wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN SPM 2019 SET 3

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan?

a)

Menjalankan tanggungjawab sosial

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan

2.

Antara berikut, kaedah yang manakah digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) untuk menjalankan perniagaan?


I Jualan di bawah harga kos

II Jualan pada harga kos

III Jualan secara lelong

IV Jualan di atas harga kos

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Perniagaan yang manakah merupakan milikan tunggal?

a)

Restoran Sayyid dan Shah

b)

Kedai Runcit Rahmah

c)

Koperasi Berkat

d)

Maju Bumi Sdn Bhd

4.

Manakah yang merupakan kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Menjimatkan kos promosi

b)

Tidak perlu banyak pengalaman

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Mengembangkan perniagaan secara global

5.

Manakah antara berikut sektor primer?

a)

Pembuatan dan perkilangan

b)

Pembekalan tenaga

c)

Pembinaan

d)

Pertanian

6.

Manakah antara berikut cabaran perniagaan bersaiz besar?

a)

Wujud pengkhususan

b)

Meningkatkan hasil

c)

Kos overhed yang tinggi

d)

Undang-undang dan peraturan kerajaan

7.

Apakah perniagaan antarabangsa?

a)

Aktiviti yang tidak melepasi sempadan negara

b)

Aktiviti yang melibatkan pemborong dan peruncit

c)

Aktiviti yang berlaku di dalam negara yang sama

d)

Aktiviti yang berlaku melepasi sempadan negara

8.

Apakah elaun pelaburan semula?

a)

Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan modal yang diberikan kepada perniagaan berstatus MSC dan berasaskan bahan mentah tempatan

b)

Pelepasan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan dan dikecualikan cukai selama 5 tahun

c)

Pelepasan kepada syarikat yang berstatus MSC dan terlibat di dalam industri teknologi tinggi

d)

Pelepasan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan

jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset modal

9.

Antara berikut, manakah yang merupakan usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membantu

perkembangan perniagaan?


I Menyediakan kemudahan ruang niaga

II Mengawal kesihatan awam dan tempatan

III Menguatkuasakan undang-undang

IV Mewujudkan pusat latihan pekerja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Maklumat di atas berkaitan dengan jenis pengangguran.


Pasangan manakah yang betul tentang jenis pengangguran?

a)

Situasi 1

Pengangguran kitaran


Situasi 2

Pengangguran teknologi

b)

Situasi 1

Pengangguran teknologi


Situasi 2

Pengangguran bermusim

c)

Situasi 1

Pengangguran bermusim


Situasi 2

Pengangguran struktur

d)

Situasi 1

Pengangguran struktur


Situasi 2

Pengangguran kitaran

11.

Apakah maksud deflasi?

a)

Satu keadaan di mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat

b)

Satu keadaan kejatuhan harga barang atau perkhidmatan yang berterusan

c)

Satu fenomena kekurangan barang atau perkhidmatan di dalam pasaran

d)

Satu situasi di mana harga barang atau perkhidmatan meningkat mendadak

12.

Aspek undang-undang manakah tidak memberi kesan terhadap persekitaran perniagaan ?

a)

Kawalan

b)

Persaingan

c)

Perancangan

d)

Kesihatan dan keselamatan

13.

Antara berikut, yang manakah kelebihan pengambilan pekerja dari luar organisasi?

a)

Pekerja memerlukan program induksi

b)

Pekerja memerlukan masa untuk menyesuaikan diri

c)

Organisasi memperoleh idea baharu daripada pekerja

d)

Organisasi mengeluarkan kos yang tinggi untuk perekrutan pekerja

14.

Antara berikut, manakah merupakan unsur campuran pemasaran?


I Kualiti

II Harga

III Promosi

IV Pesaing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Maklumat di bawah merujuk kepada Syarikat Pelancongan Mercu Berhad.


“Memberi perkidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan”


Penyataan di atas merujuk kepada...

a)

Objektif

b)

Strategi

c)

Visi

d)

Misi

16.

Pernyataan yang manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian sumber manusia?

a)

Memastikan kebajikan pekerja sentiasa dijaga

b)

Memantau prestasi pekerja dari semasa ke semasa

c)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

d)

Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran

17.

Apakah peranan utama bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi?

a)

Menjamin keselamatan sistem

b)

Mempercepatkan proses urusniaga

c)

Menyimpan maklumat dan data perniagaan

d)

Memudahkan komunikasi intranet dan internet

18.

Susun tatacara proses pembelian barang oleh bahagian fungsian pembelian.

I Membuat pesanan pembelian

II Mencari pembekal yang sesuai

III Menerima barang daripada pembekal

IV Menerima sebut harga daripada pembekal

a)

I, II, III, IV

b)

II, IV, I, III

c)

II, III, I, IV

d)

IV, III, II, I

19.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan maklumat dalam perniagaan kecuali

a)

e-pemasaran

b)

e-dagang

c)

e-operasi

d)

e-banking

20.

Rajah menunjukkan proses komunikasi.


Apakah R?

a)

Mesej

b)

Saluran

c)

Gangguan

d)

Maklum balas

21.

Mengapakah pekerja perlu mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) dalam pelaksanaan tugas?

a)

Meningkatkan kecekapan pekerja

b)

Memelihara keselamatan pekerja

c)

Memaksimumkan risiko pekerja

d)

Menghargai usaha pekerja

22.

Yang manakah jenis kesalahan kakitangan dalam sesebuah perniagaan?


I Prestasi menurun

II Pecah Amanah

III Tidak beretika

IV Tiada kemahiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Majikan memberi ganjaran kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan berdasarkan jumlah jualan yang dilakukan oleh pekerja.


Apakah jenis faedah kepada pekerja?

a)

Komisen

b)

Ganjaran

c)

Gaji pokok

d)

Bonus tunai

24.

Gambar di atas menunjukkan salah satu sumber yang digunakan dalam perniagaan.


Bagaimana cara menguruskan sumber tersebut?

I Mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

II Memohon hak cipta terpelihara

III Perlindungan insurans dan keselamatan

IV Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Gambar di bawah merujuk kepada jenis sumber teknologi.


Apakah sumber teknologi tersebut?

a)

Produk siap

b)

Lesen perisian

c)

Harta intelek

d)

Peralatan teknologi dan maklumat

26.

Sherry memulakan perniagaan kedai dobinya dengan menggunakan wang simpanan sendiri.


Apakah kekurangan menggunakan sumber pembiayaan tersebut?

a)

Modal terhad

b)

Faedah yang tinggi

c)

Cagaran diperlukan

d)

Persaingan yang sengit

27.

Skim pembiayaan berikut disediakan oleh sebuah agensi kerajaan.


  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)


Apakah agensi tersebut?

a)

MOSTI

b)

TEKUN

c)

MARA

d)

AGROBANK

28.

Pernyataan manakah berkaitan kos jualan?

a)

Kos yang tidak berubah mengikut tingkat pengeluaran

b)

Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran

c)

Kos dan belanja untuk membeli barang niaga

d)

Kos yang dibayar dalam perniagaan

29.

Maklumat berikut dipetik daripada penyata kewangan Syarikat XYZ.


Aset Semasa RM 182 250

Liabiliti Semasa RM 22 000

Untung Kasar RM 143 800

Kos Jualan RM 547 420


Hitungkan nisbah semasa.

a)

6.53 : 1

b)

8.28 : 1

c)

12.1 : 1

d)

24.8 : 1

30.

Apakah kekuatan yang perlu ada di dalam diri usahawan?

a)

Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

b)

Berinisiatif dan bertanggungjawab

c)

Berfikiran positif untuk berjaya

d)

Yakin diri dan optimistik

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.


  • Puan Viona telah mengusahakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar bandar Kuantan. Beliau telah menggaji 20 orang pekerja yang terdiri daripada penduduk di sekitar Kuantan.Perkhidmatan penghantaran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Yang manakah kelebihan Puan Viona kepada masyarakat Kuantan?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Memperkenalkan produk tempatan

c)

Memupuk minat keusahawanan

d)

Mewujudkan sikap berdikari

32.

Apakah stok bergerak perlahan?

a)

Stok yang sedia untuk dijual

b)

Stok yang disimpan dalam gudang

c)

Stok yang dapat dijual dengan segera

d)

Stok yang mengambil masa untuk dijual

33.

X merujuk kepada strategi, proses atau kaedah yang berkesan untuk menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.


Apakah tujuan X ?

a)

Membuat perancangan jangka masa panjang

b)

Membantu penjenamaan semula produk

c)

Memperbaiki mutu keluaran produk

d)

Menangani pesaing dalam pasaran

34.

Pernyataan manakah benar tentang tanggungjawab antara perniagaan dan syarikat.

a)

Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh pemegang syer

b)

Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh pelabur

c)

Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh rakan kongsi

d)

Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh lembaga pengarah

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen perniagaan.


  • Dokumen ini dikeluarkan sebagai bukti penerimaan dan pembayaran telah dijelaskan.


Apakah dokumen tersebut?

a)

Resit

b)

Invois

c)

Bil tunai

d)

Memo

36.

Rajah di atas menunjukkan campuran pemasaran.


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?

a)

Pembungkusan penting agar barang tahan lama

b)

Barang perlu diedarkan ke merata tempat

c)

Pengiklanan perlu untuk meningkatkan jualan

d)

Kos yang tinggi akan merugikan peniaga

37.

Antara berikut, manakah merupakan item penerimaan dalam penyata aliran tunai?


I Perbelanjaan sewa

II Pinjaman bank

III Jualan tunai

IV Belian tunai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Salah satu kaedah promosi adalah menyalurkan maklumat sesuatu produk dan perkhidmatan melalui media massa.


Apakah kaedah tersebut?

a)

Promosi Jualan

b)

Pengiklanan

c)

Publisiti

d)

Jualan langsung

39.

Apakah rancangan perniagaan?

a)

Dokumen yang merekodkan urus niaga perniagaan sama ada secara tunai atau kredit

b)

Dokumen yang mengandungi catatan penerimaan dan pembayaran yang dilakukan

c)

Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti jual beli yang dilakukan

d)

Dokumen yang menerangkan maklumat perniagaan secara menyeluruh

40.

Maklumat yang manakah perlu ada di dalam ringkasan eksekutif?


I Nama perniagaan

II Alamat perniagaan

III Lokasi perniagaan

IV Operasi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV