Font size
WorksheetsANEKA PILIHAN 2007
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Mengikut mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, iman seseorang itu
tidak berubah
sentiasa berkurang
sentiasa bertambah
bertambah dan berkurang
· Mendalami ilmu agama
· Banyak berzikir dan berfikir tentang kekuasaan Allah
. Rajin beribadat sunat seperti Qiamullail dan tilawah al Quran
Pernyataan di atas merujuk kepada
ciri-ciri kewujudan iman
syarat-syarat orang beriman
ciri-ciri orang yang bertambah iman
bukti iman bertambah dan berkurang
Berikut adalah akibat perbuatan syirik jali kecuali
rosak akidah
berdosa besar
menjadi murtad
mendapat azab di akhirat
Beriktikad bahawa
· Semua agama adalah sama
· Alam ini akan kekal
. Nabi Isa a.s mati di salib
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri ajaran sesat
Taslim
Bahai
Qadyani
Anti Hadis
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah merujuk kepada murtad
Mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Allah
Melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
berniat meningalkan ajaran Islam
Berminat dengan agama lain
Antara yang berikut, bandingan haji dan umrah yang manakah benar?
Haji : Dilakukan pada masa tertentu
Umrah :Boleh dilakukan pada bila-bila masa
Haji :Ada wukuf
Umrah :Tiada wukuf
Haji : Dam dikenakan pada kesalahan haji sahaja
Umrah : Tidak dikenakan dam
Haji : Ada tawaf widak
Umrah : Tiada tawaf widak
· Barang telah rosak
. Tidak menepati syarat
Pernyataan di atas mengakibatkan sewaan
tidak halal
tamat kontrak
tidak perlu dibayar
tertangguh bayaran
Gambar di atas menunjukkan satu urusan jual beli
Nyatakan rukun jual beli yang terdapat dalam rajah di atas
menutup aurat
melakukan akad
meletakkan tanda harga
menggunakan alat penimbang
Selain ahli, rukun syarikat ialah
bayaran dan barang
modal dan barang
barang dan akad
modal dan akad
Antara pernyataan yang berikut yang manakah syarat-syarat saham diharuskan dalam Islam
Simpanan dalam bank konvesional
Tidak mempunyai unsur spekulasi
Dividen ditentukan secara tetap
Bebas dari unsur riba
Pilih pernyataan yang menunjukkan kepada lafaz kianayah dalam proses suami merujuk isteri yang masih dalam Idah Raj'i
Abang rujuk siti
Baliklah ke rumah abang
Abang rujuk jika siti sudi
abang ambil siti kembali
Daripada Abu Hurairah r.a Sabda Rasulullah SAW : “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, dia enggan, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah, para malaikat melaknatnya hingga ke subuh”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Petikan hadis di atas adalah berkaitan dengan
Nusyuz
fasakh
talak
zihar
susunan perpindahan hak hadhanah (penjagaan anak) sekiranya ibu hilang kelayakan.
nenek sebelah ibu
bapa
X
X adalah mewakili
Datuk
Nenek sebelah bapa
Saudara perempuan seibu
Saudara perempuan seibu sebapa
Antara sumbangan Khalifah Umar bin al Khatab r.a semasa menjadi khalifah ialah
membiayai aktiviti pengumpulan tulisan al Quran
memerangi golongan yang enggan membayar zakat
menyumbang harta kekayaan untuk pertahanan negara
menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran
Kekuatan ekonomi pada zaman kerajaan Umayyah
Pertanian
X
X merjuk kepada
Perikanan
Penternakan
Perdagangan
Perkapalan
Pusat perkembangan ilmu zaman kerajaan Abasiyah ialah
Kufah
Basrah
Madinah
Baghdad
Menghafaz al Quran ketika berumur 10 tahun
Menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun
Antara gurunya ialah al Biruni
Keterangan di atas menerangkan tentang pendidikan
Ibnu Sina
Ibnu Khaldun
Syeikh Tahir Jalaludin
Syeikh Muhammad Abduh
X
Ar Risalah
Al Umm
Al Musnad
Siapakah X
Imam Maliki
Imam Syafie
Imam Hanafi
Imam Hanbali
Maksudnya firman Allah : Orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring (mengiring…)
Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang paling tepat merujuk kepada ayat di atas
Berzikir boleh dilakukan di masjid
Berzikir boleh dilakukan selepas solat
berzikir boleh dilakukan pada waktu malam
Berzikir boleh dilakukan di mana-mana sahaja
Maksud Hadis : Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah
Hadis di atas merujuk kepada dalil
memberi sedekah
memberi salam
akad jual beli
akad nikah
