WorksheetsPenilaian Akaun Belum Terima
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Garis Panduan Pengurusan Akaun Belum Terima (Lampiran E SPANM Bil 3/2019) adalah dibaca bersama Pekeliling Perbendaharaan
WP1.4
WP10.6
WP7.1
WP4.3
Berikut adalah kategori Akaun Belum Terima KECUALI
ABT Pinjaman dan Pendahuluan
Pelbagai ABT
ABT Wang Pendahuluan Kontraktor
ABT Hutang-hutang Lain
Kementerian bertanggungjawab untuk melaporkan ABT Pinjaman selain Pegawai Pengawal B7
Ya
Tidak
Mungkin
Tidak Pasti
Pelaporan di bawah dua (2) Kelas Akaun yang berasingan adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia iaitu
MPSAS 8 & 22
MPSAS 9 & 23
MPSAS 10 & 24
MPSAS 11 & 25
H0170000 adalah hasil daripada urusniaga
Pertukaran
Wilayah Persekutuan
Bukan Pertukaran
Pelbagai Terimaan dan Pindahan
Berikut adalah tujuan penyelenggaraan rekod ABT dan tunggakan dengan lengkap dan kemaskini KECUALI
Membolehkan jumlah ABT dan tunggakan dilaporkan mengikut format yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan WP10.6 Pengurusan Akaun Belum Terima bagi membantu pihak Pengurusan mengambil tindakan susulan
Membolehkan penyata dan laporan disediakan bagi tujuan mengesan dan memperbaiki proses pungutan ABT dan tunggakan oleh pihak Pengurusan
Membolehkan semua hutang dipungut dan direkodkan dengan tepat dan betul
Memudahkan tindakan susulan dan penguatkuasaan oleh pihak Pengurusan bagi mengelakkan tunggakan dari terus menjadi hutang lapuk
Tunggakan adalah ABT yang tidak melangkaui tarikh jadual pembayaran yang ditetapkan
Ya
Tidak
Mungkin
Tidak Pasti
Kes-kes berikut tidak dilaporkan sebagai tunggakan, namun masih perlu dilaporkan sebagai ABT
i. Kes ansuran pemungutan
ii. Kes ansuran audit dan siasatan
iii.Kes didaftarkan di mahkamah dan masih dalam proses perbicaraan atau belum menerima penghakiman
iv.Kes-kes yang dalam tindakan Jabatan Kerja Raya
i,ii & iv
i,iii & iv
i,ii,iii & iv
i,ii & iii
PTJ/PP dikehendaki melaporkan ABT kepada Pegawai Pengawal masing-masing dengan mengambil kira semua jenis tunggakan mengikut format yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan WP10.6 bagi Laporan ABT seperti pada :
30 Januari & 31 Disember
30 Julai & 30 Januari
30 Jun & 31 Disember
30 Jun & 30 Januari
Adakah Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak mempunyai ABT dan tunggakan pada tarikh laporan dikehendaki mengemukakan penyata berkenaan yang memaklumkan TIADA ABT pada tempoh tersebut?
Ya
Tidak
Mungkin
Tidak Pasti
Akaun Kawalan ABT adalah merujuk kepada
Rekod yang diselenggara bagi menunjukkan jumlah amaun yang sepatutnya diterima dan amaun yang telah diterima daripada individu/entiti
Rekod yang digunakan untuk mengenalpasti tunggakan yang disebabkan oleh cek tak laku bagi Akaun Hasil/Amanah/Vot
Rekod yang digunakan untuk mencatat jumlah keseluruhan amaun yang sepatutnya diterima dan amaun yang telah diterima
Rekod yang digunakan untuk transaksi sewaan yang mengandungi maklumat jumlah sewaan yang sepatutnya diterima dan telah diterima daripada penyewa setiap bulan
Berikut adalah pernyataan yang betul bagi Penjejasan Nilai Akaun Belum Terima KECUALI
Anggaran yang dibuat bagi memperuntukkan sejumlah amaun ABT yang mungkin tidak dapat dikutip
Keuntungan dalam manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan aset berdasarkan bukti yang jelas melalui penilaian ke atas peristiwa yang tercetus
Satu perbelanjaan yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan
ABT melebihi tempoh enam (6) bulan tertunggak boleh dibuat penjejasan (jika berkenaan)
Pegawai pengawal boleh menimbang dan meluluskan nilai hapus kira amaun sehingga
RM12,000.00 bagi setiap kes/akaun
RM50,000.00 bagi setiap kes/akaun
RM20,000.00 bagi setiap kes/akaun
RM25,000.00 bagi setiap kes/akaun
Penghantaran Laporan ABT seperti pada 31 Disember 2019 hendaklah dikemukakan kepada BPAD, JANM selewat-lewatnya pada
31 Januari 2020
15 Januari 2020
31 Disember 2019
1 Januari 2020
Format pelaporan ABT seperti Pekeliling Perbendaharaan WP10.6 adalah seperti berikut kecuali
Penyata Akaun Belum Terima dan Tunggakan Keseluruhan
Penyata Akaun Belum Terima dan Tunggakan Pinjaman dan Pendahuluan
Penyata Akaun Belum Terima dan Tunggakan Faedah Bank
Penyata Akaun Belum Terima dan Tunggakan Hutang-hutang Lain
Semua baki akaun yang tertunggak hendaklah dipindah catat ke …………… dan ………….. pada akhir sesuatu tempoh
Akaun Subsidiari & Akaun Kawalan
Akaun Subsidiari & Akaun Utama
Akaun Kawalan & Akaun Utama
Akaun Keseluruhan & Akaun Kawalan
Prinsip amalan baik seperti berikut bagi memastikan keberkesanan proses penyelenggaraan dan kawalan ABT dan tunggakan
i. Merekod hutang tepat pada masanya
ii. Rekod mudah diakses dan dicari
iii.Semua hutang mempunyai bukti yang jelas
iv.Memastikan Akaun ABT sentiasa berbaki kredit
i,ii & iv
i,iii & iv
i,ii,iii & iv
i,ii & iii
Berikut adalah pernyataan yang betul KECUALI
Hutang lapuk adalah ABT yang yang tidak dapat dituntut dan yang telah diluluskan hapuskira mengikut peraturan yang berkuatkuasa
Penjejasan Nilai Terkumpul adalah bayaran yang dibuat bagi ABT yang telah dihapuskira
Akaun Belum Terima adalah amaun yang sepatutnya diterima tetapi belum diterima oleh Kerajaan yang wujud dari peristiwa lampau berasaskan kepada bil atau melalui dasar, perjanjian atau keputusan Kerajaan yang berkuatkuasa
Hapus kira adalah pelupusan ABT yang telah diluluskan oleh Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan kewangan yang berkuatkuasa
Bayaran balik emolumen terlebih bayar dikategorikan sebagai ABT?
ABT Hasil
ABT Hutang-hutang Lain
ABT Faedah Pinjaman Boleh Dituntut
ABT Wang Pendahuluan Kontraktor
Hasil bukan cukai direkodkan sebagai ABT?
ABT Hasil
ABT Hutang-hutang Lain
ABT Faedah Pinjaman Boleh Dituntut
ABT Wang Pendahuluan Kontraktor
