wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ 1 (Trial Version - MPU2163)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Setelah berundur dari Kota Melaka selama beberapa tahun, Sultan Mahmud mangkat di Kampar. Putera baginda bernama Raja Ali meneruskan tradisi kesultanan Melayu dengan mengasaskan Kesultanan Johor bergelar _________.

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Abdul Jalil Shah

c)

Sultan Muzaffar Shah

d)

Sultan Ibrahim Shah

2.

Golongan ini merupakan manusia yang tahan lasak, tahu selok-belok laut dan memberikan ketaatsetiaan kepada Kesultanan Melaka dan Johor. Mereka menetap di dalam perahu atau di pinggir-pinggir pantai.


Pernyataan ini adalah merujuk kepada ______________.

a)

Orang Sungai

b)

Orang Pantai

c)

Orang Laut

d)

Orang Asli

3.

Penjajahan Jepun telah memperkenalkan satu slogan untuk membangkitkan semangat penduduk Tanah Melayu, iaitu ________.

a)

Bangkit Asia

b)

Malaya untuk orang Asia

c)

Malaya untuk orang Malaya

d)

Asia untuk orang Asia

4.

Belanda telah berjaya menguasai ________ di Pulau Jawa pada tahun 1619, yang mana ia telah dijadikan sebagai pelabuhan alternatif para pedagang.

a)

Melaka

b)

Betawi

c)

Johor

d)

Aceh

5.

Dato' Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah merupakan pembesar-pembesar tempatan yang memperjuangkan hak masyarakat tempatan di ___________.

a)

Melaka

b)

Perak

c)

Kedah

d)

Pahang

6.

Bendera Union Jack telah diturunkan bagi menandakan berakhirnya penjajahan ______________ di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara yang berdaulat di dunia.

a)

Portugis

b)

Belanda

c)

Inggeris

d)

Jepun

7.

PANAS, SUPP dan SNAP merupakan parti dari negeri __________ yang menentang pembentukan Malaysia.

a)

Singapura

b)

Brunei

c)

Sabah

d)

Sarawak

8.

____________ berminat dengan idea penyatuan negeri-negeri Wilayah Borneo sahaja.

a)

Parti Rakyat Singapura

b)

Parti Rakyat Brunei

c)

Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara

d)

Parti Negara Sarawak (PANAS)

9.

Penentangan Indonesia terhadap idea penubuhan Malaysia telah berakhir pada 1965 apabila _______ digulingkan dan diganti dengan Jeneral Suharto.

a)

Sukarno

b)

Subandrio

c)

Adam Malik

d)

Donald Stephens

10.

Filipina telah membuat kecaman secara terbuka semasa kongres Filipina pada ____________.

a)

28 Januari 1963

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1963

d)

15 Ogos 1965

11.

MAPHILINDO ditubuhkan untuk menyelesai dan mendamaikan pihak-pihak yang tidak berpuas hati terhadap penubuhan Malaysia. Negara-negara yang terlibat dalam MAPHILINDO ialah ;


I Malaysia

II Indonesia

III Brunei

IV Filipina

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

12.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dianggotai oleh semua wakil-wakil dari wilayah terlibat dan dipengerusikan oleh ______________

a)

Donald Stephens

b)

Lord Cobbold

c)

Anthony Abell

d)

David Waterson

13.

Fungsi jawatankuasa ini adalah membentuk satu perlembagaan, khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti di Sabah dan Sarawak.


Kenyataan di atas merujuk kepada penubuhan ___________.

a)

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

d)

Referendum SIngapura

14.

Satu memo bantahan dihantar oleh Parti Rakyat Brunei kepada __________. Pertangguhan perbincangan telah menyemarakkan kemarahan dan membawa kepada pemberontakan bersenjata dan ia turut dibantu oleh Parti Komunis Indonesia.

a)

Majlis Mesyuarat Undangan Brunei

b)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

d)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

15.

Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun ________. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

a)

1966

b)

1965

c)

1964

d)

1963