NEW
Font size
WorksheetsSET PERCUBAAN SEJARAH 1
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1. Senarai berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa dalam kerajaan Alam Melayu.
* Raja
* Undang - Undang
* Wilayah Pengaruh
* X
X ialah?
A Rakyat
B Kerajaan
C Kedaulatan
D Perlembagaan
2. Kerajaan Melayu Melaka menggubal undang-
undangnya sendiri iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Apakah kesan penggubalan undang-undang tersebut?
A Mengukuhkan hubungan luar
B Menjamin keunggulan kerajaan
C Mengekalkan kedaulatan negeri
D Mengelakkan campurtangan asing
3. Apakah isu yang diperjuangkan dalam gerakan nasionalisme berikut?
• Revolusi Keagungan
• Revolusi Perancis
A Menghalau kuasa asing
B Menyekat kuasa pihak gereja
C Menentang pemerintahan beraja
D Menghapuskan golongan bangsawan
4. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) telah mewujudkan Pejabat Karang Mengarang yang diketuai oleh Za’ba.
A Perkembangan pelbagai bidang ilmu
B Penghasilan buku yang berkualiti
C Peningkatan mutu pendidikan
D Penyatuan rumpun Melayu
5. Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939. Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
A Perebutan wilayah naungan
B Perkembangan kuasa imperialis baru
C Penyekatan ekonomi terhadap kuasa Jerman
D Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
6.Senarai berikut adalah pasukan yang menerima bantuan British semasa
pendudukan Jepun.
MPAJA
Force 136
Apakah bentuk bantuan tersebut?
A Latihan mentadbir
B Latihan ketenteraan
C Latihan pengurusan diri
D Latihan mengawal ladang
7. Maklumat berikut menerangkan tujuan pentadbiran British di Tanah Melayu
selepas Perang Dunia Kedua.
-Pelaburan ekonomi
-Melicinkan sistem pentadbiran
Bagaimanakah tindakan British untuk mencapai hasrat tersebut?
A Memperkenalkan Malayan Union
B Melaksanakan dasar dekolonisasi
C Membubarkan Negeri-negeri Selat
D Menghapuskan institusi kesultanan
8. Desakan kerajaan British terhadap Vyner Brooke telah membawa kepada
penyerahan Sarawak kepada British. Mengapakah British begitu berminat untuk
menguasai Sarawak?
A. Memulihkan Keamanan
B. Kepentingan Pelaburan
C. Melancarkan pentadbiran
D. Mengukuhkan pertahanan
9. Jadual berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di Negara kita.
1946 - Malayan Union 1948 - Persekutuan Tanah Melayu
Mengapakah Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?
A Membangunkan ekonomi Tanah Melayu
B Malayan Union ditolak oleh Penduduk Tempatan
C Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu
D Menyekat campur tangan kuasa luar
10. Jawatankuasa berikut dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
>> Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (Communities Liason Committee) <<
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
A Merangka kontrak sosial pelbagai kaum
B Membentuk parti politik berasaskan kaum
C Mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum
D Menentukan kepentingan sah kaum bukan Melayu
11. Melemahkan ekonomi
Memusnahkan infrastruktur
Menggugat keamanan
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan komunis di Tanah Melayu.
Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh komunis?
A Mengaut keuntungan ekonomi tempatan
B Mewujudkan peraturan kerajaan baru
C Mengukuhkan pengaruh negara luar
D Mewujudkan sebuah kerajaan republik
12. Rajah berikut merujuk kepada rancangan Sir Gerald Templer dalam usaha
menangani ancaman komunis di Tanah Melayu?
Perang Saraf:
1- Melonggarkan syarat kewarganegaraan
2- X
3- Menawarkan hadiah wang tunai
Apakah X?
A Mewujudkan Kampung Baru
B Membawa masuk tentera Komanwel
C Memperkenalkan Kawasan hitam dan putih
D Menguatkuasa sistem pendaftaran kebangsaan
13. Apakah tanggungjawab Ahli dalam Sistem Ahli ?
I. Menjaga portfolio
II Mencadangkan undang-undang
III Mengetuai pentadbiran negara
IV Melantik Ahli yang berkelayakan
A I dan II
B I dan IV
C. II dan III
D III dan IV
14. Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan
sistem pendidikan kebangsaan?
A Memperbanyak sekolah vernakular
B Sistem persekolahan yang tidak sama bagi kanak-kanak
C Penggunaan bahasa pengantar yang sama
D Pelajaran percuma kepada semua pelajar
15. Perkara berikut merupakan syarat menjadi calon dalam pilihan raya, kecuali?
A Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
B Berumur 21 tahun
C Lahir di Persekutuan Tanah Melayu
D Berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
16. Senarai berikut merupakan peranan kabinet Pertama di Persekutuan Tanah Melayu.
Kecuali?
A Membincang soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam
B Menghapuskan kuasa Pentadbiran British
C Meminta membatalkan kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi British
D Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan
17. Pernyataan di bawah berkaitan dengan hasil persetujuan di London.
Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan
suruhanjaya bebas setelah mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
A Mengadakan pilihan raya
B Mengkaji dasar pendidikan kebangsaan
C Merangka perlembagaan negara yang merdeka
D Membentuk satu badan khas mengatasi ancaman komunis
18. Perjanjian Persekutuan menjaga kedudukan istimewa orang melayu dengan
mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu.
Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu?
A Pembesar Melayu
B Perdana Menteri
C Yang di Pertuan Agong
D Gabenor Persekutuan Tanah Melayu.
19. Senarai berikut berkaitan dengan persediaan menyambut pemasyhuran
kemerdekaan negara.
-Jawatankuasa persediaan fizikal dan sambutan
Apakah peranan utama jawatankuasa tersebut?
A. Menonjolkan identiti negara
B. Melaksanakan protokol
C. Mempromosikan majlis sambutan
D. Menghias bandar dan jalan raya
20. Peristiwa berikut berlaku pada pukul 12.00 tengah malam tanggal 30 Ogos 1957.
- Bendera Union Jack diturunkan
- Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
A. Mempertahankan identiti negara
B. Upacara pemasyhuran kemerdekaan negara
C. Negara bebas daripada penjajahan
D. Menanamkan semangat patriotisme
21. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Melayu?
A Kebebasan negara
B Kuasa kerajaan
C Keagungan pemimpin
D Kuasa tertinggi negara
22. Senarai berikut berkaitan dengan usaha Kerajaan selepas memperoleh kedaulatan negara.
. Rukun Negara
. Bahasa Kebangsaan
. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Apakah matlamat usaha tersebut?
A Memajukan bidang ekonomi
B Menghalang pemusatan kuasa
C Menyekat kedatangan imigran
D Memupuk perpaduan rakyat
23. Sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk menyusun
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka.
Apakah suruhanjaya tersebut?
A Suruhanjaya Reid
B Suruhanjaya Cobbold
C Suruhanjaya Kehakiman
D Suruhanjaya Pilihan Raya
24. Mengapakah perlembagaan negara mengalami pindaan
pada tahun 1963 dan 1965?
A Menyesuaikan peruntukan negeri baharu
B Mengikut perubahan ekonomi semasa
C Memenuhi permintaan dari rakyat
D Mengelakkan ancaman komunis
25. Sistem pemerintahan berikut diamalkan di Malaysia sejak tahun 1957.
-Sistem Raja Berperlembagaan
-Sistem Demokrasi Berparlimen
Bagaimanakah kedudukan raja dalam sistem pemerintahan berikut?
I Raja sebagai pemerintah tertinggi
II Majlis Undangan Negeri ditubuhkan
III Menteri dilantik sebagai pentadbiran
IV Rakyat diberi hak memilih Kerajaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Ciri - ciri demokrasi:
- Pilihan Raya
- X
- Pembahagian Kuasa
Rajah berikut merujuk kepada ciri – ciri demokrasi yang menjadi amalan pentadbiran negara kita.
Apakah X?
A Kebebasan asasi
B Keunikan pendidikan
C Kewangan negara
D Kuasa imigrisen
27. Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi perkara yang termaktub dalam
Pelembagaan Persekutuan.
Apakah kuasa pemerintahan tersebut?
A Kuasa majoriti
B Pemusatan Kuasa
C Simbol keteguhan
D Senarai Persekutuan
· Kewangan
· Kepakaran
Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri
dalam pembangunan ekonomi.
Bagaimanakah bantuan tersebut dilaksanakan?
A Membuka pusat kemahiran
B Menubuhkan agensi kerajaan
C Meningkatkan sistem Pendidikan
D Melahirkan golongan cendekiawan
29. Indonesia telah menghantar bantahan rasmi terhadap pembentukan Malaysia.
Apakah bentuk bantahan yang telah dilakukan?
A Menyekat kerjasama ekonomi
B Menghantar bantahan ke PBB
C Memutuskan hubungan diplomatik
D Meminta bantuan ketenteraan serantau
30. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo.
Apakah tindakan Tunku Abdul Rahman ketika pertemuan tersebut?
A Memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia
B Menuntut ganti rugi daripada kerajaan Indonesia
C Menandatangani perjanjian gencatan senjata
D Menerangkan tujuan pembentukan Malaysia
31. Tugu Negara yang telah dibom oleh PKM pada 26 Ogos 1975.
Apakah tindakan pihak kerajaan daripada peristiwa tersebut?
A Menubuhkan pasukan askar Melayu
B Menangkap pemimpin gerakan radikal
C Mengisytiharkan undang-undang darurat
D Mengenakan akta keselamatan dalam negeri
32. Apakah isu pembangunan ekonomi yang wujud selepas pembentukan Malaysia?
A Ketiadaan tenaga mahir
B Kepupusan sumber hasil bumi
C Kekurangan sumber kewangan
D Kejatuhan harga bahan mentah
33. Antara berikut, apakah implikasi perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan pada
tahun 1950-an?
A Menyediakan tenaga kerja asing
B Memperkukuhkan perpaduan rakyat
C Menggalakkan kemasukan modal asing
D Meningkatkan penguasaan bahasa asing
34. Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip kelima Rukun Negara.
- Kesopanan dan Kesusilaan
A Menjamin sifat berani dalam hidup
B Memupuk sikap mengejar kejayaan
C Melahirkan masyarakat yang bertolak ansur
D Membentuk masyarakat yang suka persaingan
35. Antara berikut, manakah agensi yang ditubuhkan semasa perlaksanaan DEB untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi rakyat?
A Perbadanan Industri Berat Malaysia
B Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
D Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
36. Matlamat DPN adalah untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan.
Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai?
A Pembentukan jawatankuasa hal ehwal ekonomi
B Penerokaan pasaran pertanian antarabangsa
C Pembangunan seimbang antara negeri
D Pembukaan kawasan perindustrian baru
37. Jadual berikut menunjukkan perkembangan dasar luar selepas kemerdekaan negara.
1. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj - ProBarat dan anti komunis
2. Tun Abdul Razak Hussein - Dasar Berkecuali dan berbaik-baik dengan negara lain
Mengapakah berlakunya perbezaan bentuk dasar luar tersebut?
A Penyatuan nasional
B Perkembangan politik
C Perubahan keperluan negara
D Perbezaan ideologi pemimpin
38. Apakah peranan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)?
I Menubuhkan UIAM
II Menawarkan biasiswa
III Mencadangkan SEAMEO
IV Menamatkan perang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Raju : Bencana tsunami telah memusnahkan banyak harta dan nyawa penduduk
Acheh dan Sri Lanka
Ramli : Baik kita bantu mereka dengan sumbangan makanan dan perubatan .
Apakah sikap yang ditonjolkan dalam dialog tersebut?
A Pemurah
B Perpaduan
C Persaudaraan
D Perikemanusiaan
40. Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN telah diadakan di Bali pada tahun 1976.
Mengapakah diadakan persidangan tersebut?
A Membincangkan pergolakan di Indochina
B Mengatasi ancaman komunis di Thailand
C Menamatkan dasar Konfrantasi Indonesia
D Menangani campurtangan di Vietnam
