wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MAMD 2114 (DMS)

Total questions: 60

Worksheet time: 2hrs 56mins

Name
Class
Date
1.

Treponema Pallidum boleh di transmisikan melalui

a)

sentuhan.

b)

jarum suntikan.

c)

melalui placenta.

d)

berkongsi pakaian dalam.

2.

Pesakit yang mengalami jangkitan gonorhea akan menunjukkan tanda seperti

a)

kegatalan alat sulit.

b)

wart pada alat sulit.

c)

ulser pada alat sulit.

d)

discaj purulen dari alat sulit.

3.

Komplikasi penyakit herpes adalah

a)

orkitis

b)

uretritis

c)

balanitis

d)

ensefalitis

4.

Kenyataan yang berkaitan dengan koma

a)

Skor Skala Koma Glasgow 14/15.

b)

Pesakit mengalami sakit kepala yang kuat.

c)

Gangguan keatas Reticular Activating System (RAS) di otak.

d)

Pesakit menolak dengan tangan apabila rangsangan sakit dikenakan.

5.

Rawatan utama bagi kecederaan cereberovaskular (CVA) yang disebabkan oleh embolisma dan thrombosis ialah

a)

infusi intravena mannitol.

b)

infusi intravena Dextrose 5%.

c)

pemberian ubat Dexamethasone.

d)

pemberian ubat aspirin atau warfarin.

6.

Ciri-ciri utama dalam penyakit parkinson ialah

a)

Tremors

b)

Paralysis

c)

Inkontinen

d)

Hipokeneisa

7.

Bell’s palsy merujuk kepada gangguan

a)

ingatan

b)

deria bau.

c)

pergerakan

d)

paralisis muka.

8.

Manifestasi klinikal penting epilepsi jenis grand mal ialah

a)

mata tertumpu.

b)

hilang tone otot.

c)

sawan tonik dan klonik.

d)

pergerakan tangan tak terkawal.

9.

Dementia merujuk kepada

a)

hilang kebolehan kognitif akibat trauma.

b)

gangguan otak yang menyebabkan sawan.

c)

keadaan autoimun yang menjejaskan saraf otak.

d)

hilang kemampuan kognitif dan mengganggu aktiviti harian.

10.

Gangguan persepsi dalam simptomatologi keadaan psikiatri melibatkan yang berikut, KECUALI

a)

ilusi

b)

delusi

c)

halusinasi

d)

deria auditori

11.

Diagnosa tepat boleh dilakukan setelah mendapatkan maklumat lengkap pesakit yang merangkumi

a)

punca rujukan pesakit .

b)

penyiasatan makmal yang menyeluruh.

c)

jumlah serangan yang telah pesakit alami.

d)

jangkamasa pesakit mengalami gangguan psikotik.

12.

Berikut adalah kenyataan mengenai kelakuan dan aktiviti psikomotor yang diperhatikan dalam pemeriksaan status mental.

a)

Perhatikan samada mood dan afek adalah sesuai.

b)

Posture pelik atau bergerak secara kaku atau ganjil.

c)

Melibatkan bercakap laju dan perubahan idea pantas.

d)

Gangguan percakapan dan kefahaman disebabkan oleh penyakit neurologi.

13.

Simptom negatif bagi Schizophrenia adalah

a)

halusinasi

b)

kurang komunikasi

c)

gangguan pemikiran

d)

gangguan tingkahlaku

14.

Kaedah pendiagnosaan bagi kes skizofrenia adalah

a)

simptom psikotik nyata dalam sebulan.

b)

depresi major dan mania berlaku berterusan.

c)

menunjukkan simptom delusi dan halusinasi.

d)

mengalami insomnia dan kurang selera makan.

15.

Tanda dan gejala awal (14 – 18jam) bagi ketagihan adalah

a)

sakit perut dan muntah.

b)

sakit kepala dan imsomnia.

c)

bersin, gelisah dan menguap.

d)

gelisah, berpeluh dan diarhea.

16.

Jenis gangguan psikoseksual kategori disfungsi bagi lelaki adalah

a)

frigidity

b)

fetishism

c)

gangguan ereksi

d)

gangguan ejakulasi

17.

Personaliti paranoid bercirikan

a)

memencilkan diri dari masyarakat.

b)

bersikap sensitif, keraguan dan berprasangka.

c)

tingkahlaku maladaptif, tidak memperdulikan hak orang lain.

d)

suka bercakap besar dan mengaitkan diri dengan orang ternama.

18.

Tanda khusus yang dikenalpasti dalam pemeriksaan fizikal bagi kes meningitis adalah

a)

Tanda kernig positif

b)

Skor refleks tendon 2+

c)

Tanda blumberg positif

d)

Jari kaki kebawah semasa ujian reflek plantar

19.

Penyakit Ensefalitis boleh terjadi akibat jangkitan

a)

e.coli.

b)

gonokokus

c)

pneumokokus.

d)

virus influenzae.

20.

Tindakan segera yang perlu anda dilakukan dalam rawatan kanak-kanak 2 tahun yang mengalami febrile convulsions di pusat kesihatan adalah

a)

beri ubatan tablet diazepam.

b)

masukkan oropharyngeal airway.

c)

pasang airan intravena 0.9% normal saline.

d)

beri supositori pcm 250mg dan tepid spoging.

21.

Autism merupakan gangguan terhadap;

a)

pertuturan.

b)

pendengaran.

c)

perkembangan.

d)

pertumbuhan fizikal.

22.

Gangguan emosi berikut mempunyai prognosis yang kurang baik?

a)

Gangguan fobia

b)

Gangguan anxieti

c)

Gangguan somatization

d)

Gangguan Obsesif Kompulsif

23.

Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan gangguan tingkahlaku.

a)

Memerlukan rawatan ubat-ubatan

b)

Kanak-kanak menunjukkan simptom hiper aktif.

c)

Kerap berlaku kepada kanak-kanak perempuan.

d)

Menunjukkan perlakuan antisosial setelah dewasa.

24.

Seseorang itu dikenalpasti mengalami gangguan psikotik sekiranya mengalami

a)

gangguan tidur.

b)

perubahan tingkahlaku.

c)

perubahan emosi bila dimarah.

d)

perhubungan realiti dengan alam nyata.

25.

Adik A suka menganiaya binatang, bergaduh dengan kawan dan ponteng sekolah.

Ciri-ciri tersebut merujuk kepada masalah psikiatrik kanak-kanak jenis

a)

gangguan emosi.

b)

gangguan psikotik.

c)

gangguan tingkahlaku.

d)

gangguan perkembangan.

26.

Sakit kepala diikuti sakit leher dan tidak reda dengan analgesik tetapi sembuh

dengan berehat merujuk kepada

a)

migraine.

b)

Sakit kepala cluster.

c)

Sakit kepala tension.

d)

Sakit kepala vaskular.

27.

Investigasi penting yang dilakukan dalam kes trauma spinal bagi memastikan

keterukan yang dialami pesakit ialah

a)

Full blood count

b)

Arterial blood gases

c)

FAST Ultrasonography

d)

Magnetic Resonance Imaging

28.

Imej berganda atau diplopia biasanya berkaitan dengan gangguan keatas saraf kranial

a)

Optic.

b)

Auditory.

c)

Abducent.

d)

Trigeminal.

29.

Ujian reflek kornea menggunakan kapas menunjukkan negatif atau tiada tindakbalas mata tertutup merujuk kepada kegagalan saraf kranial

a)

optik.

b)

vagus.

c)

trigeminal.

d)

okulomotor.

30.

Kabur penglihatan secara sementara boleh disebabkan oleh

a)

katarak.

b)

migraine.

c)

refractive error.

d)

degenerasi makula.

31.

Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan strabismus.

a)

Boleh menyebabkan ambliopia.

b)

Peningkatan tekanan intraokular.

c)

Melibatkan gangguan saraf facial.

d)

Masalah kecetekan anterior chamber mata.

32.

Blefaritis kronik boleh disebabkan oleh.

a)

debunga

b)

bendasing

c)

kelumumur

d)

ubat steroid

33.

Chalazion merupakan inflamasi kelenjar

a)

zeis.

b)

meibomian.

c)

zeis dan meibomian.

d)

meibomian dan sebaceous.

34.

Kekontangan mata akibat kekurangan vitamin A merujuk kepada

a)

Iritis

b)

uveitis

c)

Pterygium

d)

Xerophthalmia

35.

Keratic Precipitate merupakan tanda klinikal yang berkaitan dengan

a)

uveitis

b)

scleritis

c)

Opthalmitis

d)

Xeropthalmia

36.

Manifestasi klinikal utama ulser kornea ialah

a)

diplopia

b)

fotofobia

c)

dilatasi pupil

d)

Akuiti visual : 6/6

37.

Kepekakan akibat gangguan penyaluran rangsangan bunyi daripada telinga

eksternal ke tingkap bujur di ruang telinga tengah merujuk kepada

a)

Tinnitus

b)

Nystagmus

c)

Kepekakan konduktif

d)

Kepekakan sensorineural

38.

Stye merupakan inflamasi pada kelenjar

a)

zeis

b)

tarsal

c)

lakrimal

d)

meibomian

39.

Otitis eksterna akut merupakan inflamasi pada

a)

tiub eustachia

b)

telinga eksternal

c)

sel sel udara mastoid

d)

membran mukus ruang telinga tengah

40.

Otitis eksterna akut disebabkan oleh

a)

yis

b)

fungus

c)

resdung

d)

jangkitan

41.

Rawatan definitif tonsilitis akut adalah

a)

Tonsillektomi

b)

Beri tab. Erytromycin 400 bd

c)

Beri tab vitamin C 100mg dly

d)

Kumur dengan thymol gargle

42.

Visual akuiti dilakukan dengan menggunakan carta

a)

Ishara

b)

Snellen

c)

Pin hole

d)

Humphrey

43.

Ujian tonometri dilakukan untuk mengukur tekanan

a)

sklera

b)

retina

c)

cornea

d)

intraokular

44.

Pemeriksaan funduskopi dilakukan untuk melihat

a)

fundus

b)

keratitis

c)

astigmatism

d)

kecembungan kornea

45.

Kemerahan dan bengkak (bulging) pada timpanik membran menandakan berlakunya

a)

Otitis externa

b)

Furunculosis

c)

tympanosclerosis

d)

Acute otitis media

46.

Manakah satu kenyataan berikut adalah benar mengenai Ujian Garpu Tala;

a)

Garpu tala adalah satu saiz sahaja

b)

Ujian Weber digunakan untuk kepekakan konduktif

c)

Ujian Rinnies positif pada konduksi udara pada telinga abnormal

d)

Konduksi udara lebih baik dari konduksi sensorineural dalam Ujian Rinnies positif

47.

Diagnosis perbezaan bagi pembengkakan pada sendi termasuklah

a)

Hemarthrosis.

b)

Infantile torticolis.

c)

Arthritis Haemofilik.

d)

Arthritis Rheumatoid.

48.

Pengendalian awal selulitis adalah

a)

demahan panas.

b)

pemberian antibiotic.

c)

rehat anggota terlibat.

d)

pemasang plaster of Paris.

49.

Pilih kenyataan yang benar mengenai Arthritis.

a)

Memerlukan pembedahan segera.

b)

Osteoarthritis biasanya menyerang sendi sinovial saja.

c)

Ubatan jenis NSAID tidak boleh digunakan dalam merawat pesakit.

d)

Pyogenik arthritis disebabkan oleh jangkitan bakteria staphylococcus.

50.

Berikut adalah punca berlakunya gout, KECUALI

a)

obesiti

b)

keturunan

c)

hipocalcemia

d)

Diabetes Melitus

51.

Ciri –ciri Impertigo merangkumi

a)

bullae

b)

licthenification

c)

vesikel bernanah

d)

keruping berwarna kuning madu

52.

Penyataan yang membezakan di antara Seborrhoeic Dermatitis dan Psoriasis adalah

a)

psoriasis kesan dari ketahanan badan rendah

b)

punca psoriasis adalah jangkitan kulat malassesia

c)

seborrhoeic drematitis menampilkan keruping perak

d)

seborrhoeic drematitis dirawat dengan betametasone

53.

Jangkitan fungus jenis Dermatophytes terdiri daripada

a)

Athletes foot

b)

Tinea Crusis

c)

Onychomycosis

d)

Vulvovagina Candidiasis

54.

Ubat yang digunakan untuk rawatan urticaria adalah

a)

Atropine.

b)

Pilocarpine

c)

Triamcinolone

d)

Cholorphenaramine.

55.

Pilih kenyataan yang benar mengenai penyakit leprosi

a)

Lesi kulit yang terasa gatal.

b)

Lebih mudah menjangkiti perempuan.

c)

Agen penyebabnya adalah mikobakterium tuberculosis.

d)

Ujian calitan kulit smear negatif bagi leprosi jenis paucibacillary.

56.

Opisthotonus merupakan manifestasi klinikal bagi penyakit

a)

Tetanus

b)

Epilepsi

c)

Meningitis

d)

Gas Ganggren

57.

Rawatan utama penyakit herpes zoster adalah.

a)

I/V Ribavirin

b)

I/V Acyclovir

c)

I/V Vincristine

d)

I/V Metronidazole

58.

Pilih kenyataan yang benar mengenai jangkitan skabies

a)

Melibatkan lapisan dermis kulit.

b)

Agen penyebab sarcoptes scabei

c)

Rawatannya adalah krim calamine

d)

Lesinya tebal kemerahan dan berkeruping berkilauan

59.

Rawatan utama jangkitan pedikulosis ialah

a)

Dapsone

b)

Albendazole

c)

Metronidazole

d)

0.5% Malathion

60.

Ujian “Skin Slit Smear” dilakukan untuk mengenalpasti jangkitan

a)

Leprosi

b)

Pedikulosis

c)

Tuberkulosis

d)

Dermatophyte