wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu - Tatabahasa

Total questions: 45

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah harga robot ini? ______nya canggih dan berteknologi tinggi,” tanya Adam kepada lelaki itu.

a)

Buat

b)

Buatan

c)

Pembuat

d)

Pembuatan

2.

Pelbagai jenis kereta solar telah ______ sempena Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005

a)

bertanding

b)

ditandingi

c)

menandingi

d)

dipertandingkan

3.

Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan mengetuai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

a)

ura-ura

b)

usul-usul

c)

desas-desus

d)

hura-hara

4.

Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Jitra itu_______ .

a)

corat-coret

b)

kusut-masai

c)

compang-camping

d)

tompok-tompok

5.

Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu.

a)

dipapah

b)

diusung

c)

dikendong

d)

ditolak

6.

Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.

a)

muncul

b)

terpa

c)

terbit

d)

tampil

7.

Majlis diteruskan dengan ______ Encik Sofian naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan,” kata pengacara majlis.

a)

mengajak

b)

menampilkan

c)

mengundang

d)

mempersilakan

8.

Penunggang motosikal yang ______ di bawah kereta itu telah disahkan meninggal dunia

a)

terkepit

b)

tersungkur

c)

terselit

d)

terperosok

9.

Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung mendapat pujian daripada wakil rakyat.

a)

pertunjukan

b)

penunjukan

c)

ditunjukkan

d)

menunjukkan

10.

Proses ______ produk berasaskan bahan mentah itu mengambil masa selama beberapa minggu

a)

keluaran

b)

pengeluaran

c)

mengeluari

d)

dikeluarkan

11.

Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat ______ , namun, mereka tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain.

a)

jauh bau bunga, dekat bau tahi

b)

enggang sama enggang, pipit sama pipit

c)

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

d)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

12.

Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah______ ,” pujuk Rima kepada Raimi.

a)

kalah jadi arang, menang jadi abu

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

berani kerana benar, takut kerana salah

d)

biar pecah diperut, jangan pecah dimulut

13.

Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata pepatah ______ ,” kata ibu.

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

c)

ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

d)

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

14.

Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal di kampung ini. Malangnya, abang menerima teguran itu sekadar ______.

a)

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

b)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

c)

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

d)

banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam

15.

Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya minum.

a)

menatang

b)

menjinjing

c)

memegang

d)

menjunjung

16.

Kami dapat menyaksikan demonstrasi ______ tikar mengkuang semasa melawat ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

a)

menekat

b)

menenun

c)

menyusun

d)

menganyam

17.

Pilih ayat yang betul.

I. Hai! Apa khabar!

II. Wah, pergi engkau dari sini!

III. Syabas, kamu berjaya akhirnya!

IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

18.

Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan ikannya, dia tidak ______ mengeluh.

a)

harus

b)

mahu

c)

pernah

d)

hendak

19.

Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.

a)

mati kutu

b)

mati akal

c)

cari jalan

d)

jalan tengah

20.

Puan Roslin ______ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih dikenali sebagai ______ kerana sikap kedekutnya.

a)

isi hati … isi perut

b)

baik hati … tangkai jering

c)

hati batu … batu loncatan

d)

ringan tangan … tangkai jering

21.

Para pelajar tahun akhir Jabatan Bahasa Melayu ________ mata menyiapkan tugasan mereka

a)

menyengkang

b)

disengkang

c)

tersengkang

d)

bersengkang

22.

Kakak __________ tikar mengkuang di ruang tamu rumah nenek setelah dia selesai menyapu sampah.

a)

menebarkan

b)

membesarkan

c)

menerbangkan

d)

membentangkan

23.

_________ kakak sakit kerana tercucuk tulang ikan goreng yang dimasak oleh emak.

a)

Gegendang

b)

Jejari

c)

Lelangit

d)

Bebola

24.

Hati Damia ________ setelah mengetahui dia gagal untuk masuk ke sekolah berasrama penuh yang selama ini merupakan impiannya.

a)

remuk-redam

b)

calar-balar

c)

bolak-balik

d)

haru-biru

25.

Reka bentuk bangunan Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah itu idea_______ tempatan.

a)

jurubina

b)

juruukur

c)

juruteknik

d)

jurutera

26.

Atur cara majlis Hari Anugerah Cemerlang telah dibincangkan dengan panjang lebar di dalam mesyuarat yang diadakan pada petang semalam. Tiada kesalahan.

a)

Atur cara

b)

telah

c)

di dalam

d)

Tiada kesalahan

27.

Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.

a)

tengik amat

b)

busuk sekali

c)

hapak sungguh

d)

hanyir sekali

28.
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
a)
sungguh selerak
b)
sungguh teramat selerak
c)
paling selerak
d)
paling sungguh selerak
29.
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
a)
agak murah
b)
paling murah sekali
c)
murah teramat
d)
murah-murah sekali
30.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
31.
Adif _______ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.
a)
terlalu gembira
b)
terlalu amat gembira
c)
terlalu paling gembira
d)
paling gembira sekali
32.
Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.
a)
nian indah
b)
indah nian
c)
sungguh indah nian
d)
sungguh indah sekali
33.

Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa seperti yang digambarkan dalam situasi di atas ialah

a)

melakukan kerja dengan gembiranya

b)

bersungut tentang sesuatu yang sudah siap dilakukan

c)

seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

d)

memberikan nasihat tetapi tidak diterima oleh orang yang mendengarnya

34.

Pilih ejaan yang betul

a)

kejaya

b)

kejay

c)

kerjaya

d)

kerjayan

35.

Pilih ejaan yang betul

a)

diskaun

b)

diskaon

c)

discount

d)

diskon

36.

"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.

a)

cik

b)

beliau

c)

saudara

d)

dia

37.

Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.

a)

kita

b)

dia

c)

kamu

d)

beliau

38.

Pilih ayat yang betul.


I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.

II Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.

III Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.

IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hanim.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

39.

"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.


Pilih perkataan sinonim bagi tulen.

a)

unik

b)

benar

c)

asli

d)

istimewa

40.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

41.

Darren bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.

a)

jika

b)

hingga

c)

apabila

d)

sejak

42.

"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.

a)

Ada

b)

Apa

c)

Siapa

d)

Bagaimana

43.

Abu menggunakan ____________ untuk memasang palang untuk membina pondok.

a)

bebiri

b)

kekuda

c)

kekabu

d)

tetupai

44.

Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.


Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?

a)

Bersantap

b)

Bersiram

c)

Mengadap

d)

Berangkat

45.

Darnessa segera menanggalkan _________nya lalu berlari masuk ke dalam rumah.

a)

topi

b)

kaki

c)

kasut

d)

kepala