wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5B10 Gamifikasi Sejarah K1

Total questions: 40

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berikut terlibat secara aktif dalam aktiviti kesukarelawanan.

  • - MyCare

  • - Global Peace Mission

Negara manakah yang menerima bantuan daripada NGO tersebut? (BTms236)

a)

Syria

b)

Aceh

c)

Palestin

d)

Sri Lanka

2.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditubuhkan oleh negara ASEAN pada tahun 1992.

Apakah manfaat penubuhan AFTA? (BTms230)

a)

Mengurangkan cukai barangan   

b)

Mengawal keselamatan perairan

c)

Mewujudkan syarikat perkapalan

d)

Mewujudkan syarikat perkapalan

3.

Maklumat berikut berkaitan pandangan Malaysia terhadap pertubuhan dunia.

Penggunaan kuasa veto oleh kuasa besar hanya sah jika dua buah negara yang mempunyai kuasa itu bersama-sama tiga anggota yang tidak memiliki kuasa veto bersetuju untuk menggunakannya.

Mengapakah Malaysia berpandangan sedemikian? (BTms244)

a)

Menjaga hak asasi manusia

b)

Mengelakkan konflik antara negara

c)

Mengurangkan penyalahgunaan kuasa

d)

Memantapkan organisasi antarabangsa

4.

Mengapakah Malaysia terlibat dalam Protokol Kyoto 1997 di Bali? (BTms239)

a)

Mengatasi masalah jerebu

b)

Mengurangkan masalah kesihatan

c)

Menggalakkan penggunaan tenaga solar

d)

Meningkatkan penyelidikan kawalan penyakit

5.
  1. Mengapakah gerakan antiminyak kelapa sawit Malaysia dilancarkan oleh negara maju? (BTms228)

a)

Menyekat pengeluaran negara pengeksport

b)

Menjadi punca pencemaran alam sekitar

c)

Menyaingi penjualan minyak kacang soya

d)

Mendominasi penanaman secara ladang

6.

39. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992 di Singapura. Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN? (BTms230)

I Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan

II Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal

III Sekatan dagangan dihapuskan

IV Pasaran terbuka luas

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

40. Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia

AMAN PALESTIN

MUSLIM CARE MALAYSIA

Apakah sumbangan NGO tersebut? (BTms234)

a)

A. Menyalurkan pelbagai bantuan

b)

B. Melaksanakan sistem kewangan Islam

c)

C. Menubuhkan organisasi negara Islam

d)

D. Mengukuhkan hubungan diplomasi

8.

Peta berikut berkaitan dengan kerjasama Malaysia dengan negara serantau.

Lingkungan Kawasan SIJORI-GT

Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia dalam kerjasama tersebut? (BTms231)

a)

Menambat pertukaran ringgit

b)

Mendapatkan bantuan kemanusiaan

c)

Mengurangkan monopoli pasaran

d)

Menyelesaikan pertindihan sempadan

9.

Apakah manfaatnya kepada negara anggota? (BTms230)

a)

Menyediakan bantuan kewangan

b)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

c)

Membiayai projek pembangunan

d)

Menambat kadar mata wang

10.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam pasaran antarabangsa? (BTms230)

a)

Kebergantungan pinjaman luar

b)

Dominasi ekonomi negara maju

c)

Ketidakstabilan nilai mata wang

d)

Tarif dan cukai yang murah

11.

 Apakah kepentingan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara? (BTms244)

a)

Memelihara keamanan sejagat

b)

Menghormati prinsip negara Komanwel

c)

Meningkatkan kerjasama sosioekonomi 

d)

Melindungi hak asasi manusia

12.

Apakah cadangan Malaysia bagi mengatasi isu  Antartika? (BTms240)

a)

Menjadikannya warisan sejagat

b)

Menempatkan pasukan keselamatan

c)

Membenarkannya dikuasai kuasa besar

d)

Melarang sebarang aktiviti penyelidikan

13.
  1. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain? (BTms229)

a)

Kedudukan strategik

b)

Kemasukan pelancong asing

c)

Kelonggaran syarat imigresen

d)

Kerjasama penduduk tempatan

14.

Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia melalui kerjasama tersebut? (BTms231)

a)

Mengelakkan pembayaran cukai

b)

Mengurangkan monopoli negara maju

c)

Menurunkan harga barangan tempatan

d)

Mengawal laluan perdagangan antarabangsa

15.

Antara berikut, yang manakah DUA sumbangan Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global? (BTms238-240)

a)

Membangkitkan isu Antartika

b)

Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi

c)

Menganjurkan Sidang Kemuncak Bumi

d)

Melancarkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

16.

Logo berikut berkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam kelestarian global.

Mengapakah anugerah tersebut diperkenalkan? (BTms238)

a)

Pemeliharaan alam sekitar

b)

Pemulihan flora dan fauna

c)

Promosi pelancongan

d)

Penjagaan kesihatan

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerelevan Organisasi Antarabangsa

Mengapakah Malaysia berpandangan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik? (BTms244)

a)

Kerasukan kuasa luar

b)

Penyalahgunaan kuasa veto

c)

Perlumbaan teknologi senjata

d)

Kemelesetan ekonomi sejagat

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan persidangan yang dianjurkan oleh PBB

1992 -->> Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro, Brazil

Apakah hasil yang dipersetujui dalam persidangan tersebut? (BTms239)

a)

Pengawalan ancaman jerebu

b)

Penentangan ujian senjata nuklear

c)

Pengisytiharan Deklarasi Agenda 21

d)

Pengawalan lapisan ozon

19.

Apakah isu di Syria yang mendapat perhatian rakyat Malaysia? (BTms236)

a)

Krisis politik

b)

Bencana alam

c)

Diskriminasi kaum

d)

Pencemaran alam sekitar

20.

Gambar berikut merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan isu kemanusiaan dan keamanan di Palestin, Syria, Acheh dan Sri Lanka.

Mengapakah rakyat Malaysia terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan tersebut? (BTms234)

a)

Mewujudkan hubungan diplomatik

b)

Memastikan keselamatan rakyat terjamin

c)

Membantu golongan yang tidak bernasib baik

d)

Menjaga kedaulatan negara yang ditindas

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan tohmahan yang diterima oleh Malaysia ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengerusi OIC pada tahun 2003.

Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menghadapi tohmahan tersebut? (BTms215)

a)

Melancarkan kempen anti-barat

b)

Mengetengahkan nilai kesederhanaan

c)

Mengeratkan hubungan dengan negara barat

d)

Menyeru anggota OIC supaya mengumpul kekayaan

22.

Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai Setiausaha Agung yang pertama menunjukkan penglibatan Malaysia dalam OIC.

Apakah tugas utama beliau dalam OIC? (BTms214)

a)

Memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan sewajarnya

b)

Menjadi Pengerusi OIC yang pertama

c)

Memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia patuh ajaran Islam

d)

Menjadi pengerusi Persidangan Pertama Kongres Islam Sedunia Rantau

23.

Kempen antiminyak kelapa sawit secara tidak langsung telah menggugat ekonomi negara.

Apakah langkah Malaysia dalam menangani isu ini? (BTms228)

a)

Forum ASEAN-China 1995

b)

Menggunakan Mahkamah Antarabangsa

c)

Bekerjasama dengan Polis Antarabangsa

d)

Pelaksanaan Good Agricultural Practices (GAP)

24.

Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia.

• Aman Palestin

• Muslim Care Malaysia

Apakah sumbangan NGO tersebut? (BTms234)

a)

Menyalurkan pelbagai bantuan

b)

Mengukuhkan hubungan diplomasi

c)

Menubuhkan organisasi negara Islam

d)

Melaksanakan sistem kewangan Islam

25.

Dalam menangani isu politik negara Islam, Malaysia menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin melalui Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Apakah buktinya? (BTms216)

a)

Mengecam campurtangan Britain di Palestin

b)

Menjadi tentera sukarela Malaysia ke Palestin

c)

Memberi bantuan senjata kepada rakyat Palestin

d)

Menyokong sebuah negara merdeka untuk Palestin

26.

Rakyat Malaysia turut aktif terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik yang disebabkan peperangan seperti di Syria.

Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh sukarelawan tersebut? (BTms236)

a)

Bantuan kewangan

b)

Sumbangan derma

c)

Pendidikan percuma

d)

Penyaluran ubat-ubatan

27.

Apakah kesan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 -1998 kepada negara Malaysia? (BTms232)

a)

Pengangguran meningkat

b)

Pelaburan asing terjejas

c)

Pinjaman dari Bank Dunia meningkat

d)

Kejatuhan nilai ringgit

28.

Apakah isu yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak Bumi di Brazil? (BTms239)

a)

senjata nuklear

b)

perubahan iklim

c)

pencemaran alam sekitar

d)

kepupusan flora dan fauna

29.

Apakah cadangan Malaysia terhadap isu Antartika? (BTms240)

a)

PBB mentadbir Antartika

b)

Penerokaan melibatkan Malaysia

c)

Negara maju membayar pampasan

d)

Antartika dijadikan kawasan larangan

30.

Mengapa Malaysia bangkitkan isu penerokaan terhadap Antartika? (BTms240)

a)

Pencaran salji

b)

Dominasi negara maju

c)

Pemeliharaan alam sekitar

d)

Kepentingan penduduk antartika

31.

Malaysia melarang kapal yang membawa senjata nuklear daripada memasuki perairan negara.


Mengapakah langkah ini wajar dilaksanakan? (BTms244)

a)

Menjaga etika

b)

Mengelakkan konflik

c)

Mengelakkan peperangan

d)

Mengelakkan bencana alam

32.

Mengapakan kedatangan pelarian pendatang asing membawa kesan negatif? (BTms244-245)

a)

Penghapusan budaya

b)

Keselamatan terancam

c)

Mencetuskan peperangan

d)

Rakyat semakin miskin

33.

Apakah pandangan Malaysia dalam Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) tentang dominasi negara maju terhadap ekonomi? (BTms230)

a)

Semua negara memperoleh hak kebebasan

b)

Semua negara bertindak mengawal perairan

c)

Semua negara memperkukuhkan kerjasama

d)

Semua negara mendapat layanan yang sama

34.

Apakah kesan kepada Malaysia apabila ekonomi dunia didominasi oleh negara maju? (BTms230)

a)

Pelaksanaan pembayaran levi

b)

Tiada sekatan diwujudkan

c)

Pembentukan pelbagai tarif

d)

Penggunaan mata wang USD

35.

Bagaimanakah negara kita dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran KEWANGAN antarabangsa? (BTms231)

I Menetapkan sempadan ASEAN

II Memperkenalkan cukai ASEAN

III Menubuhkan koperasi ASEAN

IV Menggunakan wang ASEAN

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Persidangan Alam Sekitar di Bali, Indonesia telah menggalakkan penggunaan tenaga baru. Apakah tenaga baru tersebut? (BTms239)

a)

Tenaga solar

b)

Tenaga Nuklear

c)

Tenaga elektrik

d)

Tenaga Haba

37.

Mengapakah Malaysia menuduh penerokaan terhadap Antartika dilakukan secara tidak adil? (BTms240)

a)

Diterokai secara haram & bebas

b)

Dijalankan penyelidikan tanpa sekatan

c)

Dikunjungi tanpa ikut garis panduan

d)

Didominasi oleh sebahagian kecil negara

38.

Apakah kepentingan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN? (BTms243)

a)

Mengenal pasti kualiti makanan

b)

Mengawal harga bahan makanan

c)

Digunakan sewaktu kecemasan

d)

Diselaraskan jumlah pengeluaran

39.

Bagaimanakah Malaysia berjaya menangani kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998? (BTms232)

a)

membuat pinjaman Bank Dunia

b)

meningkatkan barangan eksport negara

c)

menambat kadar pertukaran ringgit (RM) kepada dolar (USD)

d)

menggunakan pelan perancangan IMF

40.

Cadangan Malaysia agar pentadbiran Antartika diuruskan oleh PBB telah disokong oleh negara lain kerana (BTms240)

a)

peperangan dapat dielakkan

b)

alam sekitar dijamin terpelihara

c)

sektor pelancongan akan berkembang

d)

hasil yang terdapat di sana dapat dikongsikan bersama-sama