wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 Perakaunan Penggal 2 STPM

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Jelaskan fungsi perakaunan pengurusan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif sesebuah perniagaan.

a)

· merancang dan mengawal operasi perniagaan yang rutin atau biasa

b)

mengenal pasti dan memperoleh maklumat ekonomi yang relevan

c)

merekodkan maklumat yang telah dikumpulkan secara sistematik

d)

melaporkan maklumat dengan cara dan bentuk yang dapat memnuhi keperluan pengurus-pengurus

2.

Nyatakan tujuan pengumpulan kos

a)

peletakan harga

b)

tindakan susulan

c)

sasaran pasaran

d)

motivasi

3.

Jelaskan maksud kos

a)

nilai aset dikorbankan untuk barangan atau perkhidmatan yang dijangka menafaat kepada perniagaan.

b)

merancang dan mengawal operasi perniagaan yang rutin atau biasa.

c)

memastikan segala aktiviti perniagaan berjalan mengikut perancangan

d)

membuat keputusan dalam jangka pendek dan jangka panjang, iaitu seperti keputusan perletakan harga

4.

Jelaskan maksud belanja

a)

nilai aset yang digunakan untuk memperoleh hasil dan nilai ini terhapus (hangus) dalam tempoh semasa.

b)

Kuantiti yang malar/tetap/sama yang dipesan pada setiap titik pesanan semula

c)

Permintaan, kos pesanan, kos penyimpanan dan masa menunggu setiap pesanan adalah malar/tetap/konstan

d)

Kos belian seunit tidak terkesan/dipengaruhi oleh kuantiti yang dipesan

5.

Nyatakan andaian penggunaan kaedah Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE)

a)

Kuantiti yang malar/tetap/sama yang dipesan pada setiap titik pesanan semula

b)

jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah

c)

perubahan hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan produk untuk dijual

d)

hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual

6.

Nyatakan kegunaan lembaran kos kerja

a)

untuk merekod kos bahan langsung, buruh langsung dan overhed perkilangan dalam pengekosan tempahan kerja

b)

dokumen perniagaan bagi urusniaga jualan dan belian dengan menggunakan tunai atau cek

c)

dikeluarkan oleh pembekal apabila tunai diterima

d)

dokumen perniagaan yang digunakan ketika membeli atau menjual barangan secara kredit

7.

Nyatakan kegunaan nota permintaan bahan

a)

digunakan oleh penyelia jabatan pengeluaran untuk meminta bahan mentah dikeluarkan daripada stor simpanan

b)

dokumen dalaman yang dikeluarkan pemilik untuk urus niaga yang tiada dokumen sokongan

c)

dokumen yang dikeluarkan pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun banknya telah dikreditkan

d)

dokumen yang dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutangnya telah berkurang

8.

Nyatakan kegunaan kad masa kerja

a)

dokumen yang diguna untuk merekodkan masa kerja buruh untuk satu kerja atau satu kelompok kerja

b)

dokumen yang dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutangnya telah bertambah

c)

dokumen dari pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun banknya telah didebitkan

d)

dokumen yang digunakan untuk mendepositkan tunai di tangan ke dalam akaun bank

9.

Nyatakan item yang terdapat dalam nota permintaan bahan

a)

Nombor permintaan bahan(nombor siri, nombor rujukan)

b)

jualan

c)

belian

d)

tunai

10.

Jelaskan persamaan antara perakaunan pengurusan dengan perakaunan kos

a)

mengumpul, menganalsis dan melaporkan maklumat kos kepada pengurusan.

b)

melapor dan mengukur maklumat kewangan dan maklumat bukan kewangan syarikat

c)

meliputi pengumpulan, perekodan, pengelasan, penganalisisan dan pengagihan kos.

d)

output adalah untuk kegunaan pelaporan oleh perakaunan Kewangan