Font size
WorksheetsSPM K1 T4B9
Total questions: 45
Worksheet time: 4hrs 41mins
SPMU 2018
Mengapakah Parlimen Britain meluluskan Akta Pemagaran pada abad ke-18 ? T4 B9 ms 228 [ P1 B2-B5 ]
Memajukan kegiatan pertanian
Memperluas kawasan perindustrian
Menggalakkan penggunaan mesin
Menjamin hak pemilik tanah
SPMU 2018
Gambar 2 menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan Luddite di Britain pada abad ke-10.
T4 B9 ms 235 [ P7 B6-B8 ] ms 236 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Mengapakah kumpulan Luddite bertindak demikian?
Kadar upah rendah
Masa bekerja panjang
Kanak-kanak dieksploitasi
Penggunaan mesin meluas
SPM 2017
Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat. T4 B9 ms 216 [ P2 B5 ] Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja ?
Mengamalkan sistem perhambaan
Mementingkan keperluan akhirat
Mengenakan cukai yang tinggi
Mendukung sistem monarki
SPM 2017
Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah ? T4 B9 ms 215 [ P4 B3-B4 ]
Melindungi para petani
Mentadbir wilayah takluk
Mengetuai aktiviti gereja
Menaungi para seniman
SPM 2017
Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluaskan jajahan mereka? T4 B9 ms 238 [ P1 B15 ]
Beban Orang Putih
Asia Untuk Orang Asia
Tugas Menyebarkan Tamadun
Kemakmuran Bersama Asia
SPMU 2017
Pernyataan berikut berkaitan dengan perubahan di Eropah pada abad ke-18.
Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku? T4 B9 ms 234 [ P1 B3 & B4 ]
Kemasukan buruh luar
Kemajuan kemudahan asas
Perkembangan bidang pertanian
Perkembangan sektor perindustrian
SPMU 2017
Revolusi Pertanian berlaku di Eropah pada abad ke-18. T4 B9 ms 230 [ P1 B3]
Apakah sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian?
Membekalkan tenaga mahir
Menyediakan kawasan
Membekalkan modal
Menyediakan kemudahan asas
SPM 2016
Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah? T4 B9 ms 215 [ P3 B1-B3 ]
Sistem feudal runtuh
Kerajaan pusat lemah
Ilmu pengetahuan terhad
Institusi agama merosot
SPM 2016
Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat. Mengapakah kritikan tersebut berlaku? T4 B9 ms 221 [ P1 B6 ]
Perpecahan sesama penganut
Peningkatan kadar cukai
Kepincangan amalan
Perbezaan mazhab
SPMU 2016
Gambar 2 menunjukkan suasana penjualan surat pengampunan( indulgences ) di Eropah pada abad ke -16. T4 B9 ms 221
Mengapakah Marthin Luther menentang penjualan surat pengampunan tersebut? [ P1 B13-B14 ]
Menjejaskan kedudukan bangsawan
Menyekat perkembangan ekonomi
Menghalang kemajuan pendidikan
Menggugat kesucian ajaran agama
SPMU 2016
Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut ? T4 B9 ms 219 [ P2 B5-B6 ]
Pengukuhan sistem feudal
Penghargaan terhadap seni
Peningkatan kuasa gereja
Peluasan tanah jajahan
SPM 2015
Akta Antipenggabungan ( Anti- Combination Act ) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian. T4 B9 ms 236 [ P2 B1-B5 ]
Akta tersebut menyebabkan
Buruh asing dilarang bekerja
Gaji pekerja tidak meningkat
Harga barang berkurangan
Wanita dilarang bekerja di kilang
SPM 2015
Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16.
Becker : Saya banyak dosa. Bolehkah saya menebus dosa saya ?
Jacob : Boleh. Beli saja surat pengampunan daripada gereja
Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas? T4 B9 ms 221 [ P1 B13-B14 ]
Ajaran agama diseleweng
Kadar jenayah meningkat
Rakyat jelata tertindas
Kuasa raja tercabar
SPMU 2015
Mengapakah kuasa Barat menggunakan slogan berikut dalam misi penjajahan mereka ke Timur? T4 B9 ms 238 [ P1 B14-B15 ]
The white man’s burden ( beban orang putih )
Mission civilisatrice ( menyebarkan tamadun )
Menghalalkan tindakan menceroboh negara lain
Memajukan kehidupan masyarakat peribumi
Mengekalkan pemerintahan tempatan
Mengelakkan perlumbaan senjata
SPMU 2015
Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance. Apakah peranan golongan tersebut? T4 B9 ms 218 [ P2 B8 & B9 ]
Menyebarkan agama
Menjelajah ke kawasan luar
Menganggotai pasukan tentera
Menaungi golongan pelukis
SPM 2014
Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada Zaman Gelap? T4 B9 ms 216 [ P2 B3 ]
Memiliki banyak tanah
Berhak mengutip cukai
Mendapat sokongan petani
Bergiat dalam perdagangan
SPM 2014
Rajah 2 menunjukkan perubahan sumber tenaga kepada Tenaga X di Eropah pada abad ke-18.
Apakah Tenaga X? T4 B9 ms 232 [ P1 B3 ]
Wap
Gasolin
Elektrik
Matahari
SPMU 2014
Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19. Mengapakah gerakan tersebut muncul? T4 B9 ms 235 [ P7 B7-B8 ]
Menentang penggunaan mesin
Menentang penggunaan buruh wanita
Membantah pengurangan masa bekerja
Membantah penubuhan persatuan pekerja
SPMU 2014
Mengapakah negara berikut menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke19? T4 B9 ms 237 [ P4 B2-B3 ]
- China
- India
Tanah yang subur
Kekayaan bahan mentah
Pasaran keluaran kilang barat
Pelabuhan perdagangan
SPM 2013
Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16? T4 B9 ms 224 [ P3 B1-B2 ]
Mengaut keuntungan
Memperoleh hamba abdi
Menyebarkan ilmu pengetahuan
Memperkenalkan sistem pemerintahan
SPM 2013
Maklumat menerangkan tentang seorang tokoh yang telah memperkenalkan satu sistem tanaman di Britain semasa Revolusi Pertanian.
Lord Townshend ---- Memperkenalkan sistem penanaman secara bergilir
Apakah kelebihan sistem tersebut? T4 B9 ms 228 [P5 B2-B3] ms 229 [P1 B1]
Kesuburan tanah dikekalkan
Penggunaan jentera digalakkan
Tanaman yang sama diusahakan
Tanah digunakan sepanjang tahun
SPM 2012
Jadual 6 berkaitan dengan tokoh di Eropah pada abad ke-15.
Penyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut? T4 B9 ms 223 [ P3 B1-B6 ]
Penerokaan kawasan timur
Pembukaan pelabuhan baru
Peperangan sesama mazhab
Perebutan takhta pemerintahan
SPM 2012
Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman Kemuncak Pertengahan.
Artisan Pedagang Ahli Perbankan
Apakah faktor kemunculan golongan tersebut? T4 B9 ms 216 [ P5 B7-B9 ]
Kehadiran orang Gasar
Kelahiran golongan Baron
Pengukuhan institusi parlimen
Pembukaan bandar-bandar besar
SPM 2011
Pada abad ke-16, gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat. Apakah bidang yang berkaitan dengan gerakan tersebut? T4 B9 ms 220 [ P5 B6 ]
Politik
Agama
Kewangan
Pendidikan
SPM 2011
Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional. Apakah persamaan tersebut? T4 B9 ms 216 [ P1 B1-B2 ]
Raja pemilik tanah secara mutlak
Golongan agama menerajui pentadbiran
Petani berpeluang meningkatkan status sosial
Rakyat berhak memilih pemerintah
SPM 2010
Jadual berikut berkaitan dengan penciptaan mesin di England.
Apakah kepentingan ciptaan alat tersebut ? T4 B9 ms 231 [ RAJAH ]
Memintal benang
Menjana kuasa
Mengepam air
Melebur besi
SPM 2010
Bandar berikut muncul pada zaman Kemuncak Pertengahan (1300-1600 Masihi) di Itali
Venice Milan Florence
Apakah faktor kemunculan bandar tersebut? T4 B9 ms 217 [ P2 B13-B14 ]
Keseragaman undang-undang
Peluasan wilayah kekuasaan
Kemajuan perdagangan
Kekayaan sumber alam
SPM 2009
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun 1494. Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap kedua-dua buah negara? T4 B9 ms 224 [ P1 B8-B9 ]
Pengukuhan institusi gereja
Wujud kerjasama ketenteraan
Perkongsian pelabuhan di timur
Pembahagian kawasan penjelajahan
SPM 2009
Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada abad ke- 15? T4 B9 ms 225 [ P7 B2 ] ms 226 [ P1 B1 ]
Mexico Peru
Tamadun tempatan tergugat
Pemerintahan tempatan dikekalkan
Taraf hidup masyarakat meningkat
Perdagangan antarabangsa berkembang
SPM 2008
Maklumat berikut mununjukkan kemunculan golongan baru dalam era Reformation di Eropah.
Abad ke-16 --- Kemunculan golongan yang mengendalikan Counter Reformation
Apakah peranan golongan tersebut? T4 B9 ms 222 [ P1 B10 ]
Menyekat perkembangan kuasa bangsawan
Memperkukuh kuasa golongan monarki
Memperluas ajaran agama Kristian
Mempertahankan gereja katolik
SPM 2008
Apakah aspek yang ditekankan oleh gereja Katolik pada Zaman Pertengahan di Eropah? T4 B9 ms 216 [ P2 B5 ]
Penguasaan kemahiran teknologi
Pengukuhan institusi keluarga
Penerokaan wilayah baru
Pembelajaran ilmu akhirat
SPM 2007
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494. Apakah kesan perjanjian tersebut? T4 B9 ms 224 [ P1 B7-B9 ]
Kemunculan negara baru
Keruntuhan institusi beraja
Pembayaran pampasan perang
Pembahagian kawasan pengaruh
SPM 2007
Rajah di atas menerangkan keadaan di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom. T4 B9 ms 215 [ P3 B1-B2 ] Apakah Zaman X?
Zaman Renaissance
Zaman Pertengahan
Zaman Peralihan
Zaman Gelap
SPM 2007
Dialog di atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17. Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A? T4 B9 ms 225 [ P4 B2-B3 ]
Mencari pasaran
Mencipta kapal wap
Mendirikan lebih banyak kilang
Mengadakan hubungan diplomatik
SPM 2006
Sepanyol ---- Ferdinand Aragon
Portugal ---- Putera Henry
Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut? T4 B9 ms 223 [ P3 B1- B6 ]
Penerokaan kawasan Timur
Pelayaran mengelilingi dunia
Perebutan takhta pemerintahan
Peperangan semasa mazhab Kristian
SPM 2005
Dialog di atas mungkin berlaku antara dua orang penganut agama Kristian pada abad ke-16 di Eropah? Mengapakah Martin Luther menentang amalan tersebut? T4 B9 ms 221 [ P1 B13-B 14 ]
Pegangan agama longgar
Peningkatan kadar jenayah
Penindasan terhadap rakyat
Penyelewengan amalan agama
SPM 2005
Mengapakah negara di Timur menjadi sasaran orang Eropah pada abad ke-16? T4 B9 ms 237 [ P4 B2-B3 ]
Memasarkan hasil keluaran
Membekalkan tenaga buruh
Memajukan masyarakat tempatan
Mempunyai kekayaan sumber alam
SPM 2005
Pada tahun 1883, Akta Kilang telah digubal bagi melindungi kepentingan pekerja di Britain. T4 B9 ms 236 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan akta tersebut?
Penggunaan mesin ditegah
Pengambilan buruh mahir ditingkatkan
Melarang wanita bekerja di lombong arang batu
Melarang kanak-kanak bawah sembilan tahun bekerja
SPM 2005
Pada zaman Revolusi Perindustrian Akta Antipenggabungan melarang penubuhan Kesatuan Sekerja
Merujuk pernyataan di atas, apakah implikasinya kepada pekerja? T4 B9 ms 236 [ P2 B14 & B15 ]
Kenaikan gaji disekat
Wanita dilarang bekerja
Pergaulan pekerja disekat
Eksploitasi pekerja dilarang
SPM 2004
Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik gereja Katolik semasa Gerakan reformation? T4 B9 ms 221 [ P1 B6 ]
Kefahaman agama bercanggah
Perpecahan di kalangan pengikut
Pembaharuan ditentang penganutnya
Kepincangan amalan penguasa gereja
SPM 2004
Apakah sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian di Britain pada abad ke-18? T4 B9 ms 230 [ P1 B3 & P2 B1-B2 ]
Menyediakan sumber modal
Menyediakan bahan makanan
Menyediakan keperluan alat ganti
Menyediakan sistem pengangkutan
SPM 2004
Revolusi Perindustrian ------> Pengeluaran berlebihan
Merujuk kepada rajah di atas, bagaimanakah kerajaan Britain mengatasi masalah tersebut? T4 B9 ms 234 [ P5 B3 ]
Hasil dijadikan stok penimbal
Harga pasaran barangan dikurangkan
Barangan diagihkan kepada masyarakat tempatan
Produk diperdagangkan di peringkat antarabangsa
SPM 2004
Mengapakah struktur kegiatan ekonomi peribumi di Tanah Melayu diubah oleh British? T4 B9 ms 237 [ P4 B3-B4 ]
Menggalakkan pertumbuhan bandar
Memenuhi keperluan industri Britain
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
SPM 2018
Akta berikut digubal di Britain semasa Revolusi Perindustrian.
Akta Kilang
Akta Lombong
Mengapakah akta tersebut digubal? T4 B9 ms 236 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Melindungi nasib pekerja
Meningkatkan upah buruh
Memaksimumkan guna tenaga
Membenarkan penubuhan persatuan
SPM 2018
Revolusi Perindustrian menyebabkan Britain dan kuasa Eropah lain bertindak menguasai negara lain. Mengapakah Britain dan kuasa Eropah lain bertindak demikian? T4 B9 ms 237 [ P1 B1-B7 ]
Meneroka pasaran baharu
Menghapuskan penindasan
Mengeksport tenaga kerja asing
Memajukan masyarakat peribumi
