wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2017 SPM

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri tamadun.

Apakah X ?

a)

Kemajuan sistem perhubungan

b)

Hubungan antara kerajaan

c)

Kehidupan berorganisasi

d)

Perkembangan ekonomi

2.

Mengapakah masyarakat Athens mementingkan sistem pendidikan ?

a)

Mengukuhkan kedudukan politik

b)

Memperkuat anggota tentera

c)

Memajukan bidang ekonomi

d)

Melahirkan rakyat yang seimbang

3.

Mengapakah semua tamadun awal dunia tertumpu di lembah sungai?

a)

Mempunyai tanah yang subur

b)

Mengekalkan warisan tradisi

c)

Mendapat mandat tuhan

d)

Memudahkan perhubungan

4.

Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti Mohenjo – Daro dan Harappa.

a)

Lokasi stategik

b)

Penduduk ramai

c)

Bidang geometri yang maju

d)

Sumber alam yang banyak

5.

Apakah perkara yang membezakan kerajaan agraria dan kerajaan maritim?

a)

Kegiatan ekonomi

b)

Lokasi kerajaan

c)

Anutan agama

d)

Sistem pemerintahan

6.

Kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua berkembang kerana

a)

banyak bekalan hasil pertanian

b)

mendapat perlindungan kuasa asing

c)

terdapat perlabuhan untuk kegiatan perdagangan

d)

terletak di kawasan pedalaman yang subur

7.

Mengapakah masyrakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

a)

Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai

b)

Mengamalkan penyembahan berhala

c)

Hidup berpecah belah

d)

Tidak jujur dalam perniagaan

8.

Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah ?

Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

a)

Menjalin hubungan diplomatik

b)

Mengelakkan penindasan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Memenuhi jemputan pemerintah

9.

Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah.

Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?

a)

Mengambil tindakan ketenteraan

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Menghantar bayaran ufti setiap tahun

d)

Menandatangani perjanjian persahabatan

10.

Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaan Madinah.

 Mendapat hak yang sama

 Jaminan keselamatan


Hak tersebut terjamin selagi mereka

a)

terlibat dalam pentadbiran negara

b)

berkhidmat sebagai tentera

c)

mematuhi prinsip piagam

d)

menghormati ajaran Islam

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

 Empangan Abu Musa di Basyrah

 Terusan Amirul Mukminin di Mesir


Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut ?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengelakkan banjir berlaku

c)

Meningkatkan produk pertanian

d)

Meningkatkan kegiatan perdagangan

12.

Jadual 2 menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW

Apakah X ?

a)

Secara warisan

b)

Pemilihan rakyat

c)

Keputusan majlis tahkim

d)

Cadangan khalifah terdahulu

13.

Jadual 3 menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah ?

a)

Mengharapkan anugerah

b)

Menguasai kerajaan

c)

Menarik perhatian rakyat

d)

Menyekat pengarauh agama lain

14.

Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut ?

a)

Cekap dalam pentadbiran

b)

Mengamalkan sifat jujur

c)

Mahir dalam perniagaan

d)

Setia kepada bangsawan

15.

Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisonal.

Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh ?

a)

Melalui pendidikan formal

b)

Menggunakan kekuatan tentera

c)

Memantapkan adat istiadat

d)

Menjalin hubungan luar

16.

Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh sistem pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

 Makhdum Sayid Abdul Aziz

 Maulana Abu Bakar


Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Menjadi penasihat raja

b)

Mengurus kegiatan ekonomi

c)

Menjadi utusan ke luar negeri

d)

Menggubal peraturan rasmi istana

17.

Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.

Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja ?

a)

Mengamalkan sistem perhambaan

b)

Mementingkan keperluan akhirat

c)

Mengenakan cukai yang tinggi

d)

Mendukung sistem monarki

18.

Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah ?

a)

Melindungi para petani

b)

Mentadbir wilayah takluk

c)

Mengetuai aktiviti gereja

d)

Menaugi para seniman

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasyukan buruh asing ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.

 Sistem kontrak

 Sistem kangani


Mengapakah sistem tersebut dimansuhkan ?

a)

Penindasan terhadap buruh berleluasa

b)

Pengurangan hasil perlombongan

c)

Kemelesetan ekonomi dunia

d)

Ketidakseimbangan antara kaum berlaku

20.

Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluaskan jajahan mereka?

a)

Beban Orang Putih

b)

Asia Untuk Orang Asia

c)

Tugas Menyebarkan Tamadun

d)

Kemakmuran Bersama Asia Timur

21.

Mengapakah Jose Rizal dijatuhi hukuman bunuh oleh penjajah Sepanyol?

a)

Bersubahat dengan Amerika Syarikat

b)

Dituduh menyertai gerakan pemberontakan

c)

Disyaki mengkhianati agama Kristian

d)

Membunuh pegawai tinggi kerajaan

22.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

a)

Meningkatkan cukai eksport

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Menyalurkan bantuan kewangan

d)

Memeterai pelbagai perjanjian

23.

Mengapakah Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentang pentadbiran Brooke ?

a)

Meyekat kedatangan imigran

b)

Mempertahan hak mengutip cukai

c)

Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

24.

Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan ?

a)

Menyerang Pasir Puteh

b)

Meminta bantuan Siam

c)

Menyekat bekalan makanan

d)

Menghalang laluan kapal dagang

25.

Apakah sumbangan Mohamad Eunos Abdullah kepada orang Melayu Singapura ?

a)

Membina pusat pendidikan

b)

Membuka kawasan pertanian

c)

Menubuhkan pusat kebudayaan

d)

Memperoleh petempatan khas

26.

Apakah kesan Revolusi Inggeris 1688 dan Revolusi Perancis 1789 terhadap Eropah ?

a)

Sistem sosialis tamat

b)

Ideologi komunis meluas

c)

Kuasa rakyat bawahan terjejas

d)

Negara berasaskan bangsa dibentuk

27.

Apakah fungsi Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman

pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836-1886)?

a)

Menguruskan pembangunan

b)

Menjaga hal ehwal luar

c)

Mengurus kewangan

d)

Menjaga keamanan

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman.

 Peperangan dengan Denmark - 1864

 Peperangan dengan Austria - 1864

 Peperangan dengan Perancis - 1870


Mengapakah peperangan tersebut berlaku ?

a)

Serangan balas

b)

Penyatuan negara

c)

Penguasaan ekonomi

d)

Kediktatoran pemerintah

29.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1948 terhadap perjuangan orang Melayu ?

a)

Berkuasa mengawal pentadbiran

b)

Parti - parti politik digabungkan

c)

Syarat kerakyatan dipermudah

d)

Hak istimewa dilindungi

30.

Keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada 1948 terdiri daripada Pegawai kanan British, Pemimpin UMNO dan Wakil Raja – Raja Melayu.

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk ?

a)

Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan

c)

Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union

d)

Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu

31.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi.

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

32.

Rajah 3 menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.


Mengapakah perkembangan tersebut berlaku ?

a)

Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan

b)

Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat

c)

Pengaruh orang dagang semakin kuat

d)

Perpaduan antara kaum tidak mantap

33.

Mengapakah penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal ?

a)

Menghormati keputusan pemerintah tempatan

b)

Mempertahan kepentingan pembesar setempat

c)

Mengelakkan ancaman tentera Filipina

d)

Mengekalkan pentadbiran British

34.

Apakah kesan daripada peristiwa Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno pada tahun 1965?

a)

Perang Dingin merebak

b)

Pakatan tentera dibentuk

c)

Dasar konfrantasi berakhir

d)

Sistem beraja dipulihkan

35.

Rajah 4 berkaitan dengan Badan Berkanun di Malaysia.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan badan berkanun tersebut ?

a)

Memiliki kuasa autonomi dalam bidang tertentu

b)

Mempunyai peruntukan kewangan sendiri

c)

Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara

d)

Memiliki bilik gerakan di setiap negeri

36.

Dialog berikut mungkin berlaku ketika penyerahan borang penamaan calon bagi pilihanraya kecil.

a)

Tidak menganggotai parti politik

b)

Belum mendaftar sebagai pemilih

c)

Menjalankan kegiatan perniagaan

d)

Tersenarai dalam individu muflis

37.

Rajah 5 menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama.

Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai ?

a)

Bahan mentah terhad

b)

Ancaman komunis

c)

Kelemahan pentadbiran

d)

Kekurangan kemudahan asas

38.

Maklumat berikut berkaitan dengan teras kemajuan bersepadu yang dihasratkan oleh kerajaan menjelang tahun 2020.

 Perpaduan rakyat

 Kestabilan politik

 Ketinggian maruah bangsa

 Kekukuhan nilai moral dan etika


Mengapakah perkara tersebut dijadikan teras ?

a)

Mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri

b)

Membentuk kemajuan mengikut pengaruh luar

c)

Mencapai kemajuan berasaskan aspek fizikal

d)

Membina kemajuan berasakan kerohanian

39.

Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia?

a)

Menghapus komunis

b)

Menamatkan persengketaan

c)

Menyelaras kawasan sempadan

d)

Membentuk kerjasama tentera

40.

Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.

Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun ?

a)

Membentuk pertubuhan serantau

b)

Mengisytiharkan ZOPFAN

c)

Menaja kegiatan subversif

d)

Melakukan serangan bom atom