wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Pemahaman 2

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tukang kayu itu menggunakan ketam untuk _______________ beberapa keping papan lantai rumah yang sedang dibinanya itu.

a)

melicinkan

b)

menipiskan

c)

meluruskan

d)

mencantumkan

2.

"Patik sedia _______________ tuanku untuk menyampaikan perkhabaran gembira ini kepada seluruh rakyat jelata," kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

a)

menjunjung duli

b)

menjunjung titah

c)

menjunjung panji

d)

menjunjung warta

3.

"Saya tidak tahan akan bau _______________ apabila berada di tandas awam itu, " kata Zaffran kepada adiknya, Ariel.

a)

tengik

b)

hanyir

c)

haring

d)

masam

4.

Abang mengambil galah yang _______________ untuk menurunkan layang-layangnya yang tersangkut pada dahan pokok rambutan yang _______________ itu.

a)

besar ..... tinggi

b)

pendek ..... sekah

c)

panjang ..... rimbun

d)

rendah ..... rendang

5.

Cik Nur Dania Najwa membeli _______________ kain songket dan dua _______________ baju kebaya batik di Pasar Payang, Kuala Terengganu.

a)

sehelai ..... helai

b)

sepasang ..... helai

c)

sehelai ..... pasang

d)

sepasang ..... pasang

6.

Sultan Mahmud _______________ lanun-lanun itu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.

a)

menjatuhi

b)

dijatuhkan

c)

berjatuhan

d)

menjatuhkan

7.

Pak Cik Ahmad Irfan mencantas beberapa _______________ pisang emas dan pisang nangka yang sudah cukup matang utuk dijual.

a)

biji

b)

sikat

c)

sisir

d)

tandan

8.

Syakirah menerima elaun _______________ apabila dia bekerja pada hari minggu atau pada hari-hari cuti umum.

a)

lebih hari

b)

lebih jauh

c)

lebih masa

d)

lebih penat

9.

Hang Tuah adalah antara pahlawan Melayu yang terbilang dan sangat disegani semasa pemerintahan Kesultanan Melaka.


Pilih perkataan seerti bagi terbilang.

a)

terpuji

b)

terbesar

c)

tertangkas

d)

termasyhur

10.

Pemuda yang tidak siuman itu menjerit-jerit di tepi jalan seolah-olah mengawal pergerakan lalu-lintas ketika itu.


Pilih perkataan berlawan bagi tidak siuman.

a)

gila

b)

waras

c)

matang

d)

terencat