wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Trial 2

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Dalam kehidupan manusia kita mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Apakah itu keperluan dan kehendak?
a)
asas dan lebih
b)
untuk hidup dan untuk lebih selesa
c)
miskin dan kaya
d)
perlu dan tidak
2.
Sosial media adalah sumber untuk 
a)
memasarkan dan promosi
b)
mengetahui perkembangan niaga
c)
menarik minat pelanggan
d)
kepentingan perniagaan
3.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang koperasi?

a)

Kawalan secara autokratik

b)

Menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Pulangan syer dalam bentuk elaun

d)

Semua anggota berhak membuat keputusan

4.

Apakah kesan trend menurun kepada ekonomi negara?

a)

Permintaan barang pengguna meningkat

b)

Perbelanjaan mengurus perniagaan meningkat

c)

Peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan

d)

Peningkatan kawalan kuantiti pengeluaran produk

5.

Apakah faktor dalaman yang dapat mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?

a)

Teknologi

b)

Sumber manusia

c)

Undang-undang

d)

Ekonomi

6.

Maklumat berikut berkaitan operasi pengeluaran sebuah kilang.


Kilang Sinar Suria bercadang untuk mengeluarakan kasut dalam skala besar untuk pasaran tempatan. Kilang menanggung kos sewaan sebanyak RM3000 sebulan dan bayaran gaju pekerja RM12 000 sebulan. Kilang menganggarkan kos berubah sebnyak Rm20 untuk menghasilkan sepasang kasut yang dijual pada harga RM50.


Berapakah pasang kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun untuk syarikat mencapai titik pulang modal (TPM)

a)

2880 pasang

b)

3600 pasang

c)

48000 pasang

d)

6000 pasang

7.

Bahagian-bahagian fungsian utama dalam organisasi perniagaan diwujudkan adalah untuk?

a)

meningkatkan fokus dan kemahiran pekerja

b)

memberi tumpuan dalam pelbagai bidang tugas

c)

memberi peluang staf bekerja melebihi satu bahagian

d)

meningkatkan keyakinan staf untuk bergelar pengurus

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan.


"Langkah kerajaan untuk mengubah cara perbelanjaan kerajaan dan menstruktur semula percukaian"


Apakah dasar tersebut?

a)

Dasar fiskal

b)

Dasar ekonomi

c)

Dasar kewangan

d)

Dasar pembangunan

9.

Apakah fungsi bahagian teknologi dan maklumat?

a)

Menerima dan menghantar mesej

b)

Menerima dan merekodkan permohonan kerja

c)

Menyediakan penyata dan pembayaran gaji pekerja

d)

Memperkenalkan sistem dan Software baharu

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.


Dua atau lebih syarikat membentuk satu perikatan yang bertujuan untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu.


Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Koperasi

c)

Usaha sama

d)

Perkongsian

11.

Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.


EN. Ali seorang nelayan terpaksa berhenti menangkap ikan semasa musim tengkujuh kerana ombak bergelora.


Pengangguran di atas dikenali sebagai

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran bermusim

12.

Berikut menunjukkan campuran pemasaran


PRODUK

X

HARGA

PROMOSI


Apakah X?

a)

Kos

b)

Agihan

c)

Jualan

d)

Penawaran

13.
E-pemasaran bermaksud ?
a)
Satu kaedah yang digunakan oleh perniagaan unutk memasarkan produk keluaran secara atas talian.
b)
Menggunakan atas talian untuk sebarang urusan perniagaan.
c)
Memastikan proses pengeluaran dipantau.
d)
Membolehkan perniagaan mendapat keuntungan.
14.

Elemen manakah yang perlu dimuatkan dalam rancangan perniagaan?

a)

Latar belakang projek

b)

Lokasi tapak projek

c)

Kedudukan tapak projek

d)

Objektif tapak projek

15.

Apakah maksud rancangan perniagaan?

a)

Satu dokumen yang menerangkan visi, misi dan objektif perniagaan

b)

Satu dokumen yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan perniagaan

c)

Satu dokumen yang menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan

d)

Satu dokumen yang menerangkan risiko kritikal yang akan dihadapi oleh perniagaan pada masa depan

16.

Siapakah yang memerlukan rancangan perniagaan selain usahawan?

a)

Tiada sesiapa

b)

Pembekal

c)

Graduan universiti

d)

Guru sekolah

17.

Antara berikut, yang mana definisi sasaran jualan yang betul?

a)

Anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

b)

Amaun jualan yang diterima selepas ditolak semua kos perniagaan

c)

Anggaran jualan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

d)

Amaun jualan yang berjaya diperoleh selepas tempoh masa tertentu

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan modal kedai gunting rambut?

I Wang tunai

II Peralatan menggunting

III Pelanggan

IV Pekerja

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

19.

Gambar ini menunjukkan beberapa contoh agensi kerajaan.

Apakah jenis sumber pembiayaan yang disediakan oleh agensi di atas?

a)

Kemudahan prasarana

b)

Bantuan modal

c)

Jaminan kredit

d)

Geran penyelidikan dan pembangunan

20.

"Petani boleh membajak sawah dengan menggunakan jentera yang disewa."

Apakah jenis sumber pembiayaan di atas?

a)

Pemfaktoran

b)

Gadai janji

c)

Pajakan

d)

Sewa beli

21.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri utama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Kefleksibelan penubuhan

c)

Kewujudan tidak kekal

d)

Entiti bersama

22.

Sesebuah perniagaan yang ingin memperbaharui sijil perniagaan perlu berbuat demikinan dalam tempoh

a)

10 hari sebelum tarikh tamat

b)

20 hari sebelum tarikh tamat

c)

30 hari sebelum tarikh tamat

d)

40 hari sebelum tarikh tamat

23.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab-sebab penamatan perniagaan?

I Berhenti berniaga

II Bankrap

III Kematian pemilik

IV Kerugian perniagaan

a)

I, II & III

b)

I, II & IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

24.

Campuran Pemasaran

1) Produk

2) M

3) Promosi

4) Tempat


Apakah M?

a)

Penentuan harga

b)

Penetapan harga

c)

Perubahan harga

d)

Harga

25.

Apakah maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Satu usaha pembangunan pekerja dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk memberikan latihan dan pembangunan yang mencukupi kepada pekerja

b)

Satu usaha pembangunan pekerja dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk menarik, membangun, dan mengekalkan pekerja berprestasi tinggi

26.

Dokumen formal manakah yang tergolong dalam analisis kerja?

a)

Penghuraian kerja

b)

Pengkhususan kerja

c)

Penafsiran kerja

d)

Penilaian kerja

27.

Apakah maksud gaji asas?

a)

Bayaran yang dibayar secara tetap kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

b)

Bayaran yang dibayar kepada pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan

28.

Antara yang berikut,agensi kerajaan manakah yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan?


i)MARDI

ii)MATRADE

iii)MPC

iv)SIRIM

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

29.

Antara yang berikut,yang manakah merupakan jenis pengangguran yang wujud di sesebuah negara?


i.pengangguran meleset

ii.pengangguran semula jadi

iii.pengangguran kitaran

iv.pengangguran struktur

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

30.

Apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya inflasi?

a)

kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tahunan

b)

kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

c)

kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berperingkat

d)

kenaikan harga barang dan perkhidmatan mengikut jumlah permintaan