WorksheetsSEJARAH B9T4 KBSM
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Mengapakah selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah dikatakan menghadapi Zaman Gelap?
Penduduknya hidup secara berpindah-randah
Pengaruh gereja semakin kuat di Eropah
Sistem pendidikan yang tidak terurus
Kemerosotan dalam bidang ilmu dan ekonomi
Apakah tukaran yang patut diberi oleh tuan tanah selepas mendapat perlindungan daripada raja?
Membayar cukai kepada raja
Menyerahkan tanah kepada raja
Menjadi petani di tanah milik raja
Memberi sebahagian hasil kepada raja
DUA ciri persamaan sistem feudal di Eropah dengan di Tanah Melayu.
Raja berkuasa mutlak
Pembesar mendapat naungan pihak istana
Ahli agama menjadi penaung utama dalam masyarakat
Golongan hamba akan memberi khidmat kepada ahli agama
DUA ciri sistem sosial masyarakat feudal Eropah.
Terdapat beberapa lapisan bangsawan
Raja menjadi penaung utama dalam negara
Wujud pembesar yang menjadi golongan hamba
Rakyat boleh menjadi bangsawan melalui sistem pendidikan
Bagaimanakah Gereja Katolik menjadi institusi yang amat berkuasa pada Zaman Gelap di Eropah?
Mendapat pengiktirafan raja
Menekankan ilmu keakhiratan
Menjual surat pengampunan dosa
Menguasai sistem sosial masyarakat
DUA sebab perdagangan tidak meluas pada Zaman Pertengahan di Eropah.
Masalah modal
Kelemahan teknologi
Serangan orang gasar
Penguasaan pedagang Islam
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan ekonomi pada Zaman Gelap?
Kemajuan perdagangan
Tumpuan pada sektor pertanian
Perkembangan bandar-bandar besar
Penggunaan mata wang secara meluas
DUA perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengahan.
Kemajuan pertanian
Kepadatan penduduk
Kemunculan bandar
Kewujudan kaum tani
Apakah kesan terhadap perkembangan bandar pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah?
Penubuhan institusi politik
Kemantapan pentadbiran pusat
Lahirnya golongan pertengahan
Kemakmuran perdagangan antarabangsa
DUA bukti yang menunjukkan manusia pada Zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
Kesediaan meneroka bidang baharu
Keupayaan mengindahkan bandar
Kemampuan meningkatkan hasil
Kebolehan mencari penyelesaian masalah
Mengapakah Zaman Renaissance bermula di Itali?
Kewujudan bandar pelabuhan
Kemunculan pedagang kaya
Kemunculan monarki baharu
Kemajuan ekonomi sara diri
Zaman Renaissance bermula di Itali dan merebak ke seluruh Eropah. Apakah kesan politik Zaman Renaissance?
Pengukuhan tentera
Kelemahan kerajaan pusat
Kemunculan monarki baharu
Penggubalan undang-undang
Gerakan Reformation ialah suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16. Apakah yang dapat dikaitkan dengan gerakan tersebut?
Agama
Pertanian
Pentadbiran
Perdagangan
Martin Luther menentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh Gereja Katolik pada abad ke-16. Apakah penyelewengan tersebut?
Pengajaran ilmu keakhiratan
Perlindungan kepada kaum tani
Penjualan surat pengampunan dosa
Pembentukan Gerakan Counter Reformation
Bagaimanakah status individu diukur pada Zaman Kemuncak Pertengahan?
Kekayaan
Pemilikan tanah
Taraf pendidikan
Peranan dalam masyarakat
Antara berikut, tokoh manakah digelar Bapa Humanisme?
Thomas More
Giovanni Bocaccio
Francesco Petrarch
Niccolo Machiavelli
Apakah kepentingan bandar Venice dan Florence?
Pusat pertanian terkenal
Pusat penguasaan Gereja Katolik
Pusat perdagangan antarabangsa
Pusat penyebaran agama Kristian
DUA pengajaran yang boleh didapati dari Zaman Renaissance.
Mempunyai sifat inkuiri
Meneroka bidang baharu
Mengutamakan kegiatan perdagangan
Memupuk sikap mementingkan diri sendiri
Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo terkenal pada Zaman Renaissance. Apakah bidang kepakaran mereka?
Muzik
Lukisan
Matematik
Pertukangan
Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan gerakan Reformation di Jerman?
Kemajuan pertanian
Penciptaan mesin cetak
Perkembangan perdagangan
Kemajuan kapal berkuasa wap
DUA kesan gerakan Reformation terhadap masyarakat Eropah?
Kuasa gereja semakin kukuh dan kuat
Sistem pentadbiran pusat yang berkesan
Agama Kristian berpecah kepada dua mazhab
Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab
Pada tahun 1453, Turki berjaya menguasai Istanbul. Apakah implikasi peristiwa tersebut kepada kuasa Eropah?
Bermulanya Zaman Gelap di Eropah
Kuasa Eropah mencari laluan alternatif ke Timur
Berlakunya Revolusi Pertanian dan Perindustrian
Mendorong kuasa Eropah meneroka Lautan Hindi
Mengapakah kerajaan Sepanyol berusaha menjajah daerah Amerika Latin (Dunia Baru)?
Menyaingi kuasa British
Mendapatkan emas dan perak
Memperkenalkan pentadbiran moden
Mentamadunkan masyarakat tempatan
Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas ditandatangani antara Portugal dengan Sepanyol. Apakah kesan perjanjian tersebut?
Keruntuhan institusi beraja
Kewujudan masyarakat baharu
Pembahagian kawasan pengaruh
Pengenalan Revolusi Perindustrian
DUA perubahan yang berlaku semasa Revolusi Pertanian.
Penggunaan peralatan baharu dan penggunaan baja
Pemilikan tanah persendirian kepada tanah awam
Golongan petani semakin kaya dan berkuasa
Kuantiti hasil pertanian dapat dipertingkatkan
Apakah kesan pengenalan sistem penanaman secara bergilir oleh Lord Townshend semasa Revolusi Pertanian?
Kemerosotan harga hasil pertanian
Petani dikenakan pelbagai jenis cukai
Petani cuba mengusahakan tanaman baharu
Meningkatkan kesuburan tanah dan hasi pertanian
Apakah kesan rekaan enjin berkuasa wap oleh Newcomen?
Meningkatkan hasil pengeluaran arang batu
Mempercepat kerja-kerja menenun kain
Memperkenalkan sistem penanaman bergilir
Memudahkan proses pengeluaran stoking dan renda
DUA mesin yang berkaitan dengan industri tekstil.
Water Frame
Spinning Jenny
Lokomotif Rocket
Enjin berkuasa wap
Apakah sumber tenaga baharu yang digunakan secara meluas di Eropah pada abad ke-18?
Tenaga wap
Tenaga solar
Kuasa elektrik
Kuasa kincir air
Bagaimanakah Britain mengatasi masalah lebihan keluaran hasil daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian?
Disimpan sebagai stok penimbal
Diagihkan kepada penduduk tempatan
Diperdagangkan di peringkat antarabangsa
Dijual di dalam negara dengan harga murah
Apakah punca berlakunya Pergerakan Luddite di Britain pada awal abad ke-19?
Menuntut kenaikan gaji
Membantah penggunaan mesin
Melarang majikan membuka kilang baharu
Meminta wanita bekerja di lombong arang batu
Apakah kesan pengenalan Akta Antipenggabungan di Britain kepada pekerja?
Kenaikan gaji
Eksploitasi wanita
Larangan menubuhkan kesatuan
Tidak bekerja melebihi 9 jam sehari
DUA perkara yang boleh dikaitkan dengan Akta Kilang yang digubal pada tahun 1833 di Britain.
Penubuhan kesatuan sekerja dibenarkan di kilang
Majikan perlu memastikan keselamatan pekerja
Kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun dilarang bekerja
Wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan bekerja di lombong
Apakah maksud imperialisme?
Sikap ingin tahu tentang dunia di luar Eropah
Usaha mentamadunkan masyarakat luar Eropah
Penguasaan sesebuah negara kuat terhadap negara yang lemah
Semangat berlumba-lumba untuk menjadi kuasa paling kuat di dunia
Apakah kuasa Barat yang mendahului negara Eropah yang lain sebagai kuasa imperialis?
Itali
Britain
Jerman
Perancis
Mengapakah kuasa Eropah menjelajah ke Asia pada abad ke-16?
Mengaut keuntungan
Memajukan pendidikan
Memperkenalkan teknologi
Mendapatkan tenaga buruh
Menjelang tahun1830-an, negara Eropah dan Amerika Syarikat memperkenalkan peraturan tarif untuk melindungi industri di negara masing-masing. Apakah kesan peraturan tarif tersebut kepada Britain?
Meminta bantuan Jepun
Memperkenalkan dasar ekonomi terbuka
Mencari pasaran baharu di Asia dan Afrika
Mengurangkan keluaran perindustriannya
DUA faktor selain ekonomi yang mendorong imperialisme Barat.
Mengembangkan agama Kristian
Mempelajari tamadun Asia Tenggara
Berusaha menjadikan Asia sebagai negara maju
Berlumba-lumba menjadi kuasa yang kuat
Kuasa Barat telah membawa masuk buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja di tanah jajahan. Apakah implikasi dasar tersebut kepada tanah jajahan?
Membuka lebih banyak bandar baru
Kemajuan dalam bidang perindustrian
Perubahan demografi dan komposisi etnik
Mempelbagaikan budaya penduduk tempatan
DUA nilai yang boleh kita contohi daripada pelaut Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan ke Timur?
Keadilan
Kerjasama
Kegigihan
Keberanian
