NEW
Font size
WorksheetsSPMC SBP 2024
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
1. Berikut merupakan wilayah di bawah Kesultanan Melayu Melaka
- LINGGA
- PATANI
Wilayah ini diperoleh melalui
A. perjanjian
B. persahabatan
C. peperangan
D. pertukaran
2. Maklumat berikut berkaitan dengan fasal 9 Undang-Undang Laut Melaka.
jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh
Mengapakah hukuman tersebut dijatuhkan kepada malim?
A. Memelihara imej kerajaan
B. Memastikan tiada kerugian
C. Memastikan pelayaran selamat
D. Melicinkan aktiviti perdagangan
3. Tokoh berikut memberikan tafsiran berkaitan konsep nasionalisme.
- Dato' Onn Jaafar
- Hans Kohn
Apakah tafsiran tersebut?
A. Membela orang Melayu
B. Menegakkan agama
C. Menentang penjajah
D. Memperjuangkan bangsa
4. Pasangan pernyataan yang manakah betul tentang tujuan gerakan nasionalisme di Thailand dengan negara lain di Asia Tenggara?
A
B
C
D
5. Gambar berikut menunjukkan institusi pendidikan yang ditubuhkan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an. Apakah kesan penubuhan institusi tersebut?
A. Melahirkan pemimpin tempatan
B. Mewujudkan pentadbir agama
C. Membentuk perpaduan kaum
D. Memodenkan media cetak
6. Penekanan pendidikan peringkat rendah oleh British pada awal abad ke-20 telah menyukarkan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Bagaimanakah isu ini ditangani oleh Zainal Abidin Ahmad?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Mengapakah Jerman melancarkan pengeboman terhadap Britain semasa Perang Dunia Kedua?
A. Melumpuhkan ekonomi
B. Menuntut tanah jajahan
C. Menguasai Eropah Timur
D. Membuktikan kekuatan tentera
8. Apakah faktor yang mendorong kedatangan Jepun ke negara kita semasa Perang Dunia Kedua?
A. Kekurangan bekalan makanan
B. Kelemahan pemerintah Barat
C. Kedudukan strategik ketenteraan
D. Keinginan memajukan orang Melayu
9. Berikut merupakan pasukan yang ditubuhkan ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
GIYU TAI
Apakah peranan pasukan tersebut?
A. Melancarkan gerakan gerila
B. Mengumpul maklumat risikan
C. Mempertahankan persisiran pantai
D. Menggerakkan Persatuan Cina seberang laut
10. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan British di Tanah Melayu
- Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja
- Kewarganegaraan jus soli
Maklumat tersebut merujuk kepada
A. Malayan Union
B. British Military Administration
C. Persekutuan Tanah Melayu 1948
D. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
11. Mengapakah penduduk tempatan menyokong penyerahan Sarawak kepada British?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
12. Ahli Parlimen British berikut telah membuat tinjauan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
- L.D. Gammans
- Rees William
Apakah hasil tinjauan tersebut?
A. Berlaku huru-hara
B. Parti politik berpecah
C. Rusuhan kaum tercetus
D. Campur tangan kuasa asing
13. Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan persidangan di Culcutta, India pada tahun 1948. Apakah gesaan daripada persidangan tersebut?
A. Menentang kuasa imperialis
B. Memulihkan kedudukan raja
C. Memantapkan sistem feudal
D. Memberi kebebasan bersuara
14. Sir Henry Gurney telah mengambil langkah menawan hati penduduk Cina melalui penubuhan parti politik berorientasikan tempatan semasa darurat.
Apakah parti tersebut?
A. All Malaya Council of Joint Action
B. Malayan Chinese Association
C. Independence Malaya Party
D. People's Progressive Party
15. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan adalah bukti tolak ansur orang Melayu ke arah perpaduan kaum dalam negara. Mengapakah orang Melayu menerima tolak ansur tersebut?
A. Mengadakan pilihan raya
B. Memberi bantuan ekonomi
C. Membenarkan kemasukan imigran
D. Menyeragamkan sistem pendidikan
16. Senarai berikut berkaitan dengan kandungan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan. Laporan manakah mencadangkan syor tersebut
A. Kajian Aminuddin Baki
B. Laporan Fenn-Wu
C. Laporan Pelajaran
D. Penyata Razak
17. Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan 1955 diberikan tempoh 45 hari untuk kempen pilihan raya.
Apakah kepentingan proses tersebut?
A. Mendaftarkan calon
B. Meraih sokongan pengundi
C. Menentukan kawasan bertanding
D. Membentuk pakatan parti politik
18. Apakah terma yang diberi perhatian oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menjalankan tugasnya?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Maklumat berikut berkaitan dengan Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Seramai 300 orang pegawai kerajaan diberi kursus khas berkaitan dengan protokol
Apakah protokol tersebut?
A. Mengiringi tetamu jemputan
B. Menentukan lambang negara
C. Merancang aktiviti kemerdekaan
D. Mengambil bahagian dalam perbarisan
20. Sistem pemerintahan berikut diamalkan di Malaysia sejak tahun 1957.
Demokrasi Berparlimen
Bagaimanakah sistem tersebut berfungsi?
A. Raja membentuk kerajaan
B. Rakyat memilih pemerintah
C, Majlis Raja-raja melantik Perdana Menteri
D. Jemaah Menteri mentafsir undang-undang
21. Jadual berikut berkaitan dengan konsep kedaulatan. Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan?
A. Kepatuhan rakyat
B. Kekuasaan tertinggi
C. Kesamarataan kuasa
D. Kesetiaan kepada negara
22. Senarai berikut berkaitan usaha melaksanakan dasar sosial yang dilakukan kerajaan selepas memperoleh kedaulatan negara
- Rukun Negara
- Bahasa Kebangsaan
- Kebudayaan Kebangsaan
Apakah tujuan dasar tersebut dilaksanakan?
A. Menghalang ancaman asing
B. Meningkatkan taraf hidup
C. Mendisiplinkan rakyat
D. Memupuk perpaduan
23. Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak telah dilaksanakan pada tahun 1877. Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?.
A. Menentukan bidang kuasa kerajaan negeri
B. Membentuk struktur pemerintahan kerajaan
C. Memajukan pembangunan pentadbiran tempatan
D. Merintis jalan pembentukan undang-undang negara
24. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman?
A. Melantik Peguam Negara
B. Memanggil Parlimen bersidang
C. Memperkenan rang undang-undang
D. Menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan
25. Peristiwa berikut berlaku semasa pendudukan Jepun.
Apakah pengiktirafan yang diperoleh oleh Raja-raja Melayu dalam persidangan tersebut?
A. Pemutus undang-undang negeri
B. Pemerintah kerajaan persekutuan
C. Pemimpin hal ehwal agama Islam
D. Penentu dasar pentadbiran kerajaan
26. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke - 17
Apakah kepentingan institusi Yang di-Pertuan Agong?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
27. Pasangan manakah yang betul berkaitan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
A
B
C
D
28. Mengapakah kerajaan memperkenalkan Pembangunan Koridor Wilayah pada tahun 2005?
A. Memajukan pertanian komersil
B. Membangunkan perumahan rakyat
C. Melaksanakan pembangunan In-Situ
D. Menyeimbangkan pembangunan negeri
29. Maklumat berikut berkaitan konsep gagasan Malaysia yang diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu sebelum Peang Dunia Kedua.
MELAYU RAYA
Apakah tujuan pembentukan konsep tersebut?
A. Memudahkan pentadbiran
B. Memupuk perpaduan kaum
C. Mendapatkan kemerdekaan
D. Memajukan taraf hidup rakyat
30. Indonesia telah menentang pembentukan Malaysia dengan melancarkan dasar konfrontasi. Bagaimanakah Indonesia melaksanakan dasar tersebut di Tebedu?
A. Serangan gerila
B. Berbalas tembakan
C. Sabotaj kemudahan asas
D. Pendaratan separa tentera
31. Maklumat berikut berkenaan krisis perlembagaan di Sarawak.
PEMECATAN STEPHEN KALONG NINGKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK PADA JUN 1966
Apakah kesan sekiranya kerajaan gagal mengatasi krisis tersebut?
A. Kestabilan politik
B. Keselamatan tergugat
C. Kerjasama pemimpin erat
D. Kemakmuran sosioekonomi
Rancangan Malaysia Pertama dilaksanakan untuk mengatasi isu pembangunan ekonomi negara. Apakah isu tersebut?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
33. Apakah usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum melalui bahasa Melayu?
A. Rukun Negara
B. Citrawarna Malaysia
C. Pembangunan wilayah
D. Universiti Kebangsaan Malaysia
34. Pernyataan berikut menunjukkan prinsip pertama Rukun Negara.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Mengapakah prinsip tersebut penting kepada rakyat Malaysia?
A. Mengukuhkan ekonomi
B. Melindungi hak masyarakat
C. Memupuk perpaduan kaum
D. Membentuk keperibadian baik
35. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan usahawan muda yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara melalui Industri Kecil dan Sederhana?
A. Amanah Saham Bumiputera
B. Perbadanan Nasional Berhad
C. Lembaga Pertubuhan Peladang
D. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
36. Apakah agensi yang terlibat dalam projek penswastaan syarikat perniagaan milik bumiputera?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
37. Apakah ikatan sejarah yang telah menjadi faktor penggubalan dasar luar Malaysia?
A. Sosial
B. Ekonomi
C. Keagamaan
D. Pentadbiran
38. Apakah manfaat kerjasama yang dibentuk oleh Malaysia sebagai rakan dagang ASEAN?
A. Pemotongan cukai barangan
B. Kerjasama dalam kebudayaan
C. Perpaduan antara negara terjalin
D. Kestabilan negara dapat dikekalkan
39. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pencinta Alam di Eropah telah melancarkan kempen antiminyak sawit. Mengapakah kempen tersebut dilancarkan?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
40. Pernyataan berikut berkaitan program bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.
PROGRAM FREEDOM FLOTILLA
Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?
A. Memberikan bantuan kemanusiaan kepada Syria
B. Membangunkan infrastruktur di Sri Lanka
C. Menyalurkan bantuan perubatan ke Palestin
D. Melaksanakan pendidikan percuma kepada penduduk Aceh
