wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UP3: ISU- ISU KEBAHASAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Manakah ejaan kata majmuk yang betul?

a)

kuatkuasa

b)

pesuruhjaya

c)

gambarajah

d)

matapelajaran

2.

Binaan ayat yang manakah betul?

a)

Pelajar itu baru sahaja balik daripada perpustakaan.

b)

Derma untuk anak-anak yatim itu diterima dari orang ramai.

c)

Syafiqah berasal dari Miri, Sarawak.

d)

Cara Musliha berfikir lain dari yang lain.

3.

Ejaan yang manakah tepat?

a)

istirahat

b)

murtabak

c)

taugeh

d)

buffet

4.

Penggunaan 'adalah' dan 'ialah' yang manakah betul?

a)

Rumah yang berwarna merah itu adalah rumah Azlan.

b)

Sumbangan besar beliau ialah dari segi akademik.

c)

Jawapan yang diberikan itu ialah tepat.

d)

Keputusan juri bagi pertandingan itu adalah muktamad.

5.

Pilih ayat yang menggunakan kata sendi 'dalam' yang salah.

a)

Banyak kesilapan bahasa dapat dikesan dalam surat khabar berbahasa Melayu.

b)

Nota yang dicari selama ini rupa-rupanya terselit dalam surat khabar lama.

c)

Dia merupakan pelajar yang pintar dalam kalangan kawan-kawannya.

d)

Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.

6.

Semua frasa berikut betul dari segi hukum D-M kecuali

a)

telekung mini

b)

Klinik Mesra

c)

mi 2 minit segera

d)

hal-hal lain

7.

Pilih penggunaan tanda sempang yang betul.

a)

pro-Malaysia

b)

pra-siswazah

c)

anti-biotik

d)

ibu-bapa

8.

Pilih penggunaan imbuhan akhiran yang tidak tepat.

a)

Kakak masakkan bubur untuk adik.

b)

Pertunjukan bunga api pada malam tersebut sangat meriah.

c)

Aminah sentiasa merindui masakkan ibunya.

d)

Semua pelajar diminta menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik.

9.

Ayat-ayat berikut merujuk kepada penggunaan amalan kelewahan dalam bahasa Melayu, kecuali

a)

Rakyat hendaklah bersatu demi untuk perpaduan negara.

b)

Punca banjir kilat tersebut disebabkan sistem perparitan yang tidak teratur.

c)

Di samping itu, pelajar dikehendaki untuk aktif dalam bidang kokurikulum.

d)

Tempoh masa yang diberikan untuk memuat naik tugasan dalam sistem e-leap ialah seminggu.

10.

Ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan tatabahasanya, kecuali

a)

Siapa-siapa sahaja boleh menyertai peraduan ini.

b)

Saya tidak tahu apa yang mereka bualkan tadi.

c)

Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya.

d)

Mana-mana pakaian yang lama itu disimpan di dalam kotak.