Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran dalam Pendidikan (Topik 1-3)

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

1) Apakah tujuan pentaksiran dijalankan dalam bilik darjah? (TP 1)

a)

Untuk menyediakan maklumat kepada guru bagi mengubah aktiviti pengajaran dan pembelajaran

b)

Untuk mengumpulkan maklumat mengenai prestasi murid.

c)

Untuk memperoleh maklumat, menginterpretasi, merekod dan melapor prestasi murid

d)

Untuk menetapkan nombor kepada pencapaian murid.

2.

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan dan mengukur tingkah laku seseorang.

Nyatakan kaedah yang sesuai digunakan untuk menjalankan pengujian terhadap seseorang individu. (TP 2)

a)

Soal selidik

b)

Skala bernombor

c)

Senarai semak

d)

Peperiksaan

3.

Natasya memperoleh markah sebanyak 94% dalam ujian pertengahan tahun. Jenis pentaksiran manakah yang ditunjukkan di atas? (TP 3)

a)

Penilaian

b)

Pengukuran

c)

Pentaksiran

d)

Pengujian

4.

Seorang guru dikehendaki untuk melakukan pentaksiran selepas pembelajaran terhadap murid-muridnya, apakah peranan yang perlu dilakukannya? (TP 3)

I. Mentadbir ujian dengan baik

II. Menggunakan keputusan untuk membantu murid menepati standard

III. Memberi murid tentang sasaran pencapaian

IV. Menggalakkan murid untuk bertanggungjawab tehadap pembelajaran kendiri

a)

I, II dan IV

b)

II, III dan IV

c)

III dan IV

d)

I dan II

5.

Kenyataan manakah yang relevan dengan penilaian? (TP 3)

a)

Untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid dan pencapaian selepas suatu kemahiran atau unit pembelajaran

b)

Proses untuk menentukan nombor kepada pencapaian murid.

c)

Memberikan matlumat tentang pencapaian hasil pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum untuk membuat keputusan

6.

Pengukuran ialah pemberian skor

atau markah atau menyatakan band yang

menunjukkan tahap pencapaian. Contohnya,

jika Siew Lan mendapat Band 5 dalam ujian

bacaan.

Berikut merupakan contoh lain bagi pengukuran. (TP 4)

a)

Soalan-soalan yang menguji tahap kebolehan dan keupayaan pelajar secara teratur dan sistematik disediakan oleh guru

b)

Ali memperolehi gred A untuk subjek Sains dalam peperiksaan akhir tahun

c)

Instrumen yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah ujian bertulis, ujian lisan, jadual pemerhatian, ujian kemahiran mendengar, projek.

d)

Menggunakan pembaris dan angkup vernier.

7.

Cikgu Aizta telah merancang aktiviti "Gallery Walk" bagi PdPc Kelas Tahun 5 Pintar. Setelah selesai PdPc, beliau telah membuat analisis keberkesanan PdPcnya dengan menilai penglibatan murid di dalam kelasnya.

Apakah konsep pentaksiran bilik darjah yang digunakan oleh Cikgu Aizat? (TP 5)

a)

Penilaian

b)

Pentaksiran

c)

Pengujian

d)

Pengukuran

8.

Cikgu Azizi telah berpindah ke sekolah luar bandar di daerah Semporna. Apakah langkah yang paling berkesan untuk mengukur daya intelektual murid-murid di kelas yang bakal diajarkan oleh beliau? Pilih satu jawapan sahaja. (TP 6)

a)

Ubah isi kandungan silibus supaya bersesuai dengan pengetahuan murid di daerah sana

b)

Buat pengelasan berdasarkan taraf ekonomi keluarga murid-murid

c)

Perbaiki PdPc untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid di kawasan luar bandar.

d)

Membuat kuiz bagi menilail pengetahuan sedia ada murid-murid.

9.

Pentaksiran yang membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam prestasi mereka supaya dapat menambahbaik pencapaian mereka.

Berdasarkan definisi di atas, apakah jenis pentaksiran ini?

(TP 1)

a)

Pentaksiran tentang pembelajaran

b)

Pentaksiran kepada pembelajaran

c)

Pentaksiran sebagai pembelajaran

d)

Pentaksiran untuk pembelajaran

10.

Bilakah tempoh perlaksanaan bagi pentaksiran tentang pembelajaran? (TP 1)

a)

Semasa di rumah

b)

Selepas pembelajaran

c)

Secara berterusan dalam pembelajaran

d)

Semasa pembelajaran

11.

Jika anda seorang guru, apakah instrumen yang ada gunakan untuk melaksanakan pentaksiran tentang pembelajaran anak murid anda di dalam bilik darjah? (TP 1)

a)

Penilaian kendiri

b)

Penilaian rakan sebaya

c)

Peperiksaan akhir tahun

d)

Maklum balas kualitatif kepada murid

12.

Berikut merupakan tujuan keputusan bimbingan.. (TP 2)

a)

Murid mendapat keputusan yang cemerlang

b)

Membimbing murid memilih kerjaya

c)

Membantu guru membuat keputusan semasa merancang pdpc

13.

Sebagai guru sains, anda dikehendaki membina soalan ujian untuk menilai pencapaian pelajar dikelas.

Bagaimanakah cara untuk merancang ujian tersebut? (TP 3)

a)

Menyediakan analisis markah murid- murid yang gagal ujian lelas

b)

Menyediakan skema markah secara analitik dan sistematik

c)

Menyediakan jadual spesifikasi ujian

d)

Menyediakan beberapa soalan secara draf.

14.

Pilih kenyataan yang manakah yang menunjukkan tujuan pentaksiran dijalankan di dalam bilik darjah? (TP 4)

I. Membantu guru membuat keputusan semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari segi perkembangan akademik dan peribadi murid/kerjaya.

II. Sebagai motivator kepada murid untuk terus belajar demi mencapai prestasi yang tinggi

III. Mencadangkan strategi atau tindakan susulan untuk tingkatkan pencapaian murid

IV. Sebagai proses menetapkan nombor kepada pencapaian murid

a)

I dan IV

b)

I, II dan III

c)

I dan II

d)

I, II, III dan IV

15.

Bagaimanakah pengujian dijalankan di dalam pentaksiran bilik darjah? (TP 4)

a)

Mengesan pengetahuan sedia ada murid dan pencapaian selepas suatu unit pembelajaran

b)

Pengelasan dan penempatan murid dalam jurusan tertentu

c)

Memperbaik kurikulum, cara pengajaran dan membuat ramalan

16.

Keputusan pentaksiran boleh digunakan untuk menempatkan murid ke sekolah berasrama penuh.

Apakah tujuan pentaksiran yang sesuai bagi kenyataan di atas? (TP 4)

a)

Pentaksiran sebagai motivator pembelajaran

b)

Keputusan instruksional

c)

Keputusan Bimbingan

d)

Keputusan Pentadbiran

17.

Cikgu Sarhan ingin mentadbir suatu ujian terhadap kelas 5 Intan dan menggunakan keputusan tersebut untuk menyaring muridnya berdasarkan keputusan pencapaian mereka. Sekiranya anda adalah Cikgu Sarhan, instrumen pentaksiran yang manakah lebih sesuai untuk dilaksanakan terhadap murid kelas tersebut? (TP 5)

a)

Rubrik pemarkahan

b)

Peperiksaan akhir tahun

c)

Penilaian rakan sebaya

d)

Maklum balas kualitatif kepada murid

18.

Apakah punca ralat pentaksiran dalaman? (TP 1)

a)

bias

b)

penskoran

c)

emosi

d)

gangguan semasa ujian

19.

Antara berikut, yang manakah merupakan -jenis kesahan?


I. KONSTRUK

II. RAMALAN

III. KANDUNGAN

IV. KETEPATAN


(TP 1)

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I dan IV

d)

II dan III

20.

Apakah antara faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan? (TP 1)

a)

keobjektifan terima ujian

b)

bilangan tugasan pentaksiran

c)

koefisien alfa

d)

ujian bentuk setara

21.

Adakah arahan peperiksaan dan kekaburan item ujian menyebabkan ralat dalam pemtaksiran? (TP 1)

a)

TIDAK

b)

YA

22.

Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi... (TP 2)

a)

Proses yang dianggap sistematik semasa

mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai

b)

Sesuatu konsep membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat

c)

Sekumpulan konsep

yang ada pada fikiran tetapi kita tidak

dapat dilihat objeknya secara langsung

seperti pencapaian, kecerdasan dan

kreativiti

d)

Semua di atas

23.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan? (TP 2)

I. Kesukaran ujian

II. Masa ujian

III. Objektif ujian

IV. Panjang ujian

a)

I, III dan IV

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II, III dan IV

24.

Pentaksiran ialah ...... (TP 3)

a)

Proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu

benda dan perkara.

b)

Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur.

c)

Langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan

d)

Semua di atas

25.

Guru boleh mencerap kesahan gagasan seseorang murid dalam subjek bahasa inggeris secara lisan dengan cara berikut kecuali.. (TP 3)

a)

Kebolehan murid menulis karangan bahasa inggeris

b)

Kebolehan murid membina ayat dalam bahasa inggeris

c)

Bilangan kosa kata yang dikuasai oleh murid

d)

Kebolehan murid membicarakan sesuatu isu dalam bahasa inggeris

26.

Berikut merupakan salah satu dari ciri dan prinsip pentaksiran berdasarkn gambar di atas iaitu _____. (TP 4)

a)

kemudahtafsiran

b)

kebolehpercayaan

c)

kesahan

d)

keobjektifan

27.

Bagi meningkatkan indeks kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian, Cikgu Rafi mestilah... (TP 4)

a)

Memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab

b)

Membuat penyelarasan semakan penskoran antara pemeriksa

c)

Menyediakan dua set soalan dan skor ujian yang mempunyai korelasi

d)

Menakrif kurikulum dan isi Pelajaran mata pelajaran yang diajar

28.

Sebagai seorang guru di sebuah sekolah, sesebuah pentaksiran itu dijalankan bagi membolehkan guru menentukan tahap pencapaian murid berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan.

Apakah hubungan antara prinsip pentaksiran kebolehpercayaan dengan menentukan tahap pencapaian murid? (TP5)

a)

Guru dapat membuktikan murid benar-benar layak memperoleh gred yang diberikan

b)

Guru dapat menganalisis dan memastikan tahap kognitif murid

c)

Guru dapat mengelakkan diri daripada terus menilai murid tanpa unsur periksa

d)

Guru dapat mengenalpasti unsur penipuan semasa ujian ditadbir

29.

En ali telah menjalankan dua ujian yang sama pada waktu yang berbeza kepada murid-muridnya. Salah seorang murid, mendapat 90% dalam ujian yang pertama tetapi mendapat 60% pada ujian yang kedua.

Antara berikut, apakah prinspip atau ciri pentaksiran yang tidak dicapai oleh en ali berdasarkan situasi di atas? (TP 5)

a)

keobjektifan

b)

kebolehpercayaan

c)

kemudahtafsiran

d)

kesahan

30.

Pada pendapat anda, bagaimanakah keobjektifan dapat mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan?(TP 6)

a)

Sekiranya keobjektifan dicapai dalam suatu instrumen iaitu bebas daripada ralat rasional (subjektiviti pemeriksa), maklumat yang diperoleh mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tetapi mempunyai kesahan yang rendah dari segi kesahan serentak dan kesahan kandungan.

b)

Apabila keobjektifan dalam memeriksa dan keobjektifan menginterpretasi diterapkan dalam ujian, maklumat yang diperoleh daripada ujian tersebut merupakan maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi.