wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesatuan Sekerja & Perjanjian/Perundingan Kolektif

Total questions: 20

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Mengapa perlu kepada Kesatuan?

a)

menjaga kebajikan pekerja

b)

mewujudkan hubungan baik antara majikan dan pekerja

c)

menjadi platform konfrontasi terhadap majikan

d)

Mewakili pekerja dalam tuntutan di mahkamah

2.

Tujuan Akta Kesatuan Sekerja 1951 digubal antara lain bertujuan berikut, KECUALI:

a)

untuk memberi panduan pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja

b)

untuk menghalang kesatuan daripada disalahguna oleh pihak tak bertanggungjawab

c)

untuk membentuk kesatuan sekerja menjadi sebuah parti politik

d)

untuk memberi garis panduan pentadbiran kesatuan sekerja

3.

3 sebab utama kesatuan sekerja ditubuhkan adalah seperti berikut, KECUALI:

a)

Tuntutan Ekonomi

b)

Tuntutan Hak Pekerja

c)

Tuntutan Sosial

d)

Tuntutan Politik

4.

Salah satu kelayakan untuk menjadi Pegawai dan Pekerja Kesatuan ialah:

a)

Berkelulusan ijazah sarjana muda

b)

pernah ada pengalaman kepimpinan

c)

bukan seorang yang bankrap

d)

mempunyai jawatan dalam parti politik

5.

Liza, 19 tahun merupakan penuntut IPTS. Beliau bekerja separuh masa di dapur hotel sebagai pembantu chef. Adakah beliau berhak untuk menyertai kesatuan sekerja?

a)

Ya, kerana dia berstatus seorang pekerja

b)

Tidak, kerana dia masih berstatus pelajar

c)

Ya, kerana usianya melebihi 16 tahun

d)

Tidak, kerana usianya belum layak

6.

Pekerja yang berumur 16 tahun ke atas dan tetapi di bawah 18 tahun tidak berhak untuk perkara-perkara berikut, KECUALI:

a)

memasuki pelbagai kesatuan dalam pelbagai industri

b)

terlibat dalam kesatuan sekerja yang berkaitan dengan pekerjaannya

c)

hak untuk mengundi dalam mesyuarat kesatuan sekerja

d)

menyertai kesatuan pekerja awam dan swasta dalam satu-satu masa

7.

Kesatuan sekerja yang berdaftar akan mendapat hak, kekebalan dan keistimewaan tertentu berbanding kesatuan sekerja yang tak berdaftar, kecuali:

a)

kekebalan daripada kesalahan jenayah merusuh

b)

kekebalan daripada liabiliti tort

c)

Hak untuk menyaman

d)

Kekebalan daripada kesalahan melibatkan konspirasi mogok

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan terma PERUNDINGAN KOLEKTIF ?

a)

Kumpul untuk berunding

b)

Perundingan Bersama

c)

Perundingan Melalui Kutipan Suara

d)

Perundingan Kelompok

9.

Sesuatu perundingan kolektif dikira bermula apabila mana-mana kesatuan pekerja atau kesatuan majikan membuat:

a)

sidang media

b)

pelawaan bertulis kepada pihak lain

c)

mesyuarat tergempar sesama anggota

d)

petisyen ke mahkamah perusahaan

10.

Tujuan perundingan kolektif dibuat adalah untuk (pilih 2 jawapan):

a)

membincangkan terma dan syarat dalam kontrak perkhidmatan

b)

menjadi medium provokasi terhadap majikan

c)

membina hubungan industri antara pekerja-majikan

d)

menggalakkan tuntutan pekerja terhadap majikan

11.

Pihak-pihak yang ingin berunding hendaklah menyatakan persetujuan secara bertulis untuk mengadakan rundingan dalam masa:

a)

30 hari

b)

14 hari

c)

7 hari

d)

60 hari

12.

Seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan menyenaraikan perkara yang dilarang daripada dirunding, salah satunya:

a)

masa bekerja

b)

kenaikan gaji

c)

kenaikan pangkat

d)

perlindungan sosial pekerja

13.

Pihak-pihak yang boleh menjadi pihak-pihak berkontrak adalah seperti berikut, KECUALI:

a)

Kesatuan Sekerja - Majikan

b)

Kesatuan Majikan - Majikan

c)

Kesatuan Majikan - Kesatuan Sekerja

d)

Kesatuan Majikan - Pekerja

14.

Sekiranya tiada perundingan dalam masa 30 hari atau pelawaan ditolak, maka pihak berkenaan boleh:

a)

memfailkan tuntutan ke mahkamah

b)

bersemuka dan berkonfrontasi

c)

memaklumkan kepada Ketua Pengarah

d)

membuat pelawaan baharu

15.

Berikut adalah terma-terma yang wajib ada menurut Akta, dalam kandungan Perjanjian Kolektif, kecuali:

a)

menamakan pihak-pihak dalam perjanjian itu

b)

menyatakan tempoh kuat kuasa yang tak lebih 3 tahun

c)

menyatakan minit mesyuarat perundingan sebelum ini

d)

menetapkan prosedur pengubahsuaian dan penamatan

16.

Perakuan terhadap Perjanjian Kolektif oleh pihak mahkamah dikenali sebagai:

a)

Perintah

b)

Injuksi

c)

Afidavit

d)

Award

17.

Antara kesan-kesan Perjanjian Kolektif adalah (boleh pilih jawapan lebih daripada satu):

a)

mengikat semua pihak yang berkontrak

b)

kesatuan sekerja berhak menyaman majikan yang tidak patuhi perjanjian

c)

memansuhkan terma-terma lama dalam kontrak perkhidmatan

d)

menjadi syarat tersirat kepada kontrak perkhidmatan

18.

Mahkamah tidak ada budi bicara (discretion) terhadap apa-apa yang telah diputuskan dalam Perjanjian Kolektif. BETUL atau SALAH

a)

SALAH

b)

BETUL

19.

Mengapakah wujud senarai perkara-perkara yang dilarang berunding seperti dinyatakan dalam seksyen 13 APP?

a)

agar majikan dilayan secara adil

b)

perkara tersebut bukan keutamaan matlamat perundingan

c)

perkara tersebut adalah prerogatif pengurusan

d)

agar kesatuan sekerja tidak menggunakan hak mereka sesuka hati

20.

Perundingan kolektif dalam bahasa Inggeris disebut sebagai:

a)

Mutual Negotiation

b)

Collective Bargaining

c)

Collective Agreement

d)

Industrial Negotiation