NEW
Font size
WorksheetsSINONIM BAHASA MELAYU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Rumah kayu di kampungitu terbakar dijilat api.
Sinonim bagi terbakar.
panggang
hangus
rentung
hangit
Abang menggali lubang di belakang rumah.
Sinonim bagi menggali.
menimbus
mendalamkan
menambun
mengorek
Kanak-kanak yang bijak itu mendapat hadiah tempat pertama.
Sinonim bagi bijak.
bongok
sejahtera
cerdik
comel
Saya melihat seekor ular menelan seekor katak.
Sinonim menelan.
melulur
menjilat
menerkam
meratah
Ramli mengenakan sepasang baju melayu berwarna hijau.
Sinonim bagi mengenakan.
memakai
memakaikan
menjahit
membasuh
Soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Nazmi sangat susah.
Sinonim bagi susah.
teruk
parah
payah
kuat
Kami menangguhkan permainan itu kerana hujan renyai-renyai.
Sinonim bagi renyai-renyai
lebat-lebat
titik-titik
rintik-rintik
sikit-sikit
Kelapa yang sudah tua berwarna coklat.
Sinonim bagi tua.
muda
sedang
ranum
matang
Beberapa ekor burung nuri hinggap di atas dahan pokok jambu.
Sinonim bagi hinggap.
tenggek
duduk
tidur
beratur
Para peserta wisata ke Singapura dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan.
Sinonim bagi wisata.
rombongan
perkampungan
istirahat
sukan
Meor menangis kerana dia kehilangan wangnya.
Sinonim bagi wang.
bekal
duit
makanan
ringgit
Pak Tua gigih mengerjakan sawah hingga mengalir keringat.
Sinonim bagi keringat.
darah
peluh
air mata
air liur
Abang menggondolkan kepalanya di sebuah kedai tukang pangkas.
Sinonim bagi pangkas.
pangkah
bengkel
gunting
belati
Semua orang terpegun melihat pengantin yang sangat ayu itu.
Sinonim bagi ayu.
molek
kacak
jelita
kurus
Darwish dan keluarganya berpiknik di Lata Bayu.
Sinonim bagi berpiknik.
berkelah
berkhemah
berdansa
berbual
Perasaan Mardhiah menjadi sayu apabila mendengar berita sedih itu.
Sinonim bagi sayu.
sayang
suka
teruja
gundah
Kakak Uzma menghadiahkan sejambak bunga kepada Syahira.
Sinonim bagi sejambak.
sekuntum
sebatang
sejambangan
sehelai
Puan Salwani menyusun buku-buku di rak mengikut jenisnya.
Sinonim bagi menyusun.
mengatur
melambak
mengumpul
mengambil
Wahyun Yuha dibenarkan oleh ayahnya menyertai lawatan penanda aras ke Singapura.
Sinonim bagi dibenarkan.
ditegah
titakdirkan
disahkan
diizinkan
Periuk nasi yang lama itu telah tembus.
Sinonim bagi tembus.
pecah
lubang
bocor
tiris
