Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 T4

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Konsep tamadun dari sudut pandangan islam menekankan pembangunan rohaniah.

Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah ?

a)

Ketinggian tatasusila

b)

Ketinggian pemikiran

c)

Kepelbagaian kemahiran

d)

Kepelbagaian kepercayaan

2.

Tulisan tersebut dicipta oleh masyarakat dalam tamadun

a)

Mesopotamia

b)

Mesir Purba

c)

China

d)

Indus

3.

Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu.

Apakah unsur-unsur tersebut?

a)

Bandar dan seni

b)

Lahiriah dan falsafah

c)

Lahiriah dan rohaniah

d)

Bandar dan budaya

4.

Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang.

Hal ini melambangkan

a)

kekayaan

b)

kepatuhan agama

c)

kemahiran pengukir

d)

kekuasaan pemerintah

5.

Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?

a)

Kebebasan mengamalkan sebarang agama

b)

Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi

c)

Kesejahteraan semua lapisan rakyat

d)

Ketinggian tatasusila masyarakat

6.
Gambar 1 adalah bangunan ziggurat.
Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina bangunan tersebut ?
a)
A Penjara bagi rakyat yang melakukan kesalahan
b)
B Tempat menyimpan abu mayat bangsawan
c)
C Kubu pertahanan dari serangan musuh
d)
D Menjalankan upacara keagamaan
7.
Kedua-dua Bandar berikut terdapat dalam tamadun Indus
 Mohenjo Daro
 Harrappa
Apakah faktor kemajuan Bandar tersebut?
a)
A Penambahan penduduk
b)
B Penguasaan ilmu geometri
c)
C Perubahan struktur organisasi
d)
D Perkembangan sistem pengangkutan
8.
Masyarakat dalam Tamadun Indus ( 2000 sebelum Masihi ) berjaya membina bandar terancang tertua di dunia.
Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalahdisebabkan oleh
I Amalan sikap terbuka
II Pertembungan dengan budaya lain
III Perluasan wilayah pemerintahan
IV Kejayaan kegiatan penjelajahan
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
9.
Rajah 1 menerangkan pertembungan Tamadun Indus dengan tamadun awal yang lain.
Apakah kesan pertembungan tersebut ?
a)
A Kawasan pemerintahan meluas
b)
B Bidang sastera berkembang
c)
C Teknologi pertanian maju
d)
D Bandar terancang dibina
10.
Pada Zaman Dinasti Chou di China, pembesar mesti taat setia kepada raja.
Bagaimanakah pembesar membuktikan kesetiaan mereka?
a)
A Mengawal kawasan istana
b)
B Menyerahkan hasil pertanian
c)
C Menggubal undang-undang wilayah
d)
D Memberikan bantuan ketenteraan
11.
Mohenjo-Daro dan Harappa adalah bandar terancang terawal di dunia.

Mengapakah masyarakat Tamadun Indus berjaya membina bandar terancang tersebut?
a)
A Perluasan ajaran agama
b)
B Sistem pemerintahan teokrasi
c)
C Sumbangan golongan bangsawan
d)
D Pertembungan dengan tamadun luar
12.
Gambar 1 berkaitan dengan tamadun awal di China.
Apakah yang berkaitan dengan tulang tersebut?
a)
A Pengenalan sistem tulisan
b)
B Peningkatan status masyarakat
c)
C Pengenalan sistem perundangan
d)
D Peralatan untuk berperang
13.
Rajah 1 menunjukkan bandar dalam Tamadun Indus.
Apakah keistimewaan kedua-dua bandar tersebut?
a)
A Mempunyai pelbagai agama
b)
B Pembinaan secara terancang
c)
C Berfungsi sebagai pelabuhan
d)
D Pentadbiran diketuai pendeta.
14.
Gambar 1 berkaitan dengan simbol Yin dan Yang.
Apakah maksud simbol tersebut ?
a)
A. Mandat dari syurga
b)
B. Pemujaan roh nenek moyang
c)
C. Unsur alam yang saling melengkapi
d)
D. Ramalan peristiwa yang akan berlaku
15.
Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja.
Apakah bentuk sistem beraja tersebut ?
a)
A Oligarki
b)
B Demokrasi
c)
C Aristokrasi
d)
D Teokrasi
16.
Apakah sumbangan Imhotep terhadap Tamadun Mesir Purba.
a)
A. Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
b)
B. Memajukan teknologi bidang pertanian
c)
C. Menggubal undang-undang
d)
D. Mencipta sistem tulisan
17.
Antara berikut yang manakah kepercayaan yang diasaskan oleh tamadun Hwang Ho dan diamalkan hingga ke hari ini?
a)
A  Pemujaan dewa-dewi
b)
B  Pemujaan roh nenek moyang
c)
C  Memuja bukit- bukau dan gunung- ganang
d)
D  Memuja matahari,bulan,dan bintang
18.
Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas?
a)
A. Cap mohor
b)
B. Batu bersurat
c)
C. Tembikar tanah
d)
D. Gendang gangsa
19.
Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?
a)
A. Perluasan pengaruh
b)
B. Pertukaran teknologi
c)
C. Penyebaran agama Hindu
d)
D. Perkembangan bidang penulisan
20.
Perkara berikut merujuk kepada negara kota yang berkembang di sepanjang lembah sungai.
​
• Kish • Uruk • Ur
​​​​Apakah tamadun yang dapat dikaitkan dengan negara-negara kota tersebut?
 
a)
Indus
b)
Mesir
c)
Hwang Ho
d)
Mesopotamia
21.
Perkara berikut berkaitan sistem tulisan tamadun awal manusia.
 
• Hieroglif • Cuneiform • Ideogram ​
Apakah persamaan sistem tulisan tersebut dari segi peranan dan kepentingannya dalam masyarakat masing masing?

   I Penyebaran ilmu pengetahuan
 II Perhubungan dalam masyarakat
 III Memudahkan pentadbiran
 IV Mempelbagaikan kaedah komunikasi
 
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
 II dan III
d)
III dan IV
22.
Sekiranya anda adalah seorang rakyat biasa dalam masyarakat Mesopotamia, apakah pekerjaan yang mungkin anda lakukan? 
a)
 Petani 
b)
Pendeta 
c)
Jurutulis
d)
 Ketua tentera
23.
Bandar-bandar utama Tamadun Indus memperlihatkan ciri-ciri berikut.
 
• Air dan kumbahan dari rumah disalir keluar melalui paip ke longkang. • Longkang tidak ditutup terus untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan. • Bahan buangan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar.

​Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang masyarakat Indus pada zaman tersebut?
a)
Berilmu pengetahuan
b)
Menitikberatkan gaya hidup sihat 
c)
Mempunyai sistem saliran yang sempurna 
d)
Mempunyai tenaga kerja yang mencukupi
24.
Apakah sumbangan tamadun berikut terhadap Tamadun Indus?
​
• Tamadun Mesopotamia
 • Tamadun Mesir Purba
 
a)
Perancangan bandar
b)
Ilmu astronomi
c)
Bidang pertanian 
d)
Kegiatan pertanian
25.
Raja Mesopotamia membina zigurat.
​Apakah fungsi binaan tersebut?
 
a)
 Pusat pelabuhan
b)
Pusat pungutan cukai 
c)
Pusat menggubal undang-undang
d)
Pusat penyimpanan khazanah negara
26.
Senarai berikut merujuk kepada lokasi tamadun awal manusia.
​​
• Lembah Sungai Euphrates • Lembah Hwang Ho • Lembah Sungai Indus

​Mengapakah lokasi tersebut dipilih?
 
a)
Mengawal pungutan cukai
b)
Memuja semangat alam sekita
c)
Memudahkan menjalani kehidupan harian
d)
Menjadikan sempadan antara wilayah
27.
Pembentukan tamadun Mesopotamia di bahagian utara bandar Bahgdad juga dikenal sebagai 
a)
Akkad 
b)
 Assyria
c)
Babylon
d)
Zab
28.
Apakah sumbangan tamadun manusia yang dapat dikaitkan dengan kejayaan-kejayaan berikut?
​
• Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. • Hukuman dan denda setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis.  
   
a)
Epik Gilgamesh
b)
Sistem tulisan cuneiform
c)
Kod Undang-Undang Hammurabi 
d)
Sistem pemerintahan beraja
29.
Maklumat di bawah menunjukkan antara sumbangan tamadun awal.
​
500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.

Tamadun awal manakah yang berjaya memberi sumbangan demikian?
 
a)
Tamadun Hwang Ho
b)
Tamadun Indus
c)
amadun Mesopotamia
d)
Tamadun Mesir Purba
30.
Maklumat berikut menunjukkan kejayaan yang dicapai oleh Firaun Hatshepsut.
 
Penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kejayaan tersebut?

a)
Firaun Mesir pertama ialah wanita
b)
Pemerintahan Firaun penuh dengan pembaharuan
c)
Wanita dalam Tamadun Mesir Purba mampu memerintah
d)
Masyarakat Mesir Purba memperjuangkan hak persamaan jantina
31.
Monolog berikut berkaitan dengan pandangan Islam terhadap konsep tamadun.
“Tamadun ialah pencapaian
tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan
yang luhur oleh sesebuah
masyarakat.”

Syed Naquib al-Attas

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang konsep tamadun menurut pandangan Islam?
a)
Tamadun merangkumi lahiriah dan rohaniah
b)
Pandangan Islam disokong oleh sarjana Barat 
c)
Tidak terdapat perbezaan di antara konsep Barat dan Islam 
d)
Konsep tamadun dalam Islam hanya bertumpu pada rohaniah
32.
Apakah peranan bandar dalam Tamadun Hwang Ho?
 I Pusat pentadbiran
 II Pusat perdagangan
 III Pusat kebudayaan dan kesenian
 IV Kediaman golongan bangsawan dan golongan agama 
a)
 I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III 
d)
III dan IV
33.
Salah satu kejayaan Tamadun Mesopotamia ialah ciptaan roda.
Apakah kesan daripada penciptaan tersebut?
 
a)
Penghasilan arca 
b)
Penciptaan kincir air
c)
Kelicinan pentadbiran
d)
Kemajuan perdagangan
34.
Pokok papyrus banyak tumbuh di Lembah Nil.
Apakah kepentingan pokok tersebut?
a)
Mengawal banjir 
b)
Menghasilkan kertas 
c)
Membekalkan bahan api 
d)
 Menjadi benteng pertahanan
35.
Apakah pandangan sarjana berikut tentang konsep tamadun?
​
• Richard Sullivan
 • Syed Naquib al-Attas
     
a)
Mengakui kepentingan rohaniah
b)
Mengutamakan pencapaian lahiriah
c)
 Menekankan pembangunan kebudayaan
d)
Mementingkan kemajuan undang-undang
36.
Artifak berikut telah ditemui di Lembah Indus.
 
Patung Proto-Siva duduk bersila stail yoga dengan tiga tanduk di kepala yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu, dan Siva.  
a)
Menjalankan perdagangan 
b)
Mempunyai amalan agama
c)
Mengamalkan agama Hindu
d)
Membuat catatan bertulis
37.
Bagaimanakah anda membuktikan kebenaran pernyataan berikut?
 
Tamadun Hwang Ho yang wujud kira-kira 5000 tahun dahulu masih mempunyai pengaruh dan relevan pada hari ini.   I Ideogram II Feng Hsui III Konsep Yin dan Yang IV Sistem pemerintahan beraja 
a)
 I dan II 
b)
II dan III
c)
I dan IV
d)
III dan IV
38.
Agama tamadun awal dikenal sebagai politeisme.
Apakah maksud politeisme?
 
a)
Mempunyai agama 
b)
Menghormati roh unsur alam
c)
Menyembah lebih daripada satu tuhan
d)
Menganggap raja sebagai wakil tuhan
39.
Apakah sumbangan utama Tamadun Mesir kepada ketamadunan manusia?
a)
Seni bina
b)
 Ciptaan roda 
c)
Teknik pertanian 
d)
Sistem perundangan
40.
Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Tamadun Mesopotamia?
a)
Serangan Parsi
b)
Rebutan takhta 
c)
Pertembungan budaya 
d)
Serangan tentera Indus