wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa SPM Siri 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya.


Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali:

a)

genggam bara api biar jadi arang

b)

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

2.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.


Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.

a)

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu

b)

Seperti embun di hujung rumput

c)

Bagai layang-layang putus tali

3.

Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula.

Keadaan ini samalah seperti…

a)

didengar ada dipakai tiada

b)

jauhari yang mengenal manikam

c)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

4.

Peribahasa yang tidak menggambarkan maksud melakukan perbuatan yang sia-sia ialah...

a)

bagai bersuluh di siang hari

b)

bagai pohon tidak berbuah

c)

bagai mencurah garam ke laut

5.

Peribahasa malu berdayung perahu hanyut bermaksud....

a)

segan bertanya sesuatu akibatnya akan tersesat jalan

b)

seseorang yang tidak mahu belajar akan cetek ilmu pengetahuan

c)

disebabkan malas berusaha, seseorang sukar memperoleh kejayaan

6.

Kebanyakan kerja yang dilakukannya separuh siap walaupun masa yang diberikan kepadanya lebih daripada mencukupi.

Perbuatan dalam situasi di atas dapat dikaitkan dengan peribahasa seperti...

a)

abu di atas tunggul.

b)

pahat dengan penukul.

c)

melepaskan batuk di tangga

7.

Daim agak pendiam orangnya. Walau bagaimanapun, banyak rakannya terkejut kerana mereka tidak menyangka bahawa dia telah diumumkan sebagai pelajar terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Situasi di atas menepati maksud peribahasa ...

a)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

b)

orang lain makan nangka,orang lain yang kena getahnya.

c)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

8.

Ukur baju di badan sendiri


Peribahasa di atas bermaksud....

a)

melakukan sesuatu perbuatan hendaklah menggunakan kekuatan sendiri.

b)

membuat sesuatu mengikut kemampuan sendiri

c)

menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu pekerjaan

9.

Seni silat Melayu masih Iagi dipersembahkan dalam majIis-majlis keramaian sebagai tanda menghargai warisan dan budaya bangsa.

a)

hidup dikandung adat mati dikandung tanah

b)

biar mati anak jangan mati adat

c)

tak Iapuk dek hujan tak Iekang dek panas

10.

Peribahasa kaduk naik junjung bermaksud...

a)

orang yang hina apabila mendapat pangkat bersikap mengada-mengada

b)

orang yang miskin apabila mendapat kekayaan Iupa asaI-usulnya

c)

orang yang susah apabila mendapat kemewahan menjadi bongkak

11.

Tiada sesiapa pun menyangka Imran yang pendiam dapat mengemukakan idea yang bernas dalam mesyuarat di pejabatnya.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

air beriak tanda tak dalam

b)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

c)

seperti harimau menyembunyikan kuku

12.

Bagai kacang lupakan kulit


Pengajaran yang diperoleh daripada maksud peribahasa di atas ialah...

a)

kita perlu mengubah nasib kita kerana hanya kita yang mampu mengubahnya

b)

kita perlu mengenang budi seseorang yang telah banyak berjasa kepada kita

c)

kita perlu sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita

13.

Peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran mempunyai maksud yang samaa ataupun hampir sama dengan....

a)

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

b)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

c)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

14.

Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.

Keadaan ini diibaratkan .....

a)

orang mengantuk disorongkan bantal

b)

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

c)

pucuk dicita ulam mendatang

15.

Peribahasa yang manakah tidak membawa maksud orang yang tamak?

a)

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

b)

Seperti anjing dengan bayang-bayang

c)

Alah membeli menang memakai

16.

"Pandai-pandailah kamu membawa diri di tempat orang nanti, kerana lain padang, lain belalangnya," pesan emak kepada Abang Long yang berpindah ke tempat baharu.

Peribahasa yang bergaris bermaksud. . ...

a)

setiap tempat, berbeza-beza ragam penduduknya

b)

setiap tempat, berbeza-beza adatnya

c)

setiap tempat, ada penduduknya

17.

Lelaki itu tidak mempedulikan jirannya yang susah walaupun dia mempunyai wang untuk disedekahkan. Sifat lelaki itu dikatakan bagai ....

a)

rnelepaskan anjing tersepit

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

18.

Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.


Situasi di atas sesuai dengan peribahasa ....

a)

cacing hendak menjadi naga

b)

kaduk naik junjung

c)

anak kucing menjadi harimau

19.

Peribahasa bagai ada nasi di balik kerak bermaksud ....

a)

mempunyai maksud yang tersembunyi

b)

masih ada perkara yang belum selesai

c)

memiliki kelembutan di sebalik ketegasan

20.

Buat kerja biarlah sampai selesai


Manakah antara peribahasa berikut yang bertepatan dengan maksud di atas?

a)

Alang-alang berminyak biarlah licin

b)

Biar putih tulang jangan putih mata

c)

Alang berjawab, tepuk berbalas

21.

Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan....

a)

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya

22.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Gulung tikar - sama-sama handal, hebat

b)

Paku belanda - harga yang tidak boleh diubah-ubah

c)

Makan angkat - orang yang tidak suka akan pujian

23.

Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. Pernyataan ini ibarat .....

a)

kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak

b)

lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

24.

Walaupun Umi Amera agak lemah dalam pelajaran, namun dia seorang pelajar yang rajin bertanya kepada guru. Akhirnya dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ....

a)

seperti kera mendapat bunga

b)

belakang parang kalau diasah lagikan tajam

c)

biar mati anak, jangan mati adat

25.

Sudah lama saya ingin melancong ke luar negara. Oleh sebab itu, apabila pak cik mempelawa saya melancong bersama-sama keluarganya, saya terus menerima. Keadaan ini ibarat .....

a)

orang mengantuk disorongkan bantal

b)

pucuk dicita ulam mendatang

c)

sediakan payung sebelum hujan