wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tasawwur Islam Tingkatan 4 1

Total questions: 50

Worksheet time: 49mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pengertian Islam?

a)

Bermaksud sejahtera, selamat dan penyerahan.

b)

Bermaksud sempurna

c)

Bermaksud yakin dan percaya

d)

Bermaksud kebaikan

2.

Apakah maksud Islam sebagai al-Din

a)

Islam maksudnya mudah dan sempurna

b)

Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak

c)

Islam adalah agama yang syumul

d)

Islam merangkumi semua syariat Islam

3.
Kalimah Syahadah merupakan paksi kepada tauhid
a)
Rububiyyah
b)
Uluhiyyah
c)
Syumuliyyah
d)
Rabbaniyyah
4.
Fitrah beragama yang wujud dalam diri manusia akan mendorong akal   
a)
Berusaha dengan gigih membina tamadun
b)
Bersyukur dengan segala nikmat Allah SWT
c)
Beramal untuk kehidupan di dunia dan akhirat
d)
Berfikir tentang hakikat ketuhanan yang sebenar
5.
* Allah SWT pencipta, pemilik dan pentadbir alam
* Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya
 * Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi
Pernyataan di atas menerangkan konsep                                 
a)
Uluhiyyah
b)
Rububiyyah
c)
Rububiyyah
d)
Syumuliyyah
6.

Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT


Pernyataan diatas merujuk kepada maksud

a)

Uluhiyyah

b)

Rububiyyah

c)

Asmaul Husna

d)

Fitrah beragama

7.

Antara yang berikut yang manakah betul mengenai bilangan nama Allah SWT dan sifat wajib bagi diriNya?

a)

Nama = 99 , Sifat wajib = 20

b)

Nama = 99 , Sifat wajib = 41

c)

Nama = 100 , Sifat wajib = 20

d)

Nama = 100 , Sifat wajib = 41

8.
Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa hanya Allah SWT pentadbir semua benda dan perkara di alam ini
Pernyataan di atas menerangkan maksud   
a)
Uluhiyyah
b)
Rububiyyah
c)
Rabbaniyyah
d)
Syumuliyyah
9.

Setiap manusia mempunyai fitrah beragama. Antara yang berikut yang manakah BUKAN menjelaskan fitrah beragama?

a)

Seorang saintis memeluk Islam kerana kagum dengan dapatan kajiannya.

b)

Seorang mualaf memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan wanita Islam

c)

Encik Azman menjadi seorang yang rajin beribadat setelah terselamat daripada kemalangan

d)

Encik Johan melakukan sujud syukur apabila mendapat tahu kejayaan anaknya dalam peperiksaan

10.

Berikut ialah konsep uluhiyyah kecuali

a)

Hanya Allah SWT yang layak disembah

b)

Paksi utama keimanan ialah kalimah syahadah

c)

Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi

d)

Tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah menjadi sesat

11.
Antara berikut yang manakah menerangkan sifat orang yang beriman?  
 

 I Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT II Melakukan sesuatu dengan ikhlas
III Bertoleransi dalam semua perkara
IV Memiliki jiwa yang mantap dan teguh
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
12.
Manakah pernyataan berikut menerangkan fitrah beragama dalam diri manusia?         
a)
Naluri ingin menyelesaikan masalah
b)
Naluri mengakui kewujudan Allah SWT
c)
Naluri ingin mencari sesuatu yang baru
d)
Naluri ingin mencapai kebahagiaan hidup
13.

Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan hadis.

Pengertian di atas merujuk kepada ... ?

a)

Syumuliyyah

b)

Rabbaniyyah

c)

Wasatiyyah

d)

Alamiyyah

14.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan prinsip-prinsip Rabbaniyyah?

a)

Islam dan seluruh mahkluk adalah hak Allah SWT

b)

Allah SWT sebagai pemberi peraturan hidup

c)

Allah SWT sebagai pemilik segala mahkluk ciptaannya.

d)

Islam telah menyediakan segala peraturan hidup yang mencakupi setiap sudut.

15.

Seorang angkasawan Muslim telah terbang ke angkasa dan mendarat di bulan. Dia masih wajib melaksanakan ibadah wajib seperti solat dan puasa. Mengapakah kewajipan tersebut masih perlu dilakukannya meskipun dia tidak berada di bumi?

a)

Prinsip waqiiyyah mestilah sentiasa dipraktikkan walaupun dia tidak berada di bumi.

b)

Islam adalah agama yang universal, meliputi semua tempat dan masa.

c)

Sesungguhnya, Islam bersifat rabbaniyyah iaitu Allah adalah pemilik segala di dunia sama ada di bumi mahupun seluruh planet, justeru, kewajipan Islam tertakluk kepada manusia walau di masa sahaja mereka berada.

d)

Islam bersifat Alamiyyah iaitu sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

16.

Rashid seorang yang rajin beribadah dan tidak pernah meninggalkan ruang untuknya beribadah sekalipun untuk melakukan perkara-perkara seperti makan minum, mandi, bekerja dan bersilaturrahim. Rashid merasakan ibadah kepada Allah adalah yang paling utama daripada setiap urusan keduniaan. Adakah tindakan Rashid itu diterima Islam dan kenapa?

a)

Tindakan Rashid adalah sangat digalakkan dalam Islam demi memenuhi kewajipan sebagai hamba Allah dan menjauhi azab api neraka.

b)

Tindakan Rashid diterima Islam kerana dunia adalah ladang tanaman iaitu tempat manusia melakukan amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah dan hasilnya akan dituai di akhirat nanti semasa hari pembalasan.

c)

Tindakan Rashid tidak diterima Islam kerana Allah tidak meredhai seorang manusia yang tidak menghubungkan silaturrahim.

d)

Tindakan Rashid tidak diterima Islam kerana kehidupan manusia mestilah melengkapi pembangunan rohani dan fizikal dan mestilah seimbang antara perkara keduniaan dan akhirat.

17.

Berikut adalah sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup KECUALI

a)

Memandu arah hidup manusia supaya mengikut syariat Islam.

b)

Mementingkan kebahagiaan hidup didunia semata-mata dengan pelbagai cara tak mengira halal dan haram

c)

Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat kebenaran sesuatu perkara.

d)

Islam menjadi asas tatacara perhubungan manusia untuk mencapai keharmonian hidup bermasyarakat.

18.

Apakah pengertian Islam dalam Istilahnya?

a)

Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, meninggalkan laranganNya.

b)

Bersangka baik kepada sesama manusia tanpa mengira bangsa

c)

Sentiasa berusaha sehabis baik dengan pelbagai cara yang logik

d)

Sentiasa menjalankan perintah Allah dan meninggalkan suruhan rasul

19.

Apakah pengertian Iman dalam Bahasa?

a)

Berusaha

b)

Yakin dan percaya

c)

Menghormati

d)

Bertolak ansur

20.

Apakah erti Iman dalam Istilah?

a)

Ibadah yang mengandungi perkataan dan perbuatan.

b)

Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah.

c)

Ibadah dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu pada kadar yang tertentu.

d)

Berkemampuan dalam aspek harta dan kesihatan.

21.

Apakah pengertian Ihsan?

a)

Membenarkan dengan hati

b)

Selamat dan penyerahan

c)

Yakin dan percaya

d)

Berbuat kebaikan

22.

Apakah pengertian Ihsan dalam istilahnya?

a)

Ibadah yang mengandungi perkataan dan perbuatan.

b)

Berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota.

c)

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana Allah.

d)

Taat dan patuh pada perintah Allah.

23.

Yang manakah antara berikut bukan Rukun Islam

a)

Mengucap dua kalimah syahadah

b)

Mengeluarkan zakat

c)

Berpuasa pada bulan Ramadan

d)

Mengerjakan haji bagi yang mampu

e)

Beriman kepada Malaikat

24.

Apakah yang dikatakan dengan Beriman kepada Qadak dan Qadar?

a)

Yakin dan percaya alam ini akan musnah

b)

Yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku kepada manusia dan alam keseluruhannya telah ditetapkan oleh Allah.

c)

Yakin dan percaya bahawa Allah menurunkan kitab-kitab kepada para rasulNya

d)

Yakin dan percaya kewujudan malaikat sebagai makhluk Allah

25.

Apakah contoh BUKAN aplikasi nilai Ihsan dalam kehidupan?

a)

Belas kasihan kepada haiwan

b)

Saling menolong jiran

c)

Tidak mengumpat dan mengata orang lain.

d)

Membiarkan diri membuang masa tanpa pengisian.

26.

Apakah kepentingan penghayatan Ihsan dalam diri seorang muslim?

a)

Ihsan merupakan keadaan dimana manusia melakukan ibadah dan pekerjaan dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah.

b)

Ihsan merupakan kepentingan menuntut ilmu.

c)

Ihsan merupakan perjuangan dalam menegakkan hak asasi manusia.

d)

Ihsan merupakan motivasi dalaman yang membantu hidup untuk maju.

27.
Berikut adalah cara-cara memelihara agama Islam, kecuali…
a)
menjaga kesucian akidah
b)
berjuang menegakkan Islam dalam negara
c)
mengambil tindakan yang tegas terhadap penyelewengan agama
d)
mengasihi semua orang sama ada mengikut suruhan Allah atau tidak
28.
Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS, Nabi Isa AS, dan Musa AS, ialah empat orang   rasul ulul azmi. Siapakah seorang lagi rasul ulul azmi?
a)
Nabi Nuh AS
b)
Nabi Ismail AS
c)
Nabi Adam AS
d)
Nabi Yusuf AS
29.
Menurut al-Quran, asal kejadian manusia bermula daripada penciptaan…
a)
Monyet
b)
Air mani
c)
Nabi Adam AS
d)
tanah
30.
Hubungan manusia sesama manusia dikenali sebagai ibadat
a)
khusus
b)
umum
c)
sunat
d)
harus
31.

Antara ciri keunggulan agama Islam sebagai al-Din ialah

a)

Menggalakkan perkembangan sains dan teknologi

b)

Bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia

c)

Bertepatan dengan arus kemodenan

d)

Membenarkan amalan berpoligami

32.

Kalimah __________ merujuk kepada penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan menyaksikan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah SWT

a)

sa'adah

b)

tauhid

c)

syahadah

d)

syumul

33.

Ibadah _____________ bermaksud mengeluarkan harta tertentu pada kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu

a)

Solat

b)

Zakat

c)

Haji

d)

Puasa

34.

Maksud ad-Din bermaksud

a)

sejahtera , selamat dan penyerahan

b)

yakin dan percaya

c)

kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT

d)

cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak

35.

Ihsan bermaksud

a)

sejahtera , selamat dan penyerahan

b)

yakin dan percaya

c)

kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT

d)

cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak

36.

Berikut adalah rukun Islam kecuali

a)

Beriman kepada Allah SWT

b)

Mengucap dua kalimah syahadah

c)

Mengeluarkan zakat

d)

Berpuasa pada bulan Ramadhan

37.

Yang manakah rukun iman

a)

Beriman kepada Allah SWT

b)

Mengucap dua kalimah syahadah

c)

Mengeluarkan zakat

d)

Berpuasa pada bulan Ramadhan

38.

Yang manakah rukun Islam

a)

Beriman kepada Allah SWT

b)

Beriman kepada kitab-kitabNya

c)

Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu

d)

Beriman kepada hari Akhirat

39.

Maksud Qadak ialah

a)

Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya

b)

Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah SWT semasa hidupnya

c)

Sesuatu hal yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang akan berlaku kepada makhluk-Nya sebelum makhluk itu dijadikan

d)

Cara hidup Islam untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat

40.

Maksud Qadar ialah

a)

Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya

b)

Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah SWT semasa hidupnya

c)

Sesuatu hal yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang akan berlaku kepada makhluk-Nya sebelum makhluk itu dijadikan

d)

Cara hidup Islam untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat

41.

Maksud Ihsan ialah

a)

Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, dan meninggalkan larangan-Nya

b)

Yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku kepada manusia dan alam keseluruhannya telah ditetapkan oleh Allah

c)

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu Ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT

d)

Membenarkan dengan hati , berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah

42.

Padankan situasi berikut dengan istilah yang sesuai


" Ali takut melakukan maksiat kerana yakin Allah SWT Maha Melihat "

a)

Ihsan

b)

Iman

c)

Islam

d)

Akidah

43.

Padankan situasi berikut dengan istilah yang sesuai


" Ahmad seorang usahawan berjaya yang tidk mengabaikan pembayaran zakat "

a)

Ihsan

b)

Iman

c)

Islam

d)

Akidah

44.

Padankan situasi berikut dengan istilah yang sesuai


" Salmah konsisten berbuat baik dan menyeru kawan-kawannya berbuat kebaikan kerana percaya dan yakin akan balasan baik di akhirat nanti "

a)

Ihsan

b)

Iman

c)

Islam

d)

Akidah

45.

Padankan kenyataan dibawah dengan Rukun Iman yang bersesuaian


" Yakin dan percaya bahawa alam ini akan musnah dan semua manusia akan dibangkitkan semula "

a)

Beriman kepada Allah

b)

Beriman kepada Qadak dan Qadar

c)

Beriman kepada Hari Akhirat

d)

Beriman kepada Kitab-kitab-Nya

46.

Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah SWT serta sifat-sifat kesempurnaan berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli

a)

Akidah

b)

Akhlak

c)

Syariat

d)

Ibadah

47.

Berikut merupakan antara sifat wajib bagi rasul

I Amanah

II Tabligh

III Nubuwwah

IV Siddiq

a)

I , II dan III

b)

I , II dan IV

c)

I, III dan V

d)

II , III dan IV

48.

Antara berikut yang manakah bukan tujuan Allah SWT mewajibkan zakat

a)

Membantu orang susah

b)

Menyucikan harta dan jiwa

c)

Menghapuskan sifat bakhil

d)

Menjadi pemisah antara iman dan kufur

49.

Berikut adalah amalan yang berkaitan dengan ibadah KECUALI

a)

Solat Fardu

b)

Berjual-beli

c)

Solat Jenazah

d)

Belajar

50.

Kelompok yang berhak menerima zakat iaitu asnaf :


I Mualaf

II Riqab

III Syirik

IV amil

a)

I , II dan III

b)

I , II dan IV

c)

I, III dan V

d)

II , III dan IV