibu Firash dan membawanya ke hospital
Membiarkan sahaja
Melaporkan kepada pihak berkuasa
Memarahi Firash supaya tidak menganggu kamu
Kamu melihat jiran kamu kelaparan kerana tidak membawa wang ke sekolah. Apa tindakan yang boleh kamu lakukan ?
Berkongsi makanan
Mengejek jiran
Membiarkan sahaja
Memarahi jiran
Manokaran telah lulus peperiksaan UPSR dengan cemerlang. Makciknya membawa Manokaran bersembahyang di kuil sebagai tanda………
hormat
bangga
syukur
sayang
Felicia menyertai pertandingan pidato. Dia perlu………………..
berlatih bersungguh-sungguh
meminta rakan menggantikan tempatnya
tidak berlatih kerana yakin akan menang
mencari cara untuk menipu dalam pertandingan
