WorksheetsDi Mana Anda Simpan Ubat di Rumah?
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Di manakah tempat penyimpanan ubat yang SELAMAT di rumah?
Di atas meja kopi di ruang tamu.
Di atas meja makan.
Di dalam kabinet dapur.
Di dalam laci almari di bilik tidur.
Pilih jenis ubat yang sesuai disimpan di dalam peti sejuk (suhu 2 - 8 darjah Celsius)
Ubat sirap antibiotik yang telah dibancuh
Insulin yang belum dibuka
Insulin yang sudah dimasukkan ke dalam pen insulin.
Ubat tablet paracetamol
Ubat kapsul antibiotik
Di manakah ubat biji (tablet, kapsul dan pil) perlu disimpan di rumah?
Di dalam peti sejuk
Di dalam bekas bertutup
Berdekatan dengan kanak-kanak
Jauh daripada capaian kanak-kanak
Pilih amalan penyimpanan ubat yang BETUL di rumah.
Ubat disimpan dalam bekas yang bertutup.
Ubat disimpan dalam sampul ubat dengan label yang lengkap.
Ubat yang dimakan disimpan sekali dengan ubat untuk kegunaan luaran.
Ubat disimpan berdekatan dengan sumber haba, contohnya dapur gas.
Ubat yang sudah rosak dan telah berubah warna masih disimpan dengan ubat-ubat baharu.
Pilih cara penyimpanan ubat yang BETUL di rumah.
Jauh daripada cahaya.
Jauh daripada sumber haba.
Simpan di dalam bilik mandi.
Simpan di dalam kereta.
Semua jenis ubat disimpan di dalam peti sejuk.
Pilih pernyataan yang TEPAT tentang amalan menyimpan ubat di dalam peti sejuk.
Menyimpan ubat di dalam peti sejuk dapat memanjangkan jangka hayat ubat.
Hanya ubat yang perlu disimpan pada suhu 2 - 8 darjah Celcius boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Simpan ubat di dalam bekas bertutup di ruang tengah peti sejuk.
Ubat boleh disimpan di ruang sejuk beku dan di pintu peti sejuk.
Pilih pernyataan yang TEPAT tentang amalan menyimpan ubat di dalam bilik mandi.
Ubat disimpan di bilik mandi untuk memudahkan ubat diambil ketika kecemasan.
Kelembapan di dalam bilik mandi boleh merosakkan ubat yang disimpan.
Ubat yang disimpan di dalam bilik mandi mudah dicapai oleh kanak-kanak
Ubat kumur mulut boleh disimpan di dalam bilik mandi.
Bilik mandi ialah antara lokasi yang tidak bersih di dalam rumah untuk dijadikan tempat penyimpanan ubat.
Pilih pernyataan yang TEPAT tentang amalan menyimpan ubat di dalam kereta.
Ubat untuk kegunaan kecemasan seperti inhaler (ubat sedut asma) boleh disimpan di dalam kereta.
Suhu di dalam kereta pada waktu tengah hari boleh mencecah 50 darjah Celcius.
Kandungan ubat inhaler akan meruap jika disimpan berterusan di dalam kereta.
Jika membawa ubat di dalam kereta semasa perjalanan balik kampung, ubat perlu disimpan di tempat duduk belakang (ada penyaman udara)
Ubat boleh disimpan di dalam kereta untuk mengelakkan pesakit terlupa mengambil ubat.
Pilih amalan penyimpanan ubat yang BETUL di rumah.
Ubat yang baru diterima boleh disimpan dalam sampul yang sama dengan ubat lama yang belum dihabiskan.
Simpan semula bekas ubat di tempat yang selamat selepas ubat digunakan.
Simpan ubat yang sensitif kepada cahaya dalam botol legap.
Semak bekas penyimpanan ubat secara berkala untuk memastikan ubat dalam simpanan masih elok dan selamat untuk digunakan.
Pilih amalan penyimpanan ubat yang BETUL di rumah.
Ubat disimpan jauh daripada cahaya, kelembapan dan haba yang tinggi serta capaian kanak-kanak.
Ubat disimpan pada suhu penyimpanan yang bersesuaian.
Ubat disimpan dalam bekas bertutup dan dapat diletakkan di tempat yang selamat.
Ubat yang berbeza disimpan dalam bekas yang berasingan.
